KOTA KINABALU: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah menyerahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menetapkan tarikh baharu Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi mengisi kekosongan kerusi DUN Bugaya, kata Speaker DUN Sabah Datuk Seri Kadzim M. Yahya.
Beliau berkata pihaknya hanya menunggu keputusan daripada SPR untuk menentukan tarikh baharu penamaan calon bagi membolehkan PRK DUN Bugaya diadakan, susulan perintah penamatan ordinan dan proklamasi darurat di kawasan itu berkuat kuasa semalam.
"Sekarang, terserah kepada SPR untuk bermesyuarat dan menetapkan tarikh baharu PRK DUN Bugaya," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.
Kadzim berkata pihaknya sebelum ini telah membuat pemakluman rasmi berhubung kekosongan kerusi DUN Bugaya, dan menurutnya SPR telah menetapkan 16 Jan 2021 bagi mengadakan PRK, namun dibatalkan dan ditangguhkan berikutan pengisytiharan darurat di kawasan berkenaan.
Kerusi DUN Bugaya kosong susulan kematian penyandangnya Allahyarham Manis Muka Mohd Darah pada 17 Nov 2020 kerana sakit buah pinggang.
Pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-16 pada September 2020, Manis Muka yang bertanding atas tiket Parti Warisan berjaya mempertahankan kerusi DUN Bugaya dengan majoriti 6,005 undi selepas memperoleh 8,557 undi.
Manis Muka yang bergiat aktif dalam bidang politik sejak 1985, menewaskan enam pencabar lain termasuk calon Perikatan Nasional Mohd Daud Tampokong yang hanya memperoleh 2,552 undi.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menamatkan enam ordinan dan proklamasi darurat bagi menangguhkan PRK Parlimen Batu Sapi, Gerik dan DUN Bugaya yang diisytiharkan pada November dan Disember 2020, berkuat kuasa semalam.
Perintah pembatalan itu dinamakan sebagai Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) dan (Pembatalan) 2022 dan Proklamasi Darurat (Pembatalan) 2022 bagi Parlimen P.185 Batu Sapi, Sabah; serta Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) (No. 2) (Pembatalan) 2022 dan Proklamasi Darurat (No. 2) (Pembatalan) 2022 bagi Parlimen P.054 Gerik, Perak.
Selain itu, Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) (No. 3) (Pembatalan) 2022 dan Proklamasi Darurat (No. 3) (Pembatalan) 2022 bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.66 Bugaya, Sabah.
Dalam Warta Kerajaan Persekutuan bertarikh 6 Okt yang disiarkan oleh Jabatan Peguam Negara, pembatalan itu berikutan Seri Paduka Baginda berpuas hati bahawa keperluan kesemua ordinan dan proklamasi darurat berkenaan yang diisytiharkan pada 2020 susulan wabak penyakit berjangkit COVID-19, telah berakhir. - Bernama
Bernama
Fri Oct 07 2022
![PRK Bugaya: DUN Sabah serah kepada SPR tetapkan tarikh PRK Bugaya: DUN Sabah serah kepada SPR tetapkan tarikh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/41639812865_nanaRantau.jpg)
DUN Sabah hanya menunggu keputusan daripada SPR untuk menentukan tarikh baharu penamaan calon bagi membolehkan PRK DUN Bugaya diadakan, susulan perintah penamatan ordinan dan proklamasi darurat di kawasan itu berkuat kuasa semalam.
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Jamil Hamzah angkat sumpah sebagai ADUN Bugaya baharu Jamil Hamzah angkat sumpah sebagai ADUN Bugaya baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/81669367356_TBjamilhamzah.jpg)
Jamil Hamzah angkat sumpah sebagai ADUN Bugaya baharu
Jamil yang mewakili parti Warisan telah pun mengangkat sumpah di hadapan Speaker DUN Sabah sebagai ADUN baharu pada Jumaat.
![PRU15: DUN Bugaya kekal milik Warisan PRU15: DUN Bugaya kekal milik Warisan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/81668884110_BugayaJamilHamzah.jpg)
PRU15: DUN Bugaya kekal milik Warisan
Calon Parti Warisan yang menang di kerusi DUN Bugaya, Jamil Hamzah akan menyelesaikan tiga isu utama di kawasan DUN tersebut.
![PRU15: Ketua STAR bahagian Bugaya letak jawatan, GRS gagal capai kata sepakat PRU15: Ketua STAR bahagian Bugaya letak jawatan, GRS gagal capai kata sepakat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/61667536038_TBStar.jpg)
PRU15: Ketua STAR bahagian Bugaya letak jawatan, GRS gagal capai kata sepakat
Ketua STAR Bahagian Bugaya, Ahmat Daud mengumumkan peletakan jawatannya sebagai peneraju parti itu di sini berkuat kuasa serta-merta.
![PRU15: Hari penamaan calon bermula 9 pagi esok PRU15: Hari penamaan calon bermula 9 pagi esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51667271658_SPR.jpg)
PRU15: Hari penamaan calon bermula 9 pagi esok
Kertas panamaan calon untuk PRU15 boleh diserahkan bermula 9 pagi hingga 10 pagi kepada Pegawai Pengurus di 222 PPC.
![PRK Bugaya: DUN Sabah serah kepada SPR tetapkan tarikh PRK Bugaya: DUN Sabah serah kepada SPR tetapkan tarikh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/41639812865_nanaRantau.jpg)
PRK Bugaya: DUN Sabah serah kepada SPR tetapkan tarikh
DUN Sabah menyerahkan kepada SPR untuk menetapkan tarikh baharu PRK bagi mengisi kekosongan kerusi DUN Bugaya.
![Ordinan, proklamasi darurat Parlimen Batu Sapi, Gerik dan DUN Bugaya dibatalkan Ordinan, proklamasi darurat Parlimen Batu Sapi, Gerik dan DUN Bugaya dibatalkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/71654439806_AgongKita.jpg)
Ordinan, proklamasi darurat Parlimen Batu Sapi, Gerik dan DUN Bugaya dibatalkan
Perintah pembatalan itu mengikut Fasal (2B) Perkara 150 dan Fasal (1) dan (3) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.
![Pengundian PRK Gerik, Bugaya serentak pada 16 Jan - SPR Pengundian PRK Gerik, Bugaya serentak pada 16 Jan - SPR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/51606448328_AbdulGhaniSalleh.jpg)
Pengundian PRK Gerik, Bugaya serentak pada 16 Jan - SPR
Pengerusi SPR Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, SOP lebih ketat untuk ditetapkan untuk kedua-dua PRK bagi mengelak timbulnya kluster baharu akibat penularan COVID-19.
![Dewan Rakyat: Kerajaan pertimbang isytihar darurat di DUN Bugaya, Parlimen Gerik Dewan Rakyat: Kerajaan pertimbang isytihar darurat di DUN Bugaya, Parlimen Gerik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/61605681669_TAKIYUDDINHASSAN.jpg)
Dewan Rakyat: Kerajaan pertimbang isytihar darurat di DUN Bugaya, Parlimen Gerik
Takiyuddin berkata, pertimbangan itu bagaimanapun mengambil kira penilaian risiko oleh KKM dan MKN.
![Dewan Rakyat sentuh isu darurat Parlimen Gerik dan DUN Bugaya hari ini Dewan Rakyat sentuh isu darurat Parlimen Gerik dan DUN Bugaya hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/41606044759_parlimentmalaysia.jpg)
Dewan Rakyat sentuh isu darurat Parlimen Gerik dan DUN Bugaya hari ini
Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) bertanya kepada Perdana Menteri rasional sekiranya dilaksanakan darurat serta kekangan hak demokrasi pengundi untuk kawasan terlibat.
![Calon DUN Bugaya Manis Muka dedah rahsia di sebalik nama Calon DUN Bugaya Manis Muka dedah rahsia di sebalik nama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/41600232947_ManisBukaMohdDara.jpg)
Calon DUN Bugaya Manis Muka dedah rahsia di sebalik nama
Beliau berkata berlaku kesilapan ketika pendaftaran apabila nama Manis Muka yang sepatutnya didaftarkan telah tersalah eja sehingga menjadi Manis Buka.