ALOR SETAR: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyangkal dakwaan pihak tertentu bahawa Kerajaan Perpaduan pimpinan beliau 'menganaktirikan' negeri-negeri yang ditadbir oleh pembangkang.
Sebaliknya, Perdana Menteri berkata kerajaan telah meningkatkan peruntukan kepada negeri terbabit termasuk Kedah, yang kini ditadbir oleh Perikatan Nasional (PN).
"Untuk Johor naik peruntukan, untuk Kedah naik peruntukan, Alhamdulillah... tapi ada yang pakai serban cakap Anwar ini telah menganak tiri (negeri pembangkang). Itu cakap fitnah. Jadi, saya harap saudara faham.
"Saya tahu apa erti fitnah, saya tahu apa erti sakit bila dipukul, saya (tahu) erti menderita hidup dalam lokap... apa erti bila jadi Perdana Menteri saya zalim pada orang?" katanya ketika berucap pada program Himpunan MADANI Kedah 2023 di sini malam ini.
Anwar berkata sebagai Perdana Menteri, beliau tidak mahu bermusuhan dengan sesiapa sebaliknya berhasrat membangunkan semula negara dengan rakyat yang mempertahankan integriti.
Beliau turut menyeru rakyat khususnya di Kedah agar menyokong Kerajaan Perpaduan yang membawa dasar yang mengangkat martabat rakyat dan negara.
"Takkanlah sebab buat majlis hari raya nak menang (atau) kalah pilihan raya... kerana beri makan hari raya, dapat undi, tidak. Saya tidak mahu saudara saudari sokong saya sebab itu," katanya.
Perdana Menteri juga berazam untuk membuktikan kepada negara dan dunia bahawa terdapat orang Melayu yang boleh memimpin negara ini dengan baik serta mampu membawa perubahan atas nama Islam.
"Saya nak tunjukkan bawah pimpinan Islam, kita boleh tadbir dengan baik dan tegakkan keadilan bagi semua rakyat negara kita dan saya harap anak muda di negara ini bawa juga perubahan ini, bukan dengan kebencian tetapi dengan kasih sayang," katanya.
Himpunan MADANI itu turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil serta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 28 2023
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan pidato beliau pada Himpunan MADANI Kedah di Dataran Stargate malam ini. - Foto BERNAMA
Isu Laut China Selatan: Tidak perlu pertelagahan - PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan penyelesaian isu Laut China Selatan dengan China tidak perlu melibatkan pertelagahan sebaliknya akan dibincangkan secara bilateral dan 'hati ke hati'.
Kerajaan Sabah, Sarawak tidak dipinggir dalam rundingan berkaitan Laut China Selatan
Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin menolak andaian kerajaan persektuan tidak mendapatkan pandangan kerajaan Sabah dan Sarawak dalam rundingan berkaitan isu Laut China Selatan.
Bayi tujuh bulan meninggal dunia di rumah pengasuh
Seorang bayi lelaki berusia tujuh bulan maut selepas ditemukan tidak sedarkan di dalam buaian ketika berada dalam jagaan pengasuhnya.
Fasiliti daif jejas pengisian pegawai perubatan
Lukanisman berkata cabaran besar yang berlaku di Sabah adalah penempatan atau pengisian jawatan pegawai perubatan tidak mencapai jumlah yang optimum berikutan masih terbeban dengan fasiliti yang daif.
KKM laksana pelbagai strategi rapatkan jurang nisbah doktor di Sabah
Keutamaan kepada pegawai perubatan anak kelahiran Sabah untuk berkhidmat di negeri itu, antara strategi dan inisiatif Kementerian Kesihatan (KKM) dalam merapatkan jurang nisbah doktor khususnya di Sabah.
Enam isu rakyat diangkat ahli Parlimen Sipitang
Enam isu rakyat terutama masalah infrastruktur asas di kawasan Sipitang dibangkitkan Ahli Parlimen itu, Datuk Matbali Musah ketika membahaskan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat.
Tiada perjumpaan bersama Ketua Pesuruhjaya SPRM di Genting Highlands - KP Kastam
Jabatan Kastam Diraja Malaysia nafi adanya perjumpaan antara Ketua Pengarah Kastam dan Pengarah-Pengarah Kastam bersama dengan Ketua Pesuruhjaya SPRM di Genting Highlands.
Polis nafi dakwaan gagal siasat kes dokumen palsu hak milik tanah di Kedah
Polis menyifatkan dakwaan yang disebarkan melalui akaun TikTok 'Abuismailabuyaziz' itu adalah tidak benar dan berniat jahat.
Teknologi AI: Arab Saudi rancang pelaburan AS$100 bilion saingi UAE
Inisiatif itu, yang dipanggil "Project Transcendence", juga akan memberi tumpuan kepada merekrut bakat baharu, membangunkan ekosistem tempatan dan menggalakkan syarikat teknologi untuk melakukan pelaburan sumber.
Trump - China: Pelabur mungkin cenderung kepada Jepun, India
Pemerhati pasaran melihat kemungkinan dana mengalir ke India dan Jepun ketika pelabur menilai pendirian anti-China Trump, termasuk ancaman untuk mengenakan tarif sebanyak 60 peratus ke atas barangan China.
PM sampai sumbangan, kelengkapan Deepavali kepada Joselyn Dewi
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan dan kelengkapan Deepavali kepada Joselyn Dewi dan keluarganya.
PM Anwar nasihat stesen minyak tambah baik kemudahan bagi keselesaan orang awam
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihatkan semua syarikat penyedia stesen minyak untuk menambah baik kemudahan yang disediakan di kawasan mereka, bagi manfaat orang awam.
PM Anwar hargai Presiden Putin atas jemputan Sidang Kemuncak BRICS
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyatakan ucapan sekalung penghargaan kepada Presiden Rusia Vladimir Putin atas jemputan menghadiri Sidang Kemuncak BRICS yang baru selesai.
PM ambil maklum kebimbangan cadangan gaji minimum, caruman KWSP wajib - Fahmi
Fahmi berkata isu berkenaan turut dibangkitkan pada mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Anwar hari ini.
PM akan adakan pertemuan sekali lagi dengan Sheikh Al-Azhar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi akan mengadakan pertemuan dengan Sheikh Al-Azhar iaitu Al-Imam Al-Akbar Sheikh Profesor Dr Ahmed Mohammed Al-Tayyib dalam masa terdekat.
Agenda reformasi tatakelola, antirasuah tekad kerajaan rencana hala tuju negara - PM
Agenda reformasi tatakelola pentadbiran selain hal berkaitan integriti dan antirasuah terus menjadi tekad serta keutamaan Kerajaan MADANI dalam merencana hala tuju negara yang lebih baik.
Rakyat jelata: Penerima manfaat sebenar Belanjawan 2025
Belanjawan 2025 yang dibentangkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim sama sekali tidak menampakkan sebarang projek besar serta yang berprofil tinggi.
Belanjawan 2025: Bantuan khas kewangan RM500 kepada penjawat awam
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata bantuan khas itu diberikan kepada semua penjawat awam gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak.
PM hulur sumbangan kepada keluarga Allahyarham Khairil Anwar Jamaludin
Sumbangan itu disampaikan oleh Setiausaha Politik beliau iaitu Ahmad Farhan Fauzi yang menziarahi keluarga Allahyarham Khairil Anwar Jamaludin baru-baru ini.
KSN akan pengerusikan mesyuarat, pastikan persiapan Kepengerusian ASEAN 2025 di tahap tertinggi - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Khas Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 hari ini.