JOHOR BAHRU: Buat masyarakat India di Parlimen Pulai khususnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kempas mereka sudah lama mengharapkan sebuah sekolah Tamil dapat dibina.
Beberapa wakil penduduk yang ditemui Astro AWANI mendakwa, permohonan telah dibuat berkali-kali sejak 2018 lagi tetapi sehingga kini hajat mereka belum dipenuhi.
Kadangkala mereka berasakan seolah-olah 'dianaktirikan' atau tersisih.
Tanya mereka, sampai bila mereka perlu 'menagih' untuk mendapatkan kemudahan pendidikan?
Berdasarkan surat yang dilihat Astro AWANI, ia antaranya memohon pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) bertarikh 19 Februari 2019, selain permohonan pertukaran status tanah rezab berhampiran Taman Impian Emas, Skudai Johor, bertarikh 6 Oktober 2019.
Menurut Pengerusi Persatuan Kebajikan India Kempas, Kunasekaran Naggapah, 62, sebidang tanah yang telah dikhaskan untuk pembinaan sekolah telah dikenal pasti tetapi berdepan isu pemilikan.
Katanya, dianggarkan lebih 6,000 pengundi India di kawasan DUN Kempas adalah dalam kumpulan B40 dan memerlukan sekolah Tamil kerana ketika ini ibu bapa perlu menghantar anak-anak ke sekolah yang terletak lebih 10 kilometer (km).
"Mulai tahun 2018 sehingga sekarang tidak diluluskan, tidak ada apa-apa tindakan oleh wakil-wakil rakyat kita. Kita mohon dan serahkan borang, dia tengok dan selepas itu diam.
"Lebih kurang dari sini dalam 2km ada satu tapak (Taman Impian Emas), yang mana tapak itu digazet untuk sekolah menengah atau vokasional. Tetapi sekolah menengah sudah ada di situ.
"Sekolah menengah dari tapak tersebut terletak dalam 300 meter saja, dan guru besar sekolah itu pun cakap, kenapa perlu ada satu tapak lagi. Jadi kita nak tukar tapak itu kepada SJKT dan mohon pertukaran.
"Kenapa di kawasan Pulai, dua buah sekolah Cina ada tetapi di sini ramai orang India lebih 20,000 pengundi. Dengan bilangan seramai ini, tidak ada bina sebuah sekolah Tamil?," katanya kepada Astro AWANI, di sini.
Kunasekaran menambah, dua buah sekolah ketika ini termasuk SJKT Taman Tun Aminah semakin padat, sehingga didakwa permohonan murid-murid untuk bersekolah telah ditolak.
"Murid di SJKT Taman Tun Aminah ada lebih kurang 2,100 orang. Apabila kita mohon Darjah 1, dia (pihak sekolah) kata tiada kosong, dan murid itu 'ditendang' (permohonan ditolak). Selepas itu murid itu pergi mohon satu lagi sekolah, juga penuh.
"Ibu bapa budak itu tak mampu hantar (sekolah) sebab jauh (menyebabkan) budak-budak tidak belajar dan duduk di rumah. Ramai budak India buta huruf, dan sebab itu kita nak tubuhkan satu sekolah Tamil di kawasan Kempas," katanya.
Sementara itu, pesara kerajaan, Subramaniam Kannan, 67, berkata jarak sekolah sedia ada yang terlalu jauh memberi kesukaran kepada ibu bapa yang tidak mempunyai kenderaan sendiri.
Ini menyebabkan, kebanyakan ibu bapa terpaksa menanggung kos pengangkutan yang tinggi, selain mengambil masa yang lama untuk murid-murid tiba di sekolah.
"Van sekolah akan datang ambil pada pukul 10 atau 10.30 pagi untuk sesi petang, dan pukul 5 pagi untuk sesi pagi. Pergi (ke sekolah) lebih 12km, hantar murid-murid lain lagi dan sekitar pukul 1 tengah hari baru sampai sekolah. Budak itu dalam keletihan (sebab terlalu lama dalam van).
"... dan pergi sekolah kamu ingat dia akan tumpukan perhatian kepada pelajaran atau dia mengantuk tidur?," tambahnya.
Dakwa Subramaniam, permohonan pembinaan sekolah Tamil juga telah dipanjangkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Mengapa sampai sekarang dia tidak ambil kisah tentang penduduk di sini?
"Rakyat akan mengadu masalah kepada Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Ahli Parlimen dan mereka (wakil rakyat) akan bawa kepada kerajaan. Kalau macam ini, ia menunjukkan apa? Adakah sesetengah golongan ini kita tidak mahu ambil kisah?
"Tapak tanah sudah ada, cuma gazetkan sebagai sekolah Tamil. Nak buat memerlukan (peruntukan) juta-juta ringgit. Kalau nak buat kerajaan mungkin akan bankrap ke apa, tak tahu lah.
"Tetapi kita minta satu saja, sekurang-kurangnya sebelum pilihan raya buka mulut, kita tahu tentang sekolah ini, dan usaha untuk berikan tanah ini khas untuk sekolah Tamil," katanya lagi.
Reaksi calon
Astro AWANI turut mendapatkan reaksi dua calon yang bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai berhubung keluhan masyarakat India mengenai pembinaan sekolah berkenaan.
Menurut calon Pakatan Harapan (PH), Suhaizan Kayat, beliau akan berusaha memastikan kebajikan kaum India di Pulai terbela, termasuk mendapatkan pandangan daripada Kerajaan Negeri berhubung status tanah bagi pembinaan sekolah Tamil.
"Oleh kerana di Pulai ini kita telah kehilangan Datuk Seri Salahuddin Ayub, jadi kita tak dapat melunaskannya (bantuan) kerana akaun telah dibekukan sementara.
"Jadi selepas daripada pilihan raya ini, jika diberikan amanah untuk memimpin Pulai, insya-Allah permohonan-permohonan mereka ini kita akan lunaskan melalui peruntukan yang telah disediakan oleh pihak kerajaan.
"Mengenai isu sekolah ini, dia ada beberapa proses yang banyak lagi. Jadi kita mula berbincang dengan Kerajaan Negeri untuk kedudukan sekolah dulu sebab tanah itu di bawah Kerajaan Negeri.
"Kita kena lihat pandangan daripada Kerajaan Negeri dulu dan kita teruskan langkah yang seterusnya. Ini peringkat awal lagi," katanya.
Sementara itu, calon Perikatan Nasional (PN), Zulkifli Jaafar turut memberi jaminan akan berusaha mencari penyelesaian berhubung perkara terbabit.
"Saya cuba usahakan sebab seperti kita tahu perkara ini (permohonan sekolah Tamil) sudah lama dibawa dan kita akan cuba menjalankan (tindakan sewajarnya)," ujar beliau.
Di Parlimen Pulai, dianggarkan seramai 20,508 atau 12.31 peratus terdiri daripada pengundi India merangkumi DUN Perling dan Kempas.
Selain Suhaizan dan Zulkifli, kerusi Parlimen Pulai turut diberi saingan oleh calon Bebas, Samsudin Mohamad Fauzi pada 9 September depan.
PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram diadakan susulan kekosongan luar jangka di dua kerusi berikutan kematian penyandangnya, Salahuddin yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup pada 23 Julai lalu.
Hasimi Muhamad
Fri Sep 01 2023

Kunasekaran (kiri) dan Subramaniam berharap isu tanah dapat diselesaikan bagi membolehkan sebuah sekolah Tamil dibina di tapak berkenaan. - Foto Astro AWANI

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain pada Rabu.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Lawatan Anwar ke Bahrain perkukuh hubungan dua hala, jemput ke Sidang Kemuncak ASEAN
Jumlah eksport Malaysia ke Bahrain meningkat 17.4 peratus kepada RM251.2 juta (US$54.8 juta) daripada RM214.0 juta (US$46.9 juta) pada 2023.

Lawatan PM ke Bahrain bakal buka lembaran baharu hubungan diplomatik 50 tahun
Anwar juga dijadual menghadap Raja Bahrain Raja Hamad Isa Al Khalifa yang merupakan satu penghormatan tinggi kepada Malaysia.

Premier Sarawak ucap terima kasih kepada Anwar kerana iktiraf Petros
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menzahirkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mengiktiraf Petros.

PM Anwar mahu sekolah jadi tempat selamat, selesa
Beliau menekankan pentingnya tanggungjawab bersama oleh pemimpin, guru, pendidik, dan ibu bapa demi kejayaan anak bangsa, serta mengimbau peranan besar seorang guru dan pendidik.

Thaksin sokong kepimpinan Malaysia terajui ASEAN tangani krisis Myanmar
Bekas Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra menyuarakan keyakinannya terhadap kepimpinan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN dalam menyelesaikan konflik Myanmar.

Petronas sumbang lebih RM600 juta dalam aspek pendidikan, modal insan di Sarawak - PM Anwar
Anwar juga mengiktiraf peranan Petros dalam menjana pertumbuhan ekonomi Sarawak, dengan kerjasama erat antara kerajaan negeri dan Persekutuan.

Malaysia kekal pendirian berkecuali, tidak babit dalam saingan kuasa besar - PM Anwar
Anwar berkata Malaysia juga menolak sebarang tekanan ekonomi dan tindakan unilateral yang boleh menjejaskan kestabilan serantau.

ASEAN perlu melangkaui angka perdagangan dan pelaburan tradisional - PM Anwar
Beliau menegaskan ASEAN tidak harus terhad dalam reaksinya terhadap anjakan global dan sebaliknya, perlu menjadi peneraju.