SEREMBAN: Pakatan Harapan (PH) tetap menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, meskipun Presiden PKR itu ketika ini sedang terpalit dengan kontroversi audio yang didakwa mirip suaranya dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
Jelas Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Anthony Loke Siew Fook, Ketua Pembangkang itu juga kekal sebagai calon Perdana Menteri bagi PH.
Berucap pada Konvensyen Biasa DAP Negeri Sembilan penggal ke-19 hari ini, Ahli Parlimen Seremban itu turut menambah parti komponen dalam PH tidak akan berpecah-belah, sebaliknya berdiri teguh bagi menghadapi pilihan raya akan datang.
"Kita telah menyelesaikan beberapa isu dasar. Jelas bahawa PH akan tetap bekerjasama dan mengikat persaudaraan kita. Datuk Seri anwar adalah pemimpin kita dan calon Perdana Menteri.
"Tiada persoalan terhadap isu pimpinan, tiada persoalan bahawa kita tiga parti akan berpecah... tiga parti ini adalah parti hidup dalam PH. Kita mesti berpegang teguh dan berdiri sama-sama untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
"Saya juga nak menyatakan dengan jelas bahawa DAP Negeri Sembilan menyokong penuh kepimpinan Datuk Seri Aminuddin Harun selaku Menteri Besar Negeri Sembilan, dan beliau adalah panglima besar dalam PRU15 untuk tetap menawan Negeri Sembilan," katanya dalam ucapan tersebut, di sini hari ini.
Hadir sama pada konvensyen tersebut Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Aminuddin; serta Pengerusi Amanah Negeri Sembilan, MK Ibrahim Abd Rahman.
Mengulas lanjut, bekas Menteri Pengangkutan itu turut menyeru agar mandat yang diberikan oleh rakyat kepada kerajaan PH di negeri ini harus dikekalkan.
Katanya, persediaan perlu dilakukan untuk menghadapi PRU15 yang digambarkan boleh berlaku pada bila-bila masa.
Justeru tegas beliau, untuk mengekalkan mandat, parti perlu menunaikan manifesto yang dijanjikan, selain mengukuhkan perpaduan dalam komponen PH.
"Menunaikan janji adalah satu kewajipan, kerajaan PH jatuh di Putrajaya kerana ada orang yang tidak menunaikan janji.
"Tetapi kita tidak, kita tetap menjadi kerajaan kerana kita mempunyai pemimpin yang menunaikan janji. Kita menganggap manisfesto kita sebagai kitab kita juga," katanya.
Hasimi Muhamad
Sun Apr 11 2021
Bekas Menteri Pengangkutan itu turut menyeru agar mandat yang diberikan oleh rakyat kepada kerajaan PH di Negeri Sembilan harus dikekalkan. - Gambar fail
24 orang terbunuh selepas Israel serang masjid, sekolah di Gaza
Sekurang-kurangnya 24 orang terbunuh manakala 93 lagi cedera akibat serangan udara Israel di sebuah masjid dan sebuah sekolah yang menempatkan penduduk Gaza pada Ahad.
Israel tingkat serangan udara di timur Lubnan
Hampir semua bangunan di bandar lama Baalbek di Timur Lubnan musnah selepas rejim zionis meningkatkan serangan udaranya pada Ahad.
Jokowi seru sentiasa berwaspada di tengah-tengah cabaran global
Presiden Joko Widodo menyeru Tentera Nasional Indonesia (TNI) untuk sentiasa berwaspada dan bersiap sedia ketika negara berdepan dengan cabaran global yang semakin meningkat.
Pesawat Frontier Airlines terbakar ketika mendarat
Pesawat penerbangan 1326 Frontier Airlines terbakar ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Harry Reid di Las Vegas, Nevada.
7 maut termasuk dua kanak-kanak di Maharashtra
Sekurang-kurangnya tujuh orang termasuk dua kanak-kanak maut dan beberapa lagi cedera selepas kebakaran besar berlaku di sebuah bangunan di Maharashtra, Mumbai.
Kejadian tembak di Selama, polis tahan pemilik kebun
Polis menahan seorang lelaki tempatan kerana disyaki terlibat kes tembakan sehingga menyebabkan seorang individu cedera di Kampung Sumpit Beras, Rantau Panjang dekat Selama Jumaat lepas.
Kedai runcit simpan, cuci sayuran dalam tandas sebelum dijual
Sebuah kedai runcit diusahakan seorang warga asing dikesan melakukan pelbagai kesalahan kepenggunaan termasuk menyimpan sayur-sayuran di dalam tandas premis itu.
Lelaki lemas ketika mandi di Pantai Tanjung Tokong
Seorang lelaki ditemukan lemas ketika mandi di Pantai Tanjung Tokong hari ini.
8,500 premis diberi amaran susulan pelaksanaan Akta 852 - Dzulkefly
Sejumlah 8,500 premis di seluruh negara diberi amaran kerana melanggar Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) yang berkuat kuasa pada 1 Okt lepas.
JDT raih kejuaraan berganda, julang Piala Futsal Malaysia 2024
Skuad futsal Johor Darul Ta'zim (JDT) meraih kejuaraan berganda musim ini apabila muncul juara Piala Futsal Malaysia 2024 selepas menewaskan Selangor 3-2.
Kerajaan MADANI komited perkasa industri sawit negara - PM Anwar
Kerajaan MADANI akan memastikan industri sawit negara terus diperkasakan.
Agenda pemerkasaan ekonomi adil untuk semua kaum - PM Anwar
Perdana Menteri berkata agenda pemerkasaan ekonomi dilaksanakan dengan adil tanpa meminggirkan mana-mana kaum di negara ini.
Pakistan, Bangladesh kagum dengan keamanan Malaysia di sebalik kepelbagaian agama - PM Anwar
Pakistan dan Bangladesh memberikan penghormatan yang tinggi kepada Malaysia kerana mampu mengekalkan keamanan walaupun rakyatnya terdiri daripada pelbagai agama.
Kerajaan setuju latihan Bahasa Cina, Tamil diperbanyakkan di institusi perguruan - PM Anwar
Kerajaan bersetuju supaya ruang tambahan bagi latihan Bahasa Cina dan Tamil diperbanyakkan di institusi perguruan, selain daripada Bahasa Kebangsaan.
Kerajaan tidak pernah bincang tukar status agama Islam sebagai agama Persekutuan - PM Anwar
Kerajaan tidak pernah berbincang untuk menukar status agama Islam sebagai agama Persekutuan, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar tegur kelompok elit taksub Bahasa Inggeris, fobia bahasa kebangsaan
Perdana Menteri menegur segelintir kelompok elit yang taksub dengan Bahasa Inggeris sehingga meremehkan penggunaan Bahasa Melayu, bahasa kebangsaan negara.
Penguasaan bahasa tidak harus bersifat ''zero-sum game'' - PM Anwar
Perdana Menteri mengingatkan penekanan terhadap sesuatu bahasa tidak seharusnya bersifat 'zero-sum game'', sehingga meminggirkan Bahasa Melayu.
KPT akan pastikan capaian internet di IPTA berada di tahap tertinggi - Zambry
KPT sedang berusaha memastikan capaian Internet di semua IPTA berada pada tahap tertinggi.
Anwar tekankan keperluan perkukuh hubungan ketenteraan Malaysia-Pakistan
Anwar memuji "peranan Angkatan Tentera Pakistan dalam keamanan dan kestabilan serantau, mengakui profesionalisme dan pengorbanan mereka dalam memerangi keganasan".
Malaysia ulangi komitmen perkukuh hubungan dengan ASEAN
Malaysia komited untuk memperkukuh hubungan erat dengan negara jiran ASEAN, ketika negara ini bersiap sedia untuk mengambil alih jawatan Pengerusi ASEAN pada 2025, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwa