KUALA LUMPUR: Perjanjian Persefahaman Kerjasama yang dimeterai lima gabungan parti politik semalam bagi membentuk Kerajaan Perpaduan adalah satu inisiatif jangka panjang untuk memastikan kestabilan politik negara dalam tahap terbaik dan kukuh supaya fokus kepada isu ekonomi dan rakyat dapat diutamakan.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam hantaran di Facebooknya berkata fokus ekonomi perlu diberi perhatian kerajaan segera, lebih-lebih lagi dalam persediaan negara mendepani jangkaan suasana ekonomi lembap tahun hadapan.
Ini, katanya sepertimana ramalan Bank Dunia yang menjangkakan peningkatan agresif terhadap dasar kadar faedah di beberapa negara seluruh dunia akan menyebabkan tahap permintaan berkurangan, seterusnya membawa kepada kemelesetan ekonomi global pada 2023.
"Maka fokus Kerajaan Perpaduan mendepani pelbagai cabaran dalam urusan ekonomi dan kewangan negara perlu mendapat keutamaan daripada berpolitik sepanjang masa.
"Tempoh lima tahun bukanlah tempoh lama untuk memulihkan ekonomi negara. Maka, ketenangan politik dalam tempoh masa ini adalah penting agar rakyat Malaysia dapat bersama-sama bekerjasama dengan kerajaan untuk membina negara yang lebih baik dan kembali disegani di mata dunia," katanya.
Semalam, lima gabungan parti politik utama iaitu Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Parti Warisan (Warisan) menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) di Putrajaya bagi membentuk Kerajaan Perpaduan.
MoU itu dimeterai Setiausaha Agung PH Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Setiausaha Agung BN Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, Setiausaha Agung GRS Datuk Masidi Manjun, Setiausaha Agung GPS Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, dan Setiausaha Agung Warisan Datuk Loretto Padua Jr, yang disaksikan semua pengerusi gabungan terlibat.
Sementara itu, Ahmad Zahid berkata langkah kerajaan memastikan tarif elektrik tidak meningkat seperti diumum Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Rabu lepas adalah langkah permulaan kerajaan dalam usaha memastikan harga barangan dan perkhidmatan tempatan tidak terkesan.
Ia juga menurutnya menunjukkan komitmen kerajaan untuk lebih serius menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyat.
"Banyak lagi usaha untuk membantu mengurangkan potensi kenaikan harga barang dan perkhidmatan dijangka akan diumumkan.
"Kesemua usaha ini perlu penelitian dan fokus terlebih dahulu untuk memberikan yang terbaik kepada rakyat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 17 2022
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata fokus ekonomi perlu diberi perhatian kerajaan segera, lebih-lebih lagi dalam persediaan negara mendepani jangkaan suasana ekonomi lembap tahun hadapan. - Gambar fail/BERNAMA
Gandingan Tomok-Nana menjadi, Konsert Memori Mungkin Berulang nyata hebat
Tomok dan Nana memberi persembahan cukup bertenaga untuk menghiburkan peminat masing-masing dalam Konsert Tomok dan Siti Nordiana: Memori Mungkin berulang.
Pantau Agenda Reformasi: Utamakan perbahasan demi kepentingan rakyat
Ikuti diskusi bersama Datuk Seri Dr Jahaberdeen Mohamed Yunoos, Peguam dan Pengasas RAPERA, membincangkan tentang mesyuarat pertama penggal keempat Parlimen ke-15 yang bermula hari ini dan tumpuan utama titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada istiadat pembukaan.
Penjaja kecil sumbang 15% tenaga kerja sektor tidak formal
Penjaja skala kecil di Malaysia menyumbang kira-kira 15 peratus daripada tenaga kerja sektor tidak formal pada 2023 dengan 73 peratus daripada mereka tertumpu di kawasan bandar.
Tiada pembayaran insentif getah untuk pekebun kecil bagi Januari 2025 - LGM
Insentif Pengeluaran Getah (IPG) tidak diaktifkan untuk pekebun kecil getah di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak bagi Januari 2025, kata Lembaga Getah Malaysia (LGM).
Dalam kenyataannya hari ini, agensi itu berkata ini berikutan IPG berkenaan akan hanya diaktifkan jika harga purata bulanan peringkat ladang bagi getah sekerap mencecah paras RM3.00 sekilogram ke bawah.
Dalam kenyataannya hari ini, agensi itu berkata ini berikutan IPG berkenaan akan hanya diaktifkan jika harga purata bulanan peringkat ladang bagi getah sekerap mencecah paras RM3.00 sekilogram ke bawah.
Sidang parlimen: Tumpu ekonomi digital, tipu dalam talian
Usaha pemerkasaan ekonomi digital perlu menjadi antara agenda penting yang dibahaskan oleh ahli-ahli Parlimen. Penganalisis ekonomi dari UniKL Business School, Prof. Madya Dr. Aimi Zulhazmi Abdul Rashid berpandangan, jalan penyelesaian konkrit perlu diwujudkan untuk mengatasi isu-isu seperti infrastruktur dan penipuan dalam talian.
Presiden Uzbekistan adakan lawatan rasmi ke Malaysia bermula Selasa
Presiden Uzbekistan Shavkat Mirziyoyev akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia selama dua hari bermula Selasa.
Jalaluddin Hassan sedia beri kerjasama, Ziana Zain kunci mulut
Datuk Jalaluddin Hassan bersedia untuk memberi kerjasama penuh kepada SPRM sekiranya dipanggil bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan sebuah syarikat perunding kewangan.
Bomba terus pantau banjir di Sabah, Sarawak melalui PGOK
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia akan terus memantau keadaan banjir di Sabah dan Sarawak menerusi Pusat Gerakan Operasi Kebombaan Kebangsaan.
AWANI Ringkas: Kadar caruman rendah pekerja asing
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
KKM kesan lebih 800 kes kesihatan dalam kalangan mangsa banjir di Sabah, Sarawak
22 daripada 30 fasiliti kesihatan di Sarawak dan 27 fasiliti kesihatan di Sabah yang terjejas akibat banjir telah beroperasi semula.
Fahmi kesal Pemuda PN buat laporan polis berhubung Kerajaan Perpaduan
Beliau turut menyifatkan tindakan itu sebagai biadab dan tidak menghormati keputusan Majlis Raja-Raja.
Perjanjian Persefahaman Kerjasama duluan yang baik namun Parlimen perlu tetap diperkasakan
BERSIH meraikan Perjanjian Persefahaman Kerjasama sebagai duluan yang segar untuk menstabilkan politik dalam keadaan parlimen tergantung.
Perjanjian Persefahaman Kerjasama untuk mantapkan kestabilan politik, fokus kepada ekonomi
Ia adalah satu inisiatif jangka panjang untuk memastikan kestabilan politik negara dalam tahap terbaik dan kukuh supaya fokus kepada isu ekonomi dan rakyat dapat diutamakan.