Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Khamis menjawab kritikan bahawa kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak mampu menunaikan janji-janji dalam manifestonya.
Menurut Dr Mahathir, beberapa janji yang dibuat PH memerlukan majoriti dua pertiga di dalam Dewan Rakyat agar Perlembagaan Persekutuan boleh dipinda.
“Bila kita (PH) dapat cukup dua pertiga, kita akan pinda perlembagaan tetapi bukan untuk nak buang hak Raja, kerana itu kekal.
“Cuma kita nak pinda had umur mengundi daripada 21 kepada 18 tahun kerana dengan ini lebih ramai rakyat boleh mengundi.
“Kita juga nak kurangkan kuasa perdana menteri dengan mengehadkan (pentadbirannya) kepada dua penggal sahaja,” katanya dalam ucapan di sini pada Khamis.
BACA: Manifesto PH mula ditunaikan secara berperingkat
Sementara itu, Dr Mahathir memberi bayangan bahawa lebih ramai Ahli Parlimen daripada UMNO akan lompat ke PH disebabkan UMNO kini sudah tiada hala tuju.
Jelasnya, disebabkan keperluan bagi PH mendapatkan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat, kemasukan Ahli Parlimen daripada UMNO ke dalam PH diterima.
“Tetapi hanya ahli UMNO yang faham dengan perjuangan kita. Dengan ini kita dapat menambah jumlah dua pertiga di Dewan Rakyat.
“Hanya dengan itu kita dapat membuat pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan,” katanya.
Dalam pada itu, Dr Mahathir turut memberi gambaran bahawa akan terdapat tiga lagi Pilihan Raya Kecil (PRK) diadakan selepas Semenyih.
Katanya, ini adalah termasuk PRK Rantau yang dijangka akan diadakan pada April ini.
Namun Dr Mahathir tidak menyebut dua lagi kawasan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri yang didakwanya akan berlaku PRK.
“Tak lama lagi kita dapat majoriti dua pertigalah sebab kita ada tiga lagi tempat nak PRK.
“Satu di Negeri Sembilan, Rantau. Jika di situ kita menang, makin dekatlah lagi (mendapat dua pertiga),” tambahnya lagi.
Arfa Yunus
Thu Feb 28 2019
![PH perlu majoriti dua pertiga untuk tunaikan beberapa janji - Tun M PH perlu majoriti dua pertiga untuk tunaikan beberapa janji - Tun M](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-02/81550233994_TUNDRMAHATHIRMOHA.jpg)
TUN MAHATHIR: Bila kita (PH) dapat cukup dua pertiga, kita akan pinda perlembagaan tetapi bukan untuk nak buang hak Raja, kerana itu kekal. - Gambar fail
![Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002631_TBOlimpian.jpg)
Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
!['Adakah kita telah menjadi sebahagian daripada China?' – Dr Mahathir 'Adakah kita telah menjadi sebahagian daripada China?' – Dr Mahathir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41729151701_TunDrMahathir.jpg)
'Adakah kita telah menjadi sebahagian daripada China?' – Dr Mahathir
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meluahkan kekecewaan dan kebimbangannya terhadap penggunaan meluas tulisan Cina di kompleks beli-belah di sekitar Kuala Lumpur.
![Mengenang Tun Daim: “Seorang sahabat dan pejuang bersama - Tun Mahathir Mengenang Tun Daim: “Seorang sahabat dan pejuang bersama - Tun Mahathir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81731469575_TunDaimTunDaimZ.jpg)
Mengenang Tun Daim: “Seorang sahabat dan pejuang bersama" - Tun Mahathir
Dr Mahathir menyifatkan Allahyarham sebagai tokoh yang jarang ditemui, berjaya dalam bidang perniagaan dan setia menyumbang kepada negara.
![Tun M kecam kemunafikan Eropah berhubung konflik di Gaza Tun M kecam kemunafikan Eropah berhubung konflik di Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81722501764_TunM.jpg)
Tun M kecam "kemunafikan" Eropah berhubung konflik di Gaza
"Saya dahulu menganggap orang Eropah sebagai perintis hak asasi manusia. Kini saya tahu mereka hipokrit. Saya sudah hilang rasa hormat terhadap mereka."
![Tun M hadir hadir ke mahkamah kes saman Zahid isu kutty Tun M hadir hadir ke mahkamah kes saman Zahid isu kutty](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81724641801_TunMDrMahathirM.jpg)
Tun M hadir hadir ke mahkamah kes saman Zahid isu kutty
Bekas Ahli Parlimen Langkawi yang memakai kot berwarna hitam, turut ditemani isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.
![Pemimpin politik harus jadi teladan pupuk nilai perpaduan, muhibbah - Aaron Pemimpin politik harus jadi teladan pupuk nilai perpaduan, muhibbah - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61705151366_AaronAgoDagang.jpg)
Pemimpin politik harus jadi teladan pupuk nilai perpaduan, muhibbah - Aaron
Pemimpin politik seharusnya menjadi teladan dalam memupuk nilai perpaduan, muhibah dan semangat kebersamaan, kata Menteri Perpaduan, Datuk Aaron Ago Dagang.
![Pemimpin Arab, Islam seperti tiada maruah di mata dunia Barat - Tun Mahathir Pemimpin Arab, Islam seperti tiada maruah di mata dunia Barat - Tun Mahathir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81699950678_Palestinian.jpg)
Pemimpin Arab, Islam seperti tiada maruah di mata dunia Barat - Tun Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan, kesombongan dan kebiadaban Israel, serta sikap tidak mempedulikan hak nilai kemanusiaan, melebihi kejahatan penjajah yang lampau.
![Saman Halim Saad: Tun M, dua pihak lagi diarah fail pembelaan Saman Halim Saad: Tun M, dua pihak lagi diarah fail pembelaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/81690534978_TBtunm.jpg)
Saman Halim Saad: Tun M, dua pihak lagi diarah fail pembelaan
Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu, memberi masa sehingga bulan depan untuk Tun Dr Mahathir Mohamad dan dua pihak lain, memfailkan pembelaan berhubung kes saman ahli perniagaan, Tan Sri Halim Saad.
!['Saya Syed Saddiq. Bukan boneka sesiapa' 'Saya Syed Saddiq. Bukan boneka sesiapa'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/81664267682_SyedSaddiq.jpg)
'Saya Syed Saddiq. Bukan boneka sesiapa'
Syed Saddiq bidas dakwaan beliau adalah boneka Tun Dr Mahathir Mohamad susulan gesaannya kepada barisan kabinet untuk mengisytiharkan harta.
![Tidak mustahil Pas kembali berkawan dengan DAP - Mat Sabu Tidak mustahil Pas kembali berkawan dengan DAP - Mat Sabu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/71681623000_MohamadSabuKotaB.jpg)
Tidak mustahil Pas kembali berkawan dengan DAP - Mat Sabu
Ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan jika ia berlaku kerana Pas kini berkawan dengan musuh politiknya, Tun Dr Mahathir Mohamad.
![Tiada keperluan untuk Dr Mahathir dikenakan Akta Hasutan - Saifuddin Tiada keperluan untuk Dr Mahathir dikenakan Akta Hasutan - Saifuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/61677848946_TBSaifuddinNasution.jpg)
Tiada keperluan untuk Dr Mahathir dikenakan Akta Hasutan - Saifuddin
Saifuddin tidak melihat ada keperluan untuk mengenakan tindakan Akta Hasutan terhadap Dr Mahathir, berhubung kritikan yang disuarakan bekas perdana menteri itu kepada kerajaan.