Perpecahan dalam pakatan pembangkang mungkin membawa implikasi yang lebih buruk sekiranya mereka mentadbir negara ini, kata Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata sekiranya sebuah pakatan itu runtuh, ia akan menjejaskan keyakinan pelabur asing serta masyarakat antarabangsa terhadap ekonomi dan politik negara.
"Saya nasihatkan rakyat tidak ambil risiko dalam pilihan raya, kerajaan persekutuan yang memerintah mestilah kuat dan mampu bertahan bagi mentadbir negara.
"Kerajaan yang tidak stabil akan musnah," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Pemuda UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, pada Isnin.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perpecahan yang berlaku dalam pakatan pembangkang apabila Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng baru-baru ini mengumumkan bahawa Pakatan Rakyat tidak lagi wujud selaras dengan keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Kerja Pusat DAP dalam mesyuaratnya.
Khairy, yang juga Menteria Belia dan Sukan, berkata perbezaan pendapat serta ideologi dalam kalangan pemimpin pakatan pembangkang merupakan faktor penyumbang kepada keretakan kesatuannya.
Beliau berkata berbeza dengan Barisan Nasional (BN), setiap komponen parti dapat menyelesaikan masalah dengan baik walaupun berdepan pelbagai cabaran.
"BN masih bertahan walaupun terdapat kepelbagaian. Kita dapat jaga dengan baik 13 parti komponen dengan mendokong ideologi yang sama.
"Pakatan hanya ada tiga parti tapi tidak boleh bertahan. Kita lihat hanya BN satu kumpulan yang boleh memerintah negara," katanya.
Dalam pada itu, Khairy berkata Pemuda UMNO akan menganjurkan Hari Terbuka Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada pada 30 Jun ini di Pusat Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur di Cheras.
Katanya hari terbuka itu akan dihadiri Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek dan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan bagi memberikan maklum balas secara terus mengenai pelaksanaan GST.
"Majlis seumpama ini pertama kali diadakan dan kita sasarkan 1,000 kehadiran terdiri daripada orang ramai dan pemain industri terlibat bagi mendapatkan penjelasan mengenai beberapa isu berbangkit berkaitan GST," katanya.
Khairy berkata mesyuarat hari ini juga turut dimaklumkan mengenai jumlah pendaftaran keanggotaan baharu Pemuda bagi Mei lepas iaitu sebanyak 3,900 orang.
Menurutnya, Perak mencatatkan jumlah keanggotaan baharu paling ramai dengan jumlah sebanyak 1,123 anggota.
Bernama
Mon Jun 22 2015
KHAIRY: Sekiranya sebuah pakatan itu runtuh, ia akan menjejaskan keyakinan pelabur asing serta masyarakat antarabangsa terhadap ekonomi dan politik negara. - Gambar Fail
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
KJ pernah cadang Najib ambil tindakan terhadap Jho Low
Najib bagaimanapun enggan berbuat demikian dengan alasan Jho Low merupakan seorang ahli perniagaan yang sah dan berjaya.
KJ tepati ramalan rangkul anugerah Penyampai Radio Popular
Khairy atau KJ menewaskan penyampai lebih senior seperti Sharifah Shahirah, Haiza, Tyzo dan DJ Sonic.
Hampir 5,000 peserta ketepi fahaman politik sertai Larian Keluarga Malaysia
LKM mungkin jadi acara tahunan kerana dapat penyertaan menggalakkan dan ia membantu YKM meraih dana untuk menjaga ribuan anak yatim.
Pas perlu lupakan Muafakat Nasional, tumpu strategi baharu - Khairy
Khairy Jamaluddin sarankan Pas fokus strategi baharu dan tidak lagi bergantung pada Muafakat Nasional yang dianggap tidak relevan.
Kalau nak jadi PM, KJ perlu ikut keberanian Anwar ‘lawan’ AS - Zaid
Anwar sedar risiko yang dihadapinya jika 'melawan' AS tapi itulah jalan untuk menjadi pemimpin Islam terkemuka kerana Malaysia hanyalah sebuah negara kecil yang tiada suara besar di pentas dunia.
KJ tak dapat sertai, Syed Saddiq tamat larian KBHM 1 jam 46 minit
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berjaya menamatkan larian Kota Bharu Half Marathon (KBHM) di sini pada Sabtu.
Khairy, Syed Saddiq sertai Kota Bharu Half Marathon 2024
Khairy Jamaluddin dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman antara 2,055 peserta yang bakal memeriahkan Kota Bharu Half Marathon (KBHM) 2024 Sabtu ini.
Khairy selar tindakan Speaker gantung Wan Ahmad Fayshal
Khairy Jamaluddin menyelar tindakan kerajaan menggantung Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal selama enam bulan.
Laporan Ketua Audit Negara ada kelemahan, penemuan tak tepat - Khairy
Khairy berkata terdapat juga laporan LKAN yang ditulis berjela-jela sehingga memberi persepsi seolah-olah sesuatu sumber itu dibazirkan.
IMD: Pertama kali di kedudukan lebih rendah berbanding Thailand, Indonesia
Khairy Jamaluddin berkata, pengumuman mengenai ranking itu merupakan satu berita kurang baik untuk negara dan kerajaan.