Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, perbincangan terperinci akan dibuat pada mesyuarat pimpinan PN.
“Perkara ini akan dibincangkan di peringkat Majlis Tertinggi PN. Secara peribadi tiada masalah untuk pertimbangkan pengundian dibuat serentak bagi memudahkan pihak SPR dan orang ramai dan ini akan dibincangkan dalam Majlis Tertinggi,” katanya.
[LAPOR LANGSUNG] PRU15: PN rampas Padang Serai, catat kemenangan majoriti besar
Tuan Ibrahim ditemui pemberita pada program Kelantanku Bersih 2022 di sini hari ini.
Tambah Tuan Ibrahim, momentum rakyat pada masa ini amat baik dengan sokongan diberikan kepada Perikatan Nasional.
Ini dibuktikan dengan kemenangan besar PN di Padang Serai dan kekalahan tipis di Dewan Undangan Negeri, DUN Tioman semalam.
Enam negeri yang belum mengadakan pilihan raya pada Pilhan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu terdiri daripada Kelantan, Kedah, Terengganu, Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang.