Calon Barisan Nasional (BN), Mat Razi Mat Ail yakin pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor akan terus memberi kepercayaan kepada BN pada pilihan raya kecil itu.
Malah, beliau juga memberi komitmen untuk meneruskan kelangsungan perjuangan serta pembangunan di Pengkalan Kubor yang dibawa Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar.
Mat Razi yang ditemui selepas menyempurnakan tanggungjawab mengundi di Sekolah Kebangsaan Simpangan turut menzahirkan rasa syukur atas sambutan yang diterimanya ketika berkempen.
Mat Razi tiba di SK Simpangan kira-kira jam 8.20 pagi dan selesai membuang undi pada jam 9.15 pagi.
Semua 45 saluran tempat mengundi dibuka tepat jam 8 pagi tadi dan akan ditutup jam 5 petang.
Keputusan penuh pilihan raya kecil DUN Pengkalan Kubor dijangka diumumkan secara rasmi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada jam 9 malam ini.
Sementara itu, calon PAS, Wan Rosdi Wan Ibrahim menunaikan tanggungjawabnya mengundi di Sekolah Kebangsaan Bendang Pak Yong jam 8.10 pagi tadi.
Beliau yang tiba di pusat mengundi sekitar jam 8 pagi tadi telah ditemani oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dan speaker DUN Kelantan, Datuk Abdullah Yaakob.
Suasana di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Bendang Pak Yong terkawal dengan kaum ibu antara pengundi awal yang tiba di sekolah berkenaan.
Pilihanraya kecil DUN Pengkalan Kubor diadakan berikutan kematian penyandangnya Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar akibat barah hati pada 20 Ogos lalu.
Kerusi DUN Pengkalan Kubor sebelum ini diwakili oleh Barisan Nasional yang berjaya menewaskan dua calon, PAS dan Bebas pada pilihanraya umum tahun lepas dengan majoriti lebih 1,700 undi.