Datuk Seri Anwar Ibrahim berpandangan calon Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli layak memegang jawatan lebih dari seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
Ketua Umum PKR itu bagaimanapun menegaskan, nama Rafizi ada dibangkitkan untuk menjadi calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Rantau.
"Kamu mahu dia (Rafizi) jadi ADUN? Saya rasa dia lebih layak dari ADUN. Ya, ada nama rafizi dibangkitkan," katanya pada sidang media selepas ucapan dasar Presiden pada Kongres Nasional Keadilan ke-13 di sini, hari ini.
Ucapan dasar Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail merupakan yang terakhir sebelum jawatannya diambil alih Anwar.
Dalam pada itu kata Anwar, proses pemilihan calon kini perlu melalui kajian dan berbeza dari sebelum ini.
"Proses dahulu dari cabang negeri dan bawa ke biro politik, kemudian bawa ke presiden pada masa itu," jelasnya.
Anwar turut berseloroh meminta media mencadangkan satu nama untuk dijadikan calon di PRK Rantau.
Mahkamah Tinggi Seremban pada Jumaat mengisytiharkan kemenangan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan bagi kerusi DUN Rantau pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) adalah batal dan tidak sah.
Keputusan tersebut dibuat Hakim Datuk Azimah Omar yang mengarahkan satu Pilihan Raya Kecil (PRK) diadakan serta merta di kerusi itu yang sebelum ini dimenangi oleh Mohamad tanpa bertanding.
BACA: Kemenangan Mohamad Hasan di DUN Rantau dibatalkan - Mahkamah Khas Pilihan Raya
BACA: Zuraida mahu letak calon wanita di PRK Rantau
Petisyen ke atas kerusi DUN Rantau difailkan oleh ahli PKR, Dr S. Streram yang juga calon PKR bagi kerusi itu pada 23 Mei lalu.
Sebelum ini, Bekas Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamarudin akan mencadangkan dua nama calon wanita pada PRK Rantau.
Wan Syamsul Amly, Firdaus Azil
Sat Nov 17 2018
ANWAR: Kamu mahu dia (Rafizi) jadi ADUN? Saya rasa dia lebih layak dari ADUN. - Foto Bernama
AWANI Ringkas: Perkembangan kes bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemergian Tun Daim: Saya ikut perkembangan sumbangan Allahyarham - Fadillah
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof mengikut rapat sumbangan Allahyarham Tun Daim Zainuddin kepada negara yang disifatkan sebagai besar.
Menteri Kabinet zahir ucapan takziah atas pemergian Tun Daim
Beberapa menteri Kabinet hari ini menzahirkan ucapan takziah atas pemergian bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin pagi ini.
'Allahyarham Tun Daim seorang negarawan, kami kenang legasinya' - Hamzah
Ahli Parlimen pembangkang menyifatkan Allahyarham Tun Daim Zainuddin yang meninggal dunia pagi tadi sebagai negarawan yang banyak berjasa kepada negara.
Pekerja kilang didakwa bunuh Siti Zulaila, bapa
Seorang pekerja kilang didakwa atas dua pertuduhan membunuh dua beranak dalam kejadian di hadapan lif pangsapuri Bandar Baru, Ayer Itam, Khamis minggu lepas.
Sultan Ibrahim dimasyhur sebagai Canselor UiTM ketujuh
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dimasyhurkan sebagai Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) ketujuh hari ini.
Tan Sri Wan Zaki, pengasas Ahmad Zaki Resources meninggal dunia
Pengasas Ahmad Zaki Sdn Bhd (AZSB) dan Penasihat Kumpulan kepada Ahmad Zaki Resources Bhd (AZRB) Tan Sri Wan Zaki Wan Muda, 75, meninggal dunia semalam.
Mengenang Tun Daim: Tun Daim Zainuddin di mata Prof Ulung Datuk Rajah Rasiah
Pakar Ekonomi Universiti Malaya, Prof Ulung Datuk Rajah Rasiah berkongsi cerita serta pengalamannya mengenali Tun Daim Zainuddin.
Mengenang Tun Daim: Tan Sri Syed Hamid Albar berkongsi pengalaman bersama Tun Daim Zainuddin
Bekas Menteri Kabinet, Tan Sri Syed Hamid Albar berkongsi pengalamannya bersama Tun Daim Zainuddin serta mengenang ketokohan bekas Menteri Kewangan itu.
Pemergian Tun Daim: Suasana hiba selubungi kediaman Allahyarham
Suasana hiba menyelubungi pekarangan kediaman Allahyarham Tun Daim Zainuddin di Persiaran Bukit Tunku, di ibu negara.
Woo Kah Leong tawar diri bertanding sebagai calon Ketua DAPSY kebangsaan
ADUN Pasir Bedamar Woo Kah Leong menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon Ketua DAPSY pada pemilihan parti itu yang akan berlangsung pada 17 November ini.
Tiada aduan dakwa ADUN bincang rasuah ratusan ribu ringgit - Azam Baki
Tiada sebarang aduan diterima berkaitan rakaman audio didakwa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang membincangkan rasuah bernilai ratusan ribu ringgit setakat ini.
Hamzah Zainudin bertanding Timbalan Presiden Bersatu
Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin, disahkan bertanding jawatan Timbalan Presiden Bersatu dalam pemilihan parti yang dijadualkan berlangsung pada Oktober ini.
Penduduk Kampung Kerinting mohon jambatan gantung rentas Sungai Ketil dinaik taraf
Lebih 1,000 penduduk Kampung Kerinting memohon agar jambatan gantung yang digunakan untuk menyeberangi Sungai Ketil dibaik pulih dengan segera.
PRN17 Sabah: Pas beri autonomi pada pimpinan parti tempatan
Tuan Ibrahim berkata, ia berikutan landskap politik yang berbeza berbanding di Semenanjung Malaysia.
Lima ADUN lantikan Pahang angkat sumpah
Majlis angkat sumpah diadakan di hadapan Speaker DUN Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin dengan disaksikan Wan Rosdy dan ADUN lain.
Lee Chin Chen dipilih Pengerusi DAP Pahang baharu
Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Lee Chin Chen dipilih sebagai Pengerusi DAP Pahang berkuat kuasa semalam.
Kelantan beri peruntukan sama rata kepada semua ADUN
Kerajaan Kelantan memberi peruntukan kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk kepada ADUN pembangkang di negeri ini.
ADUN Rembia perlu kemuka bukti sertai Pas sejak 2023 - Ketua Menteri
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia Datuk Muhammad Jailani Khamis perlu mengemukakan bukti beliau menyertai Pas sejak 2023 sebelum persidangan DUN pada November ini.
PN Pahang sokong Muhyiddin disiasat
ADUN Perikatan Nasional (PN) negeri ini menyokong penuh titah Tengku Hassanal supaya satu siasatan yang adil dilakukan ke atas Muhyiddin Yassin berhubung ucapannya semasa berkempen di Nenggiri.