Keputusan Majlis Tertinggi (MT) UMNO menggantung Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden UMNO adalah tindakan yang wajar, kata anggota MT UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.
Beliau berkata tindakan Muhyiddin yang terus mengkritik kepimpinan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak hanya akan melemahkan parti.
"Kalau beliau masih sayangkan parti jangan buat tindakan yang memecah-belahkan walaupun telah digantung, kena terima keputusan dengan hati terbuka dan terus menyokong parti.
"Saya juga pernah dipecat (daripada UMNO) pada 1995, namun saya terima keputusan Majlis Tertinggi dengan hati terbuka ... saya tidak sabotaj atau menentang parti sebab saya sayangkan UMNO," katanya kepada Bernama selepas merasmikan Dataran Nelayan Kota Setia di sini, hari ini.
Jumaat lepas, MT UMNO sebulat suara membuat keputusan menggantung jawatan Muhyiddin sebagai timbalan presiden berkuat kuasa serta merta, dan memutuskan Timbalan Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjalankan tugas sebagai timbalan presiden parti.
Terdahulu, Tajuddin yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani melepaskan kira-kira 100,000 benih anak udang galah di perairan Sungai Perak serta menyampaikan elaun sara hidup sebanyak RM200 kepada setiap 85 nelayan.
Di Alor Setar, UMNO Bahagian Pendang yakin Ahmad Zahid mampu menjalankan tugas sebagai timbalan presiden UMNO dengan baik demi memastikan kelangsungan parti.
Ketua UMNO Bahagian Pendang Datuk Paduka Md Rozai Safian berkata, keyakinan itu dibuktikan dengan kebolehan dan prestasi cemerlang ditunjukkan Ahmad Zahid walaupun baru beberapa bulan menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri.
"UMNO Pendang sangat menyokong dan akan memberi kerjasama penuh dalam hal-hal yang berkaitan dengan tugasan beliau," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.
Rozai turut berkata, gandingan Menteri Besar Kedah yang baharu Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah sebagai pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah dan Datuk Seri Mahdzir Khalid sebagai timbalan pengerusi mampu menghasilkan impak baik.
"Kami juga ucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir atas perkhidmatan, budi dan jasa beliau terhadap UMNO Pendang sepanjang beliau menjadi Menteri Besar dan pengerusi badan perhubungan UMNO Kedah," katanya.
Bernama
Sun Feb 28 2016
TAJUDDIN: Saya juga pernah dipecat (daripada UMNO) pada 1995, namun saya terima keputusan Majlis Tertinggi dengan hati terbuka ... saya tidak sabotaj atau menentang parti sebab saya sayangkan UMNO. - Gambar fail
Penambahbaikan jejantas di Petagas dilaksanakan berperingkat
Penambahbaikan jejantas di kawasan Petagas, Putatan akan segera dilaksana secara berperingkat dalam memaksimakan aspek keselamatan para penduduk setempat.
Loji baharu siap April 2025 bantu selesaikan masalah di Putatan
Timbalan Ketua Menteri yang merangkap Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Shahelmey Yahya memberi jaminan pembinaan loji baru dapat menyelesaikan masalah bekalan air di kawasan putatan secara menyeluruh.
Pengunjung luar negara teruja rasai keunikan masyarakat Bajau
Sambutan pesta Regatta Lepa 2024 Semporna memberi pengalaman cukup luar biasa buat pengunjung dalam dan luar negara.
Penduduk Putatan rayu masalah air diselesaikan segera
Penduduk Putatan, Sabah mengeluh bekalan air di kawasan mereka terputusa sehingga berhari-hari dan rayu masalah itu diselesaikan segera.
RM127 juta diperuntuk bagi pembangunan pendidikan
Sebanyak RM127 juta ringgit diperuntukkan bagi pembangunan pendidikan dan modal insan di Sabah menerusi Belanjawan Sabah 2025.
SFC sahkan penemuan bangkai ikan paus di Triso
Sarawak Forestry Corporation (SFC) mengesahkan penemuan bangkai ikan paus berhampiran Jambatan Triso
Rumah atas air roboh, sembilan sekeluarga diselamatkan
Sembilan penduduk di Kampung Air Semporna berdepan detik cemas selepas rumah atas air mereka roboh pada Sabtu.
PPM tumpaskan 7,103 kes jenayah, rampasan bernilai RM210 juta
Pasukan Polis Marin (PPM) telah menumpaskan 7,103 kes jenayah yang dilakukan di perairan Malaysia tahun ini sehingga 31 Oktober 2024.
Peruntukan kepada negeri sentiasa dipertingkatkan - Anwar
Kerajaan MADANI mengambil berat kepentingan rakyat di semua negeri walaupun ia ditadbir oleh pembangkang, dan telah bertindak meningkatkan peruntukan yang diterima mereka.
Amaran ribut petir, hujan lebat di 11 negeri, KL, Putrajaya
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 11 negeri, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 9 malam ini.
MB Johor umum calon PRK Mahkota - Zahid
Presiden UMNO itu berkata, keputusan tersebut telah dipersetujui oleh pucuk pimpinan parti.
Nazri kritik Zahid 'kurang sifat kepimpinan', label menteri UMNO 'pengecut'
Ahli Parlimen Padang Rengas itu sifatkan Zahid Hamidi "kurang sifat kepimpinan" dalam menerajui parti.
UMNO tentukan status bertanding PRK Port Dickson esok - Asyraf Wajdi
UMNO akan bermesyuarat esok untuk menentukan sama ada akan bertanding atau tidak pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Port Dickson, kata Ketua Pemuda Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Hampir 2 juta pekerja asing sementara digajikan setakat September 2016
Penggajian pekerja asing adalah langkah sementara untuk menampung kekosongan jawatan.
Penggantungan Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden UMNO wajar - Tajuddin
Tajuddin berkata tindakan Muhyiddin yang terus mengkritik kepimpinan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak hanya akan melemahkan parti.