Pendaftaran parti Perikatan Nasional telah diluluskan dan berkuat kuasa pada 7 Ogos 2020 di bawah kategori politik selaras dengan peruntukan Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335), demikian menurut Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).
Merujuk kepada dakwaan bahawa pendaftaran Perikatan Nasional tiada dalam rekod, RoS dalam kenyataan hari ini memberitahu parti berkenaan telah didaftarkan melalui pengeluaran sijil pendaftaran PPM-019-14-07082020 yang dilulus dan ditandatangani oleh Pendaftar Pertubuhan.
"Sijil pendaftaran, logo parti dan perlembagaan parti telah ditandatangani dan dikemukakan kepada parti Perikatan Nasional sebaik sahaja pendaftaran parti diluluskan," menurut kenyataan itu.
Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Syed Badli Shah Syed Osman hari ini dilaporkan mendakwa hasil semakan yang dibuat melalui laman sesawang RoS, tidak menemui rekod pendaftaran parti Perikatan Nasional.
RoS memaklumkan dakwaan bahawa maklumat kelulusan parti Perikatan Nasional tidak terdapat dalam sistem RoS adalah tidak benar kerana sistem di laman sesawangnya bagi kelulusan sesebuah pertubuhan dikemas kini secara automatik setiap dua bulan.
"Kelulusan parti Perikatan Nasional hanya akan tertera dalam carian umum laman sesawang pada awal Oktober 2020, ini memandangkan Parti Perikatan Nasional diluluskan pada Ogos 2020," katanya.
Bagaimanapun, RoS memaklumkan carian khusus dalam sistem pertubuhan eROSES akan jelas memaparkan Parti Perikatan Nasional diluluskan pada tarikh 7 Ogos 2020.
"Maklumat parti yang terdapat dalam sistem eROSES hanya boleh diakses oleh setiausaha parti berkenaan sahaja," katanya.
RoS adalah agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang berfungsi untuk mengawal semua pertubuhan berdaftar di Malaysia melalui penguatkuasaan Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335). - BERNAMA
Bernama
Mon Sep 14 2020
Pendaftaran parti Perikatan Nasional diluluskan di bawah kategori politik selaras dengan peruntukan Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335). - Gambar hiasan BERNAMA
Malaysia berhasrat jalin kerjasama dengan Republik Kyrgyz, terokai pelbagai bidang
Anwar menyifatkan lawatan beliau ke Republik Kyrgyz sebagai amat penting dan berkata Malaysia berhasrat untuk menjalin kerjasama dengan negara dikelilingi daratan itu dalam pelbagai bidang.
Pegawai kastam mengaku tidak bersalah terima rasuah RM69,350
Seorang pegawai JKDM mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas 43 pertuduhan menerima rasuah berjumlah keseluruhan RM69,350 dari 2017 hingga 2022.
10 Berita Pilihan - (15 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: Perdana Menteri Singapura
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Data PADU sudah sedia, termasuk program subsidi bersasar - Rafizi
Data dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU) telah sedia untuk kerajaan melaksanakan program rakyat termasuk subsidi bersasar pada bila-bila masa, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
AWANI Ringkas: Seleweng Projek RM1.2 Bilion
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selangor negeri kelapan terima pakai Akta 672 - Nga
Kerajaan Negeri Selangor telah bersetuju menerima pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) di negeri itu.
Singapura dijangka kekal stabil meskipun tidak lagi dipimpin keluarga Lee - Pakar
Penganalisis Hubungan Antarabangsa, Dr. Zokhri Idris berkata peralihan kepimpinan utama Singapura kepada Perdana Menteri yang tidak datang dari keluarga Lee dijangka tidak menjejaskan kestabilan pentadbiran republik itu. Jelasnya, Singapura mempunyai sistem peralihan kepimpinan yang sistematik dan konsisten.
#AgendaAWANI
#AgendaAWANI
Bumiputera perlu lahirkan CEO dalam bidang teknologi baharu - Yayasan Peneraju
Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Peneraju, Ibrahim Sani berkata bumiputera perlu meningkatkan penglibatan dalam industri teknologi baharu. Jelasnya, persaingan dalam industri laut merah sudah terlalu padat dengan peluang untuk berjaya menaiki tangga korporat itu semakin tipis.
#AgendaAWANI
#AgendaAWANI
Hsien Loong dijangka kekalkan pengaruh dalam kerajaan Singapura - Pakar
Timbalan Pengarah Eksekutif Institut Asia Eropah Universiti Malaya, Prof. Madya Dr. Roy Anthony Rogers berkata Bekas Perdana Menteri, Lee Hsien Loong dijangka akan terus mengekalkan pengaruhnya dalam Kerajaan, walaupun sudah melepaskan jawatan utama republik itu. Menurutnya, ini merupakan amalan politik Singapura yang wajar dikekalkan.
#AgendaAWANI
#AgendaAWANI
DSA: KDN mahu manfaat teknologi, inovasi untuk kukuhkan kawalan sempadan
KDN sedang merangka strategi bagi meningkatkan penggunaan teknologi melibatkan kecerdasan buatan (AI) dalam memperkukuh kawalan sempadan negara.
PM Anwar saksi penyerahan Kem Sultan Nazrin Shah 69 Komando
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyaksikan penyerahan Kem Sultan Nazrin Shah 69 Komando di Ulu Kinta.
Tingkat jumlah pelajar antarabangsa: KPT rangka langkah permudah prosedur imigresen
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang merangka langkah untuk mempermudahkan prosedur imigresen dalam usaha meningkatkan bilangan pelajar antarabangsa ke Malaysia.
Pembinaan ICQS Bukit Berapit baharu dimuktamad bulan depan
KDN dan Kerajaan Negeri Perak akan memuktamadkan perbincangan mengenai pembinaan kompleks ICQS Bukit Berapit yang baharu, Mei ini.
Insiden lempar 'molotov cocktail': Polis kerah seluruh kekuatan kawal, kekalkan ketenteraman awam
Polis memandang serius percubaan membakar KK Mart itu yang merupakan insiden kedua selepas perkara serupa berlaku di KK Mart Bidor, Perak pada 26 Mac lepas.
Isu stoking tertera kalimah Allah: 'Jangan ambil undang-undang di tangan sendiri' - Saifuddin
Kementerian Dalam Negeri menggesa semua pihak agar tidak mendahului dan mengambil undang-undang di tangan sendiri dalam mana-mana perkara termasuk isu stoking yang tertera kalimah Allah.
Parlimen: Hak kewarganegaraan kanak-kanak terbuang tidak boleh dinafikan - Saifuddin
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memberi jaminan bahawa kerajaan tidak akan menafikan hak kanak-kanak terbuang atau yang terpinggir untuk mendapat kewarganegaraan.
Isu stoking kalimah Allah: Siasatan diteruskan, 36 laporan ke atas KK Mart - KDN
Meskipun KK Mart di Sunway, Selangor sudah menarik balik kesemua stoking yang tertera kalimah Allah, namun KDN menegaskan siasatan terhadap kedai serbaneka itu akan tetap diteruskan.
289 kes pemerdagangan manusia dari 2022-2024
Sebanyak 526 tangkapan dilakukan, dengan 992 mangsa diselamatkan dalam tempoh sama.
Kelantan terbuka bincang isu pangkalan haram dengan KDN
Kerajaan Kelantan bersedia mengadakan perbincangan dengan KDN mengenai isu menghapuskan pangkalan haram di sempadan negara di negeri itu.