KUALA LUMPUR:Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) yang antara lain menyentuh beberapa perkara penting termasuk persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Dalam catatan di laman Facebooknya, Muhyiddin berkata mesyuarat berkenaan turut membincangkan dan mempersetujui untuk memperkemaskan gabungan parti anggota PN, memperkukuhkan kerjasama dengan parti dalam kerajaan pimpinan PN serta melaksanakan program segera untuk memastikan kebajikan rakyat terus dipelihara.
"Majlis Tertinggi PN terus komited untuk menzahirkan aspirasi kerajaan dan rakyat seluruhnya," katanya.
Katanya, mesyuarat tersebut dihadiri Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan, Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Seri Yong Teck Lee, Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan semua ahli Majlis Tertinggi lain.
Sementara itu, Muhyiddin, yang juga presiden BERSATU, berkata beliau telah mengadakan perbincangan dengan Abdul Hadi dan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam mengenai usaha memperkukuhkan hubungan kerjasama antara ketiga-tiga parti tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 01 2020
Muhyiddin berkata mesyuarat berkenaan turut membincangkan dan mempersetujui untuk memperkemaskan gabungan parti anggota PN. -Gambar/ Facebook @Muhyiddin Yassin
PERNAS salur pembiayaan sebanyak RM461 juta kepada 2,283 usahawan francais sejak 2014 - Ewon
PERNAS agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) telah menyalurkan pembiayaan berjumlah RM461 juta kepada 2,283 usahawan francais di seluruh negara sejak 2014.
SKAS guna kaedah S Pay pastikan penerima belanja untuk keperluan asas - Abang Johari
Penggunaan aplikasi e-dompet S Pay untuk menyalurkan SKAS bertujuan memastikan bantuan diberikan untuk keperluan asas sahaja, sekali gus mengelakkan penyalahgunaan bantuan.
Kampung Bendang Perol: Penduduk tidak pernah letih melawan arus banjir
Semangat penduduk Kampung Bendang Perol di Rantau Panjang yang terkenal dengan julukan "kampung banjir lambat surut' atau banjir termenung itu tidak pernah luntur.
Mesir, AS bincang perkembangan di Gaza dan Syria
Badr Abdel Aati mengadakan perbincangan melalui panggilan telefon dengan Antony Blinken pada Ahad berhubung perkembangan terkini di Semenanjung Gaza dan Syria.
Jumlah perdagangan Afghanistan melebihi US$12 bilion pada 2024
Jumlah keseluruhan perdagangan Afghanistan pada 2024 melebihi US$12 bilion, mencatatkan peningkatan 38 peratus dalam import berbanding tahun sebelumnya dan penurunan empat peratus dalam eksport.
Tumpuan Isnin – 6 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (05 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konflik Asia Barat: Rakyat Syria kembali ke kampung, kebumikan ahli keluarga
Pernah menjadi kubu kuat pembangkang semasa era presiden Syria yang digulingkan, Bashar al-Assad, penduduk Jobar berkata ia adalah kawasan larangan bagi mereka sejak 2018.
Suara Rakyat: Rakyat Johor manfaat cuti hujung minggu baharu luang masa bersama keluarga
Rakyat Johor memanfaatkan cuti hujung minggu baharu pada Sabtu dan Ahad dengan meluangkan masa beriadah dan mengunjungi tempat menarik bersama keluarga.
Rumah terbakar ketika peperiksaan, dua beradik tempuhi cabaran
Dua beradik dari Taman Seri Jaya di Perling, Johor Bahru terpaksa menempuhi cabaran apabila kediaman keluarga mereka hangus terbakar pada malam Jumaat lalu, sekaligus memusnahkan segala barangan keperluan mereka untuk menduduki peperiksaan SPM dan STPM pada Isnin dan Selasa ini.
Majlis Tertinggi PN bincang cadangan PRN diadakan serentak - Tuan Ibrahim
Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) akan mengadakan perbincangan bagi membuat keputusan mengadakan pilihan raya di enam negeri secara serentak atau sebaliknya.
PN bincang segera pembahagian kerusi, tidak tunggu pendirian UMNO - Muhyiddin
Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) akan mula membincangkan pembahagian kerusi untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) melibatkan gabungan itu bermula minggu depan.
Penubuhan Majlis Presiden PN cadangan UMNO - Ahmad Maslan
UMNO bersetuju dengan cadangan pembentukan Majlis Presiden Perikatan Nasional (PN) sebagai platform membincangkan dasar-dasar kerajaan dan mengukuhkan kerjasama antara parti.
Persiapan PRU-15 antara perbincangan Majlis Tertinggi PN - Muhyiddin
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN).