Peratusan keluar mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar sehingga semua 23 pusat pengundian ditutup tepat 5 petang tadi adalah sebanyak 71 peratus.
Pegawai Pengurus PRK Kuala Kangsar Mior Muhammad Jamil Mior Zakaria peratusan berkenaan adalah rendah berbanding sasaran 75 peratus yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk PRK Kuala Kangsar.
"Peratus ini rendah mungkin disebabkan ramai pengundi luar yang tidak balik untuk mengundi memandangkan sekarang bulan Ramadan," katanya ketika dihubungi Bernama.
Semasa Pilihan Raya Umum ke-13, peratusan keluar mengundi di Parlimen Kuala Kangsar adalah 84.3 peratus.
Beliau berkata peratusan keluar mengundi sebanyak 71 peratus itu merangkumi pemilih biasa dan pengundi awal yang telah menunaikan tanggungjawab mereka pada 14 Jun lepas.
Katanya terdapat 32,949 pemilih berdaftar layak mengundi bagi PRK Kuala Kangsar dengan 32,632 merupakan pengundi biasa, 312 (pengundi awal) dan lima lagi pengundi tidak hadir kerana berada di luar negara.
"Kertas undi bagi pengundi tidak hadir yang diterima akan dikira di pusat penjumlahan rasmi undi di Dewan Jubli Perak," katanya.
PRK Kuala Kangsar diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.
PRK itu menyaksikan pertandingan empat penjuru di antara calon Barisan Nasional (BN) Datin Mastura Mohd Yazid, Dr Najihatussalehah Ahmad (PAS), Prof Dr Ahmad Termizi Ramli (Parti Amanah Negara) dan Izat Bukhary Ismail Bukhary (Bebas).
Ia diadakan serentak dengan PRK kerusi Parlimen Sungai Besar, Selangor susulan kematian penyandangnya Tan Sri Noriah Kasnon dalam nahas sama.
Bernama
Sat Jun 18 2016
![PRK K.Kangsar: Peratusan keluar mengundi 71 peratus, gagal capai sasaran PRK K.Kangsar: Peratusan keluar mengundi 71 peratus, gagal capai sasaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-06/51466219552_PRKKualaKangsar.jpg)
Calon Barisan Nasional Datin Mastura Mohd Yazid (dua, kanan) membuang undi di pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Raja Perempuan Muzwin bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Kangsar hari ini. - Foto BERNAMA
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![SPR seru pengundi DUN Mahkota keluar mengundi SPR seru pengundi DUN Mahkota keluar mengundi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61727152625_TBSPR.jpg)
SPR seru pengundi DUN Mahkota keluar mengundi
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyeru pengundi di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota untuk keluar menunaikan tanggungjawab mereka pada hari pengundian Sabtu ini (28 Sept).
![Rakyat Venezuela keluar mengundi pemilihan presiden Rakyat Venezuela keluar mengundi pemilihan presiden](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722178101_TBELECTIONSCARACAS.jpg)
Rakyat Venezuela keluar mengundi pemilihan presiden
Rakyat Venezuela keluar ke pusat mengundi pada Ahad untuk memilih presiden baharu.
![PRK KKB: Jangan bimbang keluar mengundi kerana keselamatan terjamin - KP Selangor PRK KKB: Jangan bimbang keluar mengundi kerana keselamatan terjamin - KP Selangor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61713736324_HusseinOmarKhan.jpg)
PRK KKB: Jangan bimbang keluar mengundi kerana keselamatan terjamin - KP Selangor
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, ini kerana keselamatan dan ketenteraman awam adalah terjalin.
![PRK Pelangai: 65 peratus sudah mengundi setakat 3 petang PRK Pelangai: 65 peratus sudah mengundi setakat 3 petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61696663439_TBmengundi.jpg)
PRK Pelangai: 65 peratus sudah mengundi setakat 3 petang
Sebanyak 65 peratus pengundi bagi PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai telah menunaikan tanggungjawab mereka setakat 3 petang tadi.
![PRK Pelangai: 59 peratus sudah mengundi setakat 2 petang PRK Pelangai: 59 peratus sudah mengundi setakat 2 petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61696660161_TBPRK.jpg)
PRK Pelangai: 59 peratus sudah mengundi setakat 2 petang
Sebanyak 59 peratus pengundi bagi PRK DUN Pelangai telah menunaikan tanggungjawab mereka setakat 2 petang tadi.
![PRN: MTUC cadang cuti khas Sabtu ini PRN: MTUC cadang cuti khas Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61691456552_UNDIAWAL.jpg)
PRN: MTUC cadang cuti khas Sabtu ini
MTUC mencadangkan Sabtu ini iaitu hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri dijadikan sebagai cuti khas.
![Rakyat Finland keluar mengundi pada Ahad Rakyat Finland keluar mengundi pada Ahad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/81680405071_ParliamentHouseHe.jpg)
Rakyat Finland keluar mengundi pada Ahad
Seramai 2,424 calon daripada 22 parti politik bersaing untuk merebut kerusi di Eduskunta, badan perundangan 'unicameral' negara Nordik itu.
![PRU15: Majikan di Padang Serai diminta beri kebenaran pekerja keluar mengundi PRU15: Majikan di Padang Serai diminta beri kebenaran pekerja keluar mengundi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/71669536473_PRKSungaiBesaru.jpg)
PRU15: Majikan di Padang Serai diminta beri kebenaran pekerja keluar mengundi
Perkara itu wajar dilakukan berikutan keputusan Kerajaan Kedah yang tidak dapat mempertimbangkan pemberian cuti khas pada hari pengundian.
![PRU15: Trend keluar mengundi luar jangka, Bung yakin BN-GRS tawan kerusi hitam di Sabah PRU15: Trend keluar mengundi luar jangka, Bung yakin BN-GRS tawan kerusi hitam di Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/61668838732_TBBUNGMOKTAR.jpg)
PRU15: Trend keluar mengundi luar jangka, Bung yakin BN-GRS tawan kerusi hitam di Sabah
Trend keluar mengundi di Parlimen Kinabatangan sejak pagi Sabtu disifatkan luar jangkaan, kata Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Bung Moktar Radin.
![PRU15: Presiden Pas, Abdul Hadi Awang selesai mengundi di Marang PRU15: Presiden Pas, Abdul Hadi Awang selesai mengundi di Marang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/61668831585_TanSriAbdulHadi.jpg)
PRU15: Presiden Pas, Abdul Hadi Awang selesai mengundi di Marang
Presiden Pas,Tan Sri Abdul Hadi Awang selesai menunaikan tanggungjawab mengundi bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Marang pagi ini.