KUALA LUMPUR: Gabungan Perikatan Nasional (PN) adalah tawaran baharu untuk rakyat Malaysia, dan parti itu akan kekal untuk tempoh masa yang lama, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Pengerusi PN itu berkata, gabungan berkenaan ingin kekal sebagai sebuah gabungan politik yang berkongsi aspirasi negara untuk generasi yang akan datang, serta mahu memimpin Malaysia dengan lebih cekap, berkesan dan kompeten.
“Kita ingin terus merasai denyut nadi rakyat dan memenuhi keperluan mereka dengan penuh prihatin. Kita mempunyai aspirasi yang tinggi untuk terus memelihara perpaduan rakyat yang berbilang kaum dan agama.
“Kita komited untuk mentadbir negara ini dengan berintegriti dan berwibawa demi memelihara kesejahteraan dan kebajikan rakyat seluruhnya,” katanya lagi.
Perdana Menteri berkata demikian ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Nasional ke-49 Gerakan secara dalam talian, hari ini.
Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, beliau sentiasa mementingkan sentimen dan kehendak rakyat mahukan sebuah kerajaan dan pentadbiran yang lebih baik dan cekap.
Katanya lagi, harapan rakyat termasuklah kerajaan yang mempunyai integriti dan bekerja dengan bersungguh-sungguh.
“Saya yakin, Kerajaan Perikatan Nasional menepati sebahagian segala komitmen dan iltizam ini. Kami telah kotakan janji kami kepada rakyat.
“Perikatan Nasional mempunyai peranan yang penting dalam mewujudkan kestabilan politik, mengekalkan keharmonian rakyat berbilang kaum yang bersatu padu dalam sebuah negara majmuk, menjunjung prinsip tadbir urus yang baik dalam pentadbiran Kerajaan dan menegakkan kedaulatan undang-undang. Inilah prinsip-prinsip asas yang menunjangi pembentukan Perikatan Nasional,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Sat Mar 13 2021
![PN tawaran baharu untuk Malaysia, akan kekal untuk tempoh yang panjang - PM Muhyiddin PN tawaran baharu untuk Malaysia, akan kekal untuk tempoh yang panjang - PM Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/71615606683_gerakanmy.jpg)
Perikatan Nasional tawaran baharu untuk Malaysia, akan kekal untuk tempoh yang panjang - PM Muhyiddin
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![PRK Nenggiri: PN ada peluang menang, tapi jangan over-confident - Muhyiddin PRK Nenggiri: PN ada peluang menang, tapi jangan over-confident - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51713678198_MuhyiddinYassin.jpg)
PRK Nenggiri: "PN ada peluang menang, tapi jangan over-confident" - Muhyiddin
Muhyiddin optimis dengan kemenangan calon PN, Mohd Rizwadi Ismail sekali gus mempertahankan kerusi DUN Nenggiri.
![PRK DUN Mahkota: PN Johor serah tiga nama calon minggu ini PRK DUN Mahkota: PN Johor serah tiga nama calon minggu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723625237_TBMahkota.jpg)
PRK DUN Mahkota: PN Johor serah tiga nama calon minggu ini
PN Johor telah menyenarai pendek tiga nama calon daripada gabungan itu untuk bertanding pada PRK Dewan Undangan Negeri Mahkota.
![Ucapan takziah Muhyiddin kepada Ismail Haniyeh di Facebook diturunkan tanpa sebab oleh Meta Ucapan takziah Muhyiddin kepada Ismail Haniyeh di Facebook diturunkan tanpa sebab oleh Meta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41722480660_MuhyiddinYassinme.jpg)
Ucapan takziah Muhyiddin kepada Ismail Haniyeh di Facebook diturunkan tanpa sebab oleh Meta
Tiada maklumat lanjut diberikan Meta berhubung penurunan ucapan takziah di akaun Facebook bekas Perdana Menteri itu.
![Pembunuhan Ismail Haniyeh: PN seru kerajaan panggil segera Mesyuarat Khas Dewan Rakyat - Muhyiddin Pembunuhan Ismail Haniyeh: PN seru kerajaan panggil segera Mesyuarat Khas Dewan Rakyat - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722426334_IsmailHaniyehMuh.jpg)
Pembunuhan Ismail Haniyeh: PN seru kerajaan panggil segera Mesyuarat Khas Dewan Rakyat - Muhyiddin
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, insiden terhadap Ismail merupakan jenayah tidak berperikemanusiaan, terkutuk lagi terkeji yang wajib dikecam sekeras-kerasnya.
![Gantung Parlimen: 2 wakil rakyat dibenar mulakan semakan kehakiman Gantung Parlimen: 2 wakil rakyat dibenar mulakan semakan kehakiman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721817034_MuhyiddinYassin.jpg)
Gantung Parlimen: 2 wakil rakyat dibenar mulakan semakan kehakiman
Mahkamah Persekutuan membenarkan dua wakil rakyat memulakan semakan kehakiman bagi mencabar nasihat Muhyiddin untuk menggantung Parlimen sepanjang tempoh darurat pandemik COVID-19.
![Bersatu Perak sokong pelan cadangan penyatuan Muhyiddin Bersatu Perak sokong pelan cadangan penyatuan Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-06/71529832115_ZainolFadzi.jpg)
Bersatu Perak sokong pelan cadangan penyatuan Muhyiddin
Ketetapan itu diputuskan pada mesyuarat Jawatankuasa Badan Pimpinan Bersatu Perak malam tadi.
![Saya tidak fitnah Lim Guan Eng, cuma jelas tentang siasatan SPRM - Muhyiddin Saya tidak fitnah Lim Guan Eng, cuma jelas tentang siasatan SPRM - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721121786_MuhyiddinYassin.jpg)
Saya tidak fitnah Lim Guan Eng, cuma jelas tentang siasatan SPRM - Muhyiddin
Muhyiddin memberitahu bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary.
![Tiada pengosongan kerusi: Bersatu ambil tindakan undang-undang dalam masa terdekat Tiada pengosongan kerusi: Bersatu ambil tindakan undang-undang dalam masa terdekat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720866847_MuhyiddinYassin.jpg)
Tiada pengosongan kerusi: Bersatu ambil tindakan undang-undang dalam masa terdekat
Bersatu konsisten menolak keputusan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul dan menegaskan beliau tidak sepatutnya membuat keputusan sebegitu.
![Pemilihan Bersatu: Peja undur diri, Hamzah bertanding Timbalan Presiden Pemilihan Bersatu: Peja undur diri, Hamzah bertanding Timbalan Presiden](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720865913_HamzahZainudinnai.jpg)
Pemilihan Bersatu: Peja undur diri, Hamzah bertanding Timbalan Presiden
Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin bakal 'naik pangkat' dan menyandang jawatan Timbalan Presiden parti pada pemilihan akan datang.
![Pembangkang semakin dapat sokongan rakyat - Muhyiddin Pembangkang semakin dapat sokongan rakyat - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720844857_MuhyiddinYassin.jpg)
Pembangkang semakin dapat sokongan rakyat - Muhyiddin
Pembangkang semakin mendapat sokongan rakyat terutama orang Melayu berdasarkan situasi politik semasa ketika ini.