GEORGE TOWN: Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang hari ini mengadakan mesyuarat mengenai pelantikan Timbalan Ketua Menteri (TKM) dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Pulau Pinang.
Perbincangan pada kira-kira jam 10 pagi ini melibatkan pemimpin-pemimpin PH-BN peringkat negeri sebelum senarai nama diserah kepada pucuk pimpinan pusat parti masing-masing.
Timbalan Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik, berkata pihaknya telah menghantar senarai nama calon TKM dan anggota Exco daripada parti itu pada mesyuarat tersebut.
"Namun keputusan siapa yang akan dipilih atau dilantik dalam kerajaan negeri akan di putuskan oleh pucuk pimpinan pusat PH-BN. Saya difahamkan mereka bermesyuarat malam ini...jadi kita tunggu keputusan itu," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.
Sementara itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata pihaknya turut menyerahkan nama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk calon Exco dalam kerajaan negeri dan akur dengan sebarang keputusan yang dibuat oleh pucuk pimpinan parti.
"UMNO faham kita hanya menang dua kerusi DUN dan saya hargai jika ada dalam kalangan ADUN (UMNO) dilantik menyertai barisan exco Pulau Pinang," katanya.
Gabungan PH-BN berjaya menubuhkan kerajaan negeri selepas memenangi majoriti dua pertiga iaitu 29 kerusi daripada 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan dengan DAP memenangi kesemua 19 kerusi DUN yang ditandingi; PKR (tujuh); Amanah (satu); dan BN (dua); manakala Pakatan Nasional (PN) memperoleh 11 kerusi.
Pihak media hari ini menerima surat jemputan daripada kerajaan negeri berhubung istiadat pengurniaan surat cara pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah simpan rahsia ahli mesyuarat kerajaan negeri yang akan berlangsung di Dewan Seri Pinang, di sini, Rabu ini.
Semalam, Chow Kon Yeow, 65, yang merupakan Pengerusi PH Pulau Pinang mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri bagi penggal kedua di hadapan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak di Seri Mutiara, di sini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 14 2023

Semalam, Chow Kon Yeow, 65, yang merupakan Pengerusi PH Pulau Pinang mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri bagi penggal kedua. - Gambar fail

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.

Kerjasama GRS, parti nasional masih diperlukan untuk kestabilan politik Sabah - Hajiji
Kerjasama antara parti tempatan di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan parti nasional masih diperlukan untuk memastikan kestabilan politik negeri itu, kata Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor.

Kemampuan kerajaan GRS tingkatkan hasil pengukur penting PRN
Peningkatan hasil negeri sejak 2021 menjadi kayu pengukur penting untuk rakyat Sabah menilai prestasi kepimpinan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

BN Johor tekad kekalkan momentum kemenangan pada PRN akan datang - Onn Hafiz
BN Johor bertekad untuk merampas kembali empat kerusi yang dimenangi pembangkang dalam PRN lepas selain memperkasa gerak kerja PRU16.

Lapan bulan selepas PRN, tiada apa-apa dilakukan UMNO Selangor - Tengku Zafrul
Keputusan PRN Selangor merupakan amaran terakhir buat parti itu dan kalau itu masih belum celikkan parti, tiada apa lagi yang boleh sedarkan UMNO Selangor.

Kerjasama Warisan dan UMNO Sabah tidak beri kesan kepada Kerajaan Perpaduan - Armizan
Armizan menjelaskan pendirian mana-mana parti untuk bekerjasama dalam menghadapi pilihan raya merupakan hak masing-masing.

Hajiji tidak tolak kemungkinan PRN Sabah diawalkan
Hajiji berkata tempoh tamat penggal pentadbiran kerajaan negeri GRS-PH Plus adalah pada Oktober 2025.

Pas ada potensi besar ambil alih Kerajaan Persekutuan - Tuan Ibrahim
Mengambil contoh Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata gelombangnya jelas namun parti kurang bersedia untuk menyokongnya.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dahului senarai penerima Darjah Kebesaran Pulau Pinang
Zulkapli, 58, yang dilantik memegang jawatan itu sejak Februari lalu, merupakan penerima darjah tertinggi negeri iaitu Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN) yang membawa gelaran Datuk Seri.

PRN: Petisyen pilihan raya empat kerusi dikemuka dalam masa terdekat - MB Selangor
Petisyen pilihan raya bagi membatalkan keputusan empat kerusi dimenangi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor bulan lepas akan dikemukakan dalam masa terdekat.