KUALA LUMPUR:Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pokok Asam, daripada DAP, Leow Thye Yih berkata dia tidak akan menyokong mana-mana calon Menteri Besar sekiranya calon terbabit datangnya daripada UMNO.
Leow megambil pendirian itu susulan kenyataan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming yang berkata bahawa DAP sedia bekerjasama dengan mana-mana parti termasuk UMNO dalam membentuk kerajaan negeri yang baharu demi kesejahteraan rakyat di negeri itu.
Katanya, kejatuhan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) di negeri itu selepas sembilan bulan berkuasa sebelum ini disebabkan oleh UMNO, apabila tiga ADUN PH menyokong BN.
“Kedua-dua peristiwa tersebut mengingatkan diri saya bahawa saya tidak akan menyokong mana-mana calon daripada UMNO sebagai Menteri Besar Perak yang berikutnya," kata Leow ketika dihubungi Astro AWANI.
Justeru dia turut menggesa ADUN DAP lain di negeri itu mengambil pendirian sama.
“Saya menyeru rakan-rakan sepejuangan DAP khasnya ADUN-ADUN DAP Perak, menyokong pendirian saya dan seterusnya menolak mana-mana calon daripada UMNO sebagai Menteri Besar Perak berikutnya,” jelas Leow lagi.
LAPOR LANGSUNG: UMNO, BN tidak tolak kemungkinan penjajaran baharu politik
BACA: PH sedia bentuk kerjasama dengan UMNO di Perak
Terdahulu, Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming menyatakan bahawa parti itu sedia bekerjasama dengan mana-mana parti yang boleh membantu membentuk kerajaan berbilang kaum, kuat dan stabil.
Malah tegas Nga, beliau terbuka untuk mengadakan sebarang perbincangan yang membina.
Ia susulan kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam satu sidang media memaklumkan bahawa UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak menolak kemungkinan berlaku penjajaran baharu di Perak seiring krisis politik yang melanda negeri itu.
Bagaimanapun, Presiden UMNO itu berharap kerajaan yang ada di bawah kepimpinan Menteri Besar yang lalu dapat dikekalkan.
Fareez Azman
Sun Dec 06 2020
Leow berkata kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) di Perak selepas sembilan bulan berkuasa sebelum ini disebabkan oleh UMNO, apabila tiga ADUN PH menyokong BN. - Gambar fail/DAP
Bayi lelaki baru lahir ditemukan di belakang rumah
Polis sedang menyiasat seorang wanita berusia lingkungan 20-an berkaitan penemuan bayi lelaki di belakang sebuah rumah di Kampung Sungai Bedal, Temangan di Machang, pada Ahad.
Selangor lancar 'Ehsan Mart', tawar harga lebih murah
Selangor melalui Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) hari ini melancarkan pembukaan pasar raya ‘Ehsan Mart’ yang menawarkan harga barangan asas pada kadar 10 hingga 15 peratus lebih rendah berbanding di pasaran.
'Blueprint STEM' di masukkan ke dalam NSS
Pelan Tindakan Bakat Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM) Pulau Pinang yang dilancarkan pada Ahad, akan dimasukkan ke dalam Strategi Semikonduktor Nasional (NSS).
PETRA, Johor pastikan bekalan air dan tenaga cukup bagi pelabur
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) akan bekerjasama erat dengan kerajaan Johor bagi memastikan bekalan air dan tenaga mencukupi untuk keperluan pelabur di negeri ini.
1,080 taska dikenal pasti tidak berdaftar - KPWKM
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah mengenal pasti 1,080 taska di seluruh negara yang tidak berdaftar menerusi operasi pemutihan yang dilaksanakan mulai September tahun lalu.
Kod tatalaku focus tiga isu jenayah
Jenayah penipuan dalam talian, buli siber dan jenayah pengantunan atau seksual terhadap kanak-kanak merupakan antara perkara yang diberi tumpuan dalam membangunkan Kod Tatalaku platform media sosial yang dijangka siap bulan depan.
Malaysia juara, tewaskan Lubnan 1-0 di final
Malaysia kembali menjulang trofi Pestabola Merdeka 2024 apabila menewaskan Lubnan 1-0 dalam aksi final pada Ahad malam.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 8 September 2024.
Jong Un umum pangkalan baharu tentera laut, perkukuh ketenteraan
Korea Utara memerlukan sebuah pangkalan tentera laut yang baharu memandangkan negara itu sedang membina kapal perang dan kapal selam yang lebih besar.
Houthi dakwa tembak jatuh dron MQ-9 buatan Amerika
Kumpulan Houthi Yaman mendakwa menembak jatuh satu lagi dorn MQ-9 buatan Amerika yang berada di ruang udara negara itu.
Malaysia bincang pelanjutan tempoh pengecualian visa pelancong ke China - Saifuddin
Pelanjutan tempoh pengecualian visa pelancong untuk rakyat Malaysia ke China antara perkara yang akan dibincangkan dalam lawatan kerja Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ke negara itu.
TPM Ahmad Zahid lakukan lawatan kerja ke China
Beliau antara lain akan menghadiri Persidangan Forum Kerjasama Keselamatan Awam Global Lianyungang (GPSCFL) 2024 dan Forum Perniagaan Halal Malaysia-China.
Syed Hussien calon BN PRK DUN Mahkota
BN mengumumkan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kluang, Syed Hussein Syed Abdullah sebagai calon PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota.
Malaysia teroka amalan baik TVET dalam WSC 2024 di Perancis - Ahmad Zahid
Malaysia bakal meneroka amalan baik sektor TVET pada peringkat antarabangsa menerusi penyertaan dalam Pertandingan WorldSkills 2024 di Perancis.
Syarikat perladangan dicadang kembalikan 20 peratus tanah pajakan untuk faedah rakyat
Cadangan itu sedang dikaji Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB) bersama kerajaan negeri termasuk Wilayah Persekutuan sebelum dilaksanakan.
Terbuka Korea 2024: Ahmad Zahid, menteri ucap tahniah kepada Tang Jie-Ee Wei
Beliau menyifatkan kejayaan itu hadiah istimewa untuk Malaysia sempena Hari Kebangsaan semalam, selain turut menjadi pembakar semangat dan permulaan kepada kejayaan yang seterusnya.
Ahmad Zahid sedia disiasat dakwaan unsur tipu SD
Ahmad Zahid sedia disiasat berhubung dakwaan terdapat unsur tipu helah atau memperdaya Yang di-Pertuan Agong ke-16 ketika mengemukakan Akuan Berkanun (SD).
Status MyPPP diputuskan selepas mesyuarat Dewan Tertinggi BN - Ahmad Zahid
Status Parti Progresif Penduduk (MyPPP) untuk diterima semula sebagai parti komponen Barisan Nasional (BN) akan ditentukan dalam Mesyuarat Dewan Tertinggi BN akan datang.
Sambutan Hari Kebangsaan 2024 terbaik tampil kepelbagaian kaum - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan sambutan Hari Kebangsaan ke-67 antara terbaik pernah dilaksanakan, dengan perubahan dalam acara pembuka dan penutup tirai.
TPM Ahmad Zahid lakukan lawatan rasmi tiga hari ke Timor-Leste
Beliau akan diiringi pegawai kanan kerajaan dan wakil daripada Halal Development Corporation (HDC), Universiti Malaysia Sabah (UMS), UniKL, dan PLANMalaysia.