KUALA LUMPUR: Parti Kesejahteraan Demoktratik Masyarakat (KDM) menyifatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman sudah tidak lagi mempunyai majoriti yang cukup sebagai Ketua Menteri Sabah.
Presidennya, Datuk Peter Anthony berkata, ia merujuk kepada Perkara 6(3) dibaca dengan Perkara 6(7) Perlembagaan Negeri Sabah, yang menyatakan bahawa Ketua Menteri sebagai Ketua Parti yang mendapat majoriti bilangan kerusi pada Pilihan Raya Negeri ke-16 tahun 2020.
Sehubungan itu, menurutnya, di bawah Perkara 7(1) Perlembagaan Negeri Sabah, Hajiji hendaklah meletakkan jawatan serta-merta.
“KDM menyerahkan keputusan kepada kebijaksanaan dan budi bicara Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin untuk memutuskan pelantikan Ketua Menteri Sabah yang baharu berdasarkan perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Negeri Sabah,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat malam.
Selain Peter sebagai ADUN Melalap, KDM mempunyai dua lagi ADUN iaitu Datuk Wetrom Bahanda (Bandau) dan Juil Nuatim (Limbahau).
Terdahulu, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Bung Moktar dalam satu sidang media di Kota Kinabalu telah menetapkan penarikan sokongan terhadap Hajiji.
Sehubungan dengan itu, Bung Moktar berkata, 17 ADUN Barisan Nasional turut sama menolak kepimpinan Hajiji sebagai Ketua Menteri.
Dalam sidang media itu, Bung Moktar turut menegaskan tindakan disiplin dan tegas akan diambil ke atas mana-mana ADUN BN yang ingkar dengan keputusan parti.
Astro Awani
Fri Jan 06 2023

Presiden KDM, Datuk Peter Anthony berkata, di bawah Perkara 7 (1) Perlembagaan Negeri Sabah, Hajiji yang juga ADUN Sulaman perlu meletak jawatan serta-merta. - Gambar fail/Astro AWANI

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

KDM umum beri sokongan penuh kepada Hajiji sebagai KM Sabah
Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) mengumumkan memberi sokongan penuh kepada kepimpinan Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri Sabah.

Politik Sabah: Hajiji sudah tiada lagi majoriti - KDM
Datuk Peter Anthony berkata, di bawah Perkara 7 (1) Perlembagaan Negeri Sabah, Hajiji yang juga ADUN Sulaman perlu meletak jawatan serta-merta.

PRU15: Mohamad Alamin ditentang empat pencabar di Kimanis
Parlimen Kimanis menyaksikan pertembungan lima penjuru antara calon BN, Pakatan Harapan, Warisan, KDM dan Pejuang.

PRU15: Tidak ada hitam putih, KDM bergerak solo - Peter Anthony
Ia susulan parti itu sehingga kini masih belum diterima oleh Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

PRU15: Bukan Warisan, ADUN Bandau umum sertai KDM, bertanding di Parlimen Kota Marudu
Wetrom mengumumkan akan bertanding di kerusi Parlimen Kota Marudu dengan menggunakan tiket KDM pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Peter Anthony umum parti baharu, mahu sertai GRS
Datuk Peter Anthony berkata mereka akan mengisi borang permohonan untuk menyertai gabungan itu pada Mac ini.

Sabah Memilih: Suara kaum Kadazandusun Murut usah dipinggir
Suara kaum Kadazandusun Murut (KDM) dan rumpunnya diharap tidak disisihkan oleh setiap parti yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Sabah Memilih: PBS janji saingan sengit dengan 30 kerusi
Parti Bersatu Sabah (PBS) bercadang akan bertanding 30 buah kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

PRK Kimanis: Masyarakat KDM tidak akan terpengaruh - Peter Anthony
Pihaknya yakin penduduk daerah berkenaan tidak terhasut dengan 'cakap-cakap' mengatakan kerajaan yang ditabir oleh Warisan memelihara Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).

Warisan tiada kaitan dengan sumbangan 50 buah motosikal
Pengerusi Jawatankuasa Penganjur program itu, Peter Chang berkata sumbangan pada Majlis Sambutan Hari Krismas itu tiada kaitan dengan Warisan.