KUALA LUMPUR:Pendirian UMNO agar kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan semua exco di Perak dikekalkan menunjukkan masih ada ruang kompromi antara gabungan itu untuk menyelesaikan kemelut politik berhubung pembentukan kerajaan negeri.
Pensyarah Kanan Pusat Perdana, Fakulti Razak, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Dr Mazlan Ali berkata ia juga menunjukkan bahawa situasi yang berlaku hanya bertujuan menukar Menteri Besar sahaja, bukan gabungan kerajaannya.
"Kenyataan UMNO itu mungkin melegakan banyak pihak, ia menandakan bahawa masih terdapat kompromi antara Bersatu, Pas dan UMNO untuk mengekalkan status quo sedia ada," katanya ketika menjadi tetamu rancangan Ruang Bicara terbitan Bernama TV di sini malam ini.
Pada Jumaat, UMNO melalui Setiausaha Agungnya Datuk Seri Ahmad Maslan berkata kerajaan PN di Perak mesti dikekalkan dan semua exco juga mesti diteruskan.
"UMNO juga berpendirian bahawa Bersatu dan Pas harus mendukung kerajaan PN di negeri Perak," menurutnya dalam satu kenyataan.
Mazlan juga berpandangan situasi yang berlaku di Perak merupakan simulasi politik yang tidak terjangka dan percaya pihak yang terlibat akan membuat pertimbangan sewajarnya bagi memastikan nasib rakyat diutamakan.
"Mungkin pihak yang berada di Perak boleh bertenang dan saya percaya ahli politik sedang berunding, mereka ada fikiran sendiri, yang penting kebajikan rakyat Perak perlu diambil kira dalam situasi negara berdepan pandemik COVID-19 dan ketidakseimbangan ekonomi, ahli politiik perlu membuat keputusan terbaik," katanya.
Krisis pembentukan Kerajaan Negeri Perak tercetus selepas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu gagal memperoleh sokongan dalam usul keyakinan ahli Dewan terhadap Menteri Besar dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Jumaat.
Dalam undian terhadap usul yang dibawa Datuk Abd Manap Hashim (BN-Pengkalan Baru) itu, Ahmad Faizal hanya mendapat 10 undi berbanding 48 menolak manakala satu berkecuali.
Ahmad Faizal semalam meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama-sama seluruh barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
Pensyarah Kanan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi Universiti Putra Malaysia (UPM) Profesor Madya Dr Anuar Shah Bali Mahomed pula berkata penjajaran politik luar biasa mungkin berlaku di Perak jika kompromi antara Bersatu, Pas dan UMNO gagal dicapai.
Beliau berkata gabungan antara UMNO dengan pembangkang iaitu Amanah dan PKR mungkin berlaku memandangkan tiada mana-mana parti yang boleh membentuk kerajaan sendiri kerana tidak mempunyai kerusi yang mencukupi untuk berbuat demikian.
"Tiada mana-mana parti yang memperoleh 30 kerusi (majoriti mudah) sekarang ini, maka terpaksa membuat gabungan dan pelantikan menteri besar yang ke-14 perlu ada gabungan untuk membentuk kerajaan negeri.
"Yang saya boleh jangkakan di sini kemungkinan yang pertama status quo iaitu perubahan menteri besar sahaja yang besar kemungkinan datang daripada UMNO itu sendiri kerana mempunyai 25 kerusi, status quo kekal iaitu 34 mewakili kerajaan (BN 25 kerusi, Bersatu 5 kerusi, Pas 3 dan Gerakan 1) ataupun berlaku penjajaran politik yang luar biasa melibatkan pembangkang dan kerajan.
"Saya ambil satu contoh, BN ada 25 kerusi (jika) bergabung dengan PKR dan Amanah mereka mempunyai sekitar 33 kerusi, dan jika kompromi antara Bersatu, UMNO dan Pas itu tidak dapat dicapai mungkin situasi di luar jangka itu boleh berlaku," katanya.
Beliau berkata ini sekali gus menarik perhatian banyak pihak yang menantikan sama ada penjajaran politik dan gabungan kerajaan negeri yang berbeza dengan negeri lain akan berlaku di Perak.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 05 2020
Ahmad Faizal semalam meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama-sama seluruh barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. - Gambar fail
Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS
Cadangan Kerajaan Negeri Johor untuk melaksanakan perubahan waktu bekerja sektor awam di negeri itu kepada empat hari setengah tidak akan menjejaskan produktiviti sektor awam.
AWANI Borneo [22/11/2024] – Masuk laluan bertengangan | Rampasan lebih RM20 | Kedudukan Sabah strategik
AWANI Borneo Jumaat, 22 November 2024 bersama Assim Hassan
Lari dari pemeriksaan polis punca kemalangan korbankan lapan nyawa di Sarikei.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
Kedatangan pelancong China ke Sabah meningkat 905.9 peratus
Lari dari pemeriksaan polis punca kemalangan korbankan lapan nyawa di Sarikei.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
Kedatangan pelancong China ke Sabah meningkat 905.9 peratus
PBB beri amaran lebih 2 juta nyawa penduduk Gaza terancam akibat sekatan berterusan
PBB memberi amaran mengenai krisis kemanusiaan yang semakin buruk di Gaza, dengan lebih dua juta nyawa rakyat Palestin kini terancam.
Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam lawat Petronas
Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam mengadakan lawatan ke Petroliam Nasional Bhd (Petronas) di Menara Berkembar Petronas hari ini.
Sarawak labur RM100 bilion bangunkan prasara bertaraf dunia
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg menjelaskan ia antara agenda meningkatkan pendapatan Sarawak yang akan dilaksanakan dalam fasa kedua PCDS bermula 2025.
ICU hospital baharu di Sarawak berdinding
Setiap hospital baharu di Sarawak bakal memiliki reka bentuk unit rawatan rapi (ICU) dengan dinding kaca yang membolehkan mereka memandang ke luar.
Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, ini bagi membolehkan pesakit terdedah sinaran matahari dan membantu psikologi mereka.
Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, ini bagi membolehkan pesakit terdedah sinaran matahari dan membantu psikologi mereka.
Inflasi meningkat 1.9 peratus pada Oktober 2024
Inflasi Malaysia meningkat 1.9 peratus pada Oktober 2024 dengan mata indeks mencatatkan 133.4 berbanding 130.9 pada bulan
yang sama tahun sebelumnya.
yang sama tahun sebelumnya.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
Timbalan Menteri KPDN Fuziah Salleh berkata jumlah kesalahan tertinggi yang dikenal pasti di Sarawak melibatkan kegiatan penyelewengan diesel serta penyeludupan minyak masak bersubsidi, khususnya di pintu sempadan negara.
Kedatangan pelancong China ke Sabah meningkat 905.9 peratus
Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Joachim Gunsalam berkata kedudukan Sabah yang strategik berdekatan dengan kawasan ekonomi utama Asia menjadikan negeri ini destinasi pelaburan yang ideal.
Polis siasat status kemasukan tujuh warga Indonesia maut dalam kemalangan di Sarikei
Polis kini menjalankan siasatan lanjut bagi menentukan status kemasukan tujuh warga Indonesia yang maut dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 448, Jalan Betong-Sarikei-Meradong di Sarikei petang semalam adalah secara sah atau sebaliknya.
Permohonan Pas menghadap sembah Sultan Perak diterima - Abdul Hadi
Abdul Hadi bagaimanapun tidak mendedahkan bila sembah menghadap itu akan dilakukan.
Politik Perak: KJ harap rundingan UMNO dengan Pas, Bersatu disegera
Khairy berkata UMNO hanya akan menubuhkan kerajaan di negeri Perak bersama rakan-rakan dalam PN.
Mesyuarat MKT UMNO setuju Saarani calon MB Perak
Ahli MKT UMNO, Datuk Seri Zahidi Zainul Abidin, berkata ia diputuskan sebulat suara dalam mesyuarat malam ini.
Mesyuarat MKT UMNO putuskan untuk pertahan kerajaan PN di Perak
Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam ini memutuskan agar kerajaan Perikatan Nasional (PN) Perak terus dipertahankan.
PH Perak tentukan keputusan, cadangan berhubung kemelut politik
Pemimpin Pakatan Harapan (PH) di Perak diberikan kuasa untuk memutuskan atau membuat sebarang cadangan berhubung kemelut yang berlaku di negeri tersebut.
PH Perak setuju kerjasama secara 'en bloc'
Ia bermakna jika ada mana-mana parti komponen PH tidak diterima, maka mereka tidak akan menyertai kerjasama baharu itu.
Pengerusi Amanah Perak tidak tolak kemungkinan kerjasama dengan parti lain
"Tiada yang mustahil" apabila tiba masanya untuk membentuk satu gabungan baharu, kata Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Perak Datuk Asmuni Awi hari ini.
Pas akan akan bincang kemelut politik di Perak
PAS akan mengadakan mesyuarat di peringkat parti itu bagi membincangkan kemelut politik yang berlaku di Perak.
Pas enggan campur urusan UMNO Perak jika mahu gabung dengan DAP, Amanah
Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, berkata itu adalah hak UMNO Perak.
Pemimpin PH menghadap Sultan Perak: Apa bakal jadi esok?
Perkenan itu dibuat Sultan Nazrin seiring duluan (precedent) sebelum ini termasuk sewaktu pembentukan Kerajaan Negeri Perak pada 2018 dan krisis politik awal tahun ini.