NIBONG TEBAL: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menitipkan pesanan agar pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap khususnya anak muda untuk memberi peluang kepada calon Kerajaan Perpaduan mewakili suara mereka, kata Setiausaha Politik Kanannya Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin.
Beliau yang membawa pesanan itu berkata ia penting supaya lebih banyak program dan pembangunan dari segi infrastruktur dapat dilaksanakan dengan tuntas di Sungai Bakap.
"Sekarang Kerajaan Negeri Pulau Pinang selari dengan Kerajaan Persekutuan... bantulah kerajaan negeri, Perdana Menteri, untuk mengangkat calon yang boleh membantu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Projek Rumah Hijau MADANI B40 di Dewan Gerakan Masyarakat Kampung Sungai Duri di sini hari ini.
Beliau turut memberitahu Anwar cukup prihatin dengan kawasan Sungai Bakap yang juga merupakan tempat lahir Perdana Menteri ke-10 itu dan sentiasa memberikan tumpuan kepada masyarakat setempat di kawasan berkenaan, antaranya peruntukan RM7 juta bagi pembangunan Masjid Lama Sungai Bakap, Seberang Perai Selatan yang diumumkan pada 16 Julai tahun lepas.
Kerajaan Perpaduan mempertaruhkan bekas pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara Dr Joohari Ariffin mewakili Pakatan Harapan (PH) untuk merampas kerusi DUN itu manakala Perikatan Nasional (PN) menamakan bekas eksekutif logistik yang juga Naib Yang Dipertua Pas Nibong Tebal Abidin Ismail.
PRK DUN Sungai Bakap pada 6 Julai ini yang menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Joohari dan Abidin, diadakan susulan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lepas, akibat keradangan dalam perut.
Terdahulu Shamsul menyerahkan sumbangan berbentuk anak pokok sayur terung, bendi dan cili daripada Syarikat Alam Maju MADANI Enterprise kepada 500 keluarga di kawasan setempat bagi membantu mengurangkan beban keluarga B40 menerusi hasil pertanian.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 27 2024

Shamsul Iskandar yang membawa pesanan itu berkata ia penting supaya lebih banyak program dan pembangunan dari segi infrastruktur dapat dilaksanakan dengan tuntas di Sungai Bakap. - Gambar fail/BERNAMA

USD700 juta dipindah kepada syarikat Jho Low tanpa kelulusan Lembaga Pengarah - Saksi
Bekas pegawai penyiasat kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) R. Rajagopal berkata tiada kelulusan Lembaga Pengarah diperoleh bagi memindahkan USD700 juta dana syarikat itu kepada Good Star Limited.

Pelaporan korporat yang berkualiti dorong keyakinan pelabur - Abdul Wahid
Pelaporan korporat yang berkualiti memberi impak ketara terhadap keyakinan pelabur, memudah cara pertumbuhan perniagaan dan sekali gus menyumbang kepada kemajuan ekonomi secara keseluruhannya.
Bina Semula Gaza: Pelaksanaan pelan Negara Arab berdepan pelbagai ketidaktentuan - Penganalisis
Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM), Prof. Dr. Kamaruzaman Yusoff dan Penasihat Kehormat Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Prof. Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor menegaskan pelaksanaan pelan pembangunan Gaza oleh Negara Arab berdepan ketidaktentuan sumber dana. Bahkan, Pensyarah Kolej PERMATA Insan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Abdel Rahman Ibrahim menjelaskan Mesir sendiri tidak akan menerukan pelan terbabit tanpa restu Amerika Syarikat #DialogTigaPenjuru

MA63: Kerajaan MADANI selesai tunai sembilan tuntutan setakat ini - Fadillah
Kerajaan MADANI berjaya menyelesaikan sembilan tuntutan berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) setakat ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Pasaran getah ditutup rendah susulan prestasi lemah niaga hadapan serantau
Pasaran getah tempatan ditutup rendah hari ini susulan petunjuk lemah daripada pasaran serantau dan kemerosotan harga minyak, kata seorang peniaga.
Dialog Tiga Penjuru: Pelan Pembangunan Semula Gaza: ‘Liga Arab Vs Trump
Apa cabaran dalam merealisasikan Pelan Pembangunan Semula Gaza oleh Mesir dan negara Arab sebagai penolakan terhadap rancangan awal Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk mengusir penduduk Palestin melalui projek ‘Riviera Timur Tengah’? Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam.

FBM KLCI ditutup tinggi melantun semula daripada penurunan 5 hari
FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) muncul sebagai indeks yang mencatatkan prestasi tertinggi di rantau ini hari ini, meningkat 1.69 peratus apabila melantun semula daripada penurunan lima hari.
Malaysia ada tempat istimewa di hati penduduk Gaza - Mahasiswa Palestin
Pelajar Gaza di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Asim S. M. Alamssi, berkongsi perasaan mendalam terhadap Malaysia yang dihargai oleh penduduk Gaza.
EdgeWood Residences tawar konsep ‘Healthy Home’
Pembangun hartanah terkemuka, SkyWorld Development Berhad, memperkenalkan SkyWorld Healthy Home – prinsip reka bentuk inovatif yang menggabungkan strategi pasif, teknologi pintar dan ciri mesra alam untuk persekitaran hidup yang lebih sihat dan selesa.
Bagi memberi pengalaman secara langsung, SkyWorld menganjurkan lawatan eksklusif ke EdgeWood Residences.
Ketua Pegawai Eksekutif SkyWorld, Lee Chee Seng berkata, cetusan pembangunan ini untuk memberi keseimbangan antara alam semula jadi dan kehidupan bandar bagi mempromosi gaya hidup lebih sihat.
Bagi memberi pengalaman secara langsung, SkyWorld menganjurkan lawatan eksklusif ke EdgeWood Residences.
Ketua Pegawai Eksekutif SkyWorld, Lee Chee Seng berkata, cetusan pembangunan ini untuk memberi keseimbangan antara alam semula jadi dan kehidupan bandar bagi mempromosi gaya hidup lebih sihat.

PDRM terima 489 laporan babit 637 rakyat Malaysia jadi mangsa pemerdagangan orang
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima sebanyak 489 laporan berkaitan 637 warganegara Malaysia menjadi mangsa pemerdagangan orang.

PRK Sg Bakap: Polis puas hati proses pengundian lancar
Polis berpuas hati dengan perjalanan proses mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap hari ini.

PRK Sg Bakap: Joohari mahu jadi pemudah cara antara rakyat dan kerajaan jika diberi mandat
Menjadi pemudah cara antara rakyat dan agensi kerajaan termasuk menyelesaikan masalah yang memerlukan perhatian segera akan menjadi keutamaan calon Pakatan Harapan (PH) Dr Joohari Ariffin.

PRK Sg Bakap: Gabungan gerak kerja BN-PH beri peluang cerah kepada Cikgu Joohari
Jentera BN-PH telah bergerak secara menyeluruh di kawasan DUN Sungai Bakap, untuk mendekati seramai mungkin pengundi bagi membantu kempen calon PH itu.

PRK Sg Bakap: Kerajaan Perpaduan mampu menang - Ahmad Zahid
Kerajaan Perpaduan mampu memperoleh kemenangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap Sabtu ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

PRK Sg Bakap: 102 permit diluluskan kepada dua parti bertanding
Sebanyak 102 permit bagi tujuan kempen bergerak, ceramah dan tinjauan mesra diluluskan kepada dua parti bertanding.

PM pesan pengundi muda Sg Bakap beri peluang kepada calon Perpaduan - Shamsul Iskandar
Shamsul Iskandar berkata ia penting supaya lebih banyak program dan pembangunan dari segi infrastruktur dapat dilaksanakan dengan tuntas di Sungai Bakap.

PRK DUN Sg Bakap: Sembilan lagi permit diluluskan hari keenam kempen
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad berkata ia menjadikan 34 permit telah diluluskan sejak bermula kempen bagi PRK itu pada 22 Jun lepas.

PRK Sg Bakap: Amanah nafi tidak turun padang bersama jentera Perpaduan
Parti Amanah Negara (Amanah) menafikan tidak turun padang bersama jentera Perpaduan sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap yang bermula Sabtu lepas.

PRK Sungai Bakap: PN perlu henti main sentimen Melayu dan Islam - Penganalisis
Perikatan Nasional (PN) perlu keluar daripada naratif kempen yang memainkan sentimen Melayu dan Islam untuk meraih undi.