KUALA LUMPUR: Seorang pemimpin parti politik telah dikenal pasti menyebarkan sebahagian petikan video mengelirukan yang cuba memutarbelitkan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Dewan Rakyat berhubung penggunaan minyak paket bersubsidi oleh 'Makcik Goreng Pisang.'
Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata individu yang menyebarkan petikan video itu menerusi akaun media TikTok miliknya telah dikenal pasti oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC).
"Kita telah meminta MCMC mengambil tindakan susulan mengikut saluran dan peraturan yang biasa.
"... saya percaya ahli Parlimen semuanya mengikuti dengan baik (jawapan Perdana Menteri semalam) dan ahli Parlimen semua tentunya gembira dengan penjelasan yang jelas diberikan oleh Perdana Menteri, ini dibuat oleh mereka yang bukan ahli Dewan Rakyat," katanya dalam sidang media di Bangunan Parlimen di sini hari ini.
Semalam di Dewan Rakyat, ketika menjawab soalan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung tindakan kerajaan dalam menangani ketirisan subsidi yang turut dinikmati warga asing dan golongan kaya, Ismail Sabri berkata minyak masak paket adalah untuk kegunaan domestik tetapi terdapat peniaga termasuk peniaga kecil yang turut menggunakannya.
Annuar berkata sebahagian petikan video yang disebarkan individu tersebut adalah bertentangan dengan jawapan yang diberikan oleh Perdana Menteri semalam.
Katanya penyebaran petikan video itu adalah menyalahi peraturan dan undang-undang iaitu cuba menyebarkan berita dalam bentuk separa benar dan mengelirukan kerana diambil sedutan yang membawa makna yang berlainan daripada maksud sebenar.
"Kita faham, itu barangkali bagi tujuan politik untuk menanam kebencian dan untuk menghakis keyakinan rakyat seolah-olah Perdana Menteri tidak prihatin atau pun mengambil sikap anti (kepada) penjaja-penjaja kecil, sebaliknya penekanan Perdana Menteri adalah sebaliknya.
"...saya berharap amalan yang seperti ini tidak diteruskan kerana ia adalah secara sengaja memesongkan fakta dan perbuatan untuk kita menyebarluaskan berita yang tidak benar itu adalah satu kesalahan," katanya menambah tindakan susulan perlu diambil kepada mana-mana pihak yang melakukan kesalahan.
Selain itu, Annuar berkata kerajaan akan memberi keutamaan mengambil tindakan yang tegas kepada kesalahan berskala besar bagi minyak masak bersubsidi seperti penyeludupan dan penyalahgunaan yang lain.
Beliau yang juga Pengerusi Pasukan Khas Jihad Menangani Inflasi berkata kerajaan akan memastikan penyalahgunaan minyak masak bersubsidi secara meluas oleh penyeludup dan syarikat-syarikat besar dapat dibendung dengan kerjasama penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
"Jawapan Perdana Menteri (semalam) jelas dengan menyatakan kerajaan perlu mengambil pendekatan yang memberikan perhatian kepada tindakan yang tidak menyusahkan kelompok peniaga-peniaga kecil," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 19 2022
![Pemimpin politik dikenal pasti putar belit kenyataan PM - Annuar Pemimpin politik dikenal pasti putar belit kenyataan PM - Annuar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/41658211694_TBANNUARMUSA.jpg)
Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa ketika sidang media selepas sesi Dewan Rakyat di Parlimen hari ini. - BERNAMA
![Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator' Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740002917_TBTrumpZelenskiy.jpg)
Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.
![Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002631_TBOlimpian.jpg)
Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![Tiada bukti kukuh penglibatan pegawai kerajaan, pemimpin politik dengan GISB Tiada bukti kukuh penglibatan pegawai kerajaan, pemimpin politik dengan GISB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719299561_KDN.jpg)
Tiada bukti kukuh penglibatan pegawai kerajaan, pemimpin politik dengan GISB
KDN tidak menolak sebarang kemungkinan kerana siasatan PDRM masih diteruskan daripada pelbagai sudut dan peruntukan undang-undang.
![Pemimpin politik jangan ekstrem ketika beri pandangan isu agama, kaum - Agong Pemimpin politik jangan ekstrem ketika beri pandangan isu agama, kaum - Agong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712649836_TBagongjpg.jpg)
Pemimpin politik jangan ekstrem ketika beri pandangan isu agama, kaum - Agong
Yang di-Pertuan Agong berharap pemimpin politik di negara ini, tidak ekstrem dalam memberikan pandangan berkenaan isu-isu agama dan perkauman.
![Isu stoking: Pemimpin politik perlu jadi pembina jambatan selesaikan isu sensitif - Anthony Loke Isu stoking: Pemimpin politik perlu jadi pembina jambatan selesaikan isu sensitif - Anthony Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71710836013_TBANTHONYLOKE.jpg)
Isu stoking: Pemimpin politik perlu jadi pembina jambatan selesaikan isu sensitif - Anthony Loke
Pemimpin parti politik seharusnya menjadi 'pembina jambatan' dalam mengeratkan semangat perpaduan di negara ini.
![Pemimpin politik harus jadi teladan pupuk nilai perpaduan, muhibbah - Aaron Pemimpin politik harus jadi teladan pupuk nilai perpaduan, muhibbah - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61705151366_AaronAgoDagang.jpg)
Pemimpin politik harus jadi teladan pupuk nilai perpaduan, muhibbah - Aaron
Pemimpin politik seharusnya menjadi teladan dalam memupuk nilai perpaduan, muhibah dan semangat kebersamaan, kata Menteri Perpaduan, Datuk Aaron Ago Dagang.
![Masa depan politik Pita bakal diketahui bulan depan Masa depan politik Pita bakal diketahui bulan depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61689748032_PitaLimjaroenrat.jpg)
Masa depan politik Pita bakal diketahui bulan depan
Jika didapati bersalah, Pita akan hilang kerusinya dan dilarang terlibat dalam politik.
![Sultan Selangor gesa hentikan perbuatan keluarkan fatwa secara tidak bertanggungjawab Sultan Selangor gesa hentikan perbuatan keluarkan fatwa secara tidak bertanggungjawab](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41693206252_SultanSelangor.jpg)
Sultan Selangor gesa hentikan perbuatan keluarkan fatwa secara tidak bertanggungjawab
Sultan Selangor bertitah agar segera memberhentikan perbuatan mengeluarkan fatwa secara tidak bertanggungjawab demi memelihara perpaduan rakyat di negara ini.
![Perdana Menteri sementara Pakistan angkat sumpah Perdana Menteri sementara Pakistan angkat sumpah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81692025728_AnwaarulHaqKakar.jpg)
Perdana Menteri sementara Pakistan angkat sumpah
Anwaar-ul-Haq Kakar pada Isnin mengangkat sumpah sebagai perdana menteri kerajaan sementara Pakistan, menurut Pakistan Television yang dikendalikan kerajaan, lapor Xinhua.
![Kabinet perlu seimbang antara pemimpin parti dan profesional - IDEAS Kabinet perlu seimbang antara pemimpin parti dan profesional - IDEAS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/51669934249_TRICIAYEOHIDEAS.jpg)
Kabinet perlu seimbang antara pemimpin parti dan profesional - IDEAS
Walaupun secara idealnya kabinet dianggotai mereka yang berkelayakan dalam bidang-bidang diperlukan, realiti politik juga harus disantuni.
![PM ke-10: Pemimpin seteru politik turut ucap tahniah kepada Anwar PM ke-10: Pemimpin seteru politik turut ucap tahniah kepada Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/81669308757_AnwarIbrahim.jpg)
PM ke-10: Pemimpin seteru politik turut ucap tahniah kepada Anwar
Ramai pemimpin politik tanah air menzahirkan ucapan tahniah dan kata-kata nasihat kepada Anwar atas pelantikannya sebagai PM ke-10.
![PRU15: Tiada pergerakan pemimpin politik ke Istana Negara hari ini - Sumber PRU15: Tiada pergerakan pemimpin politik ke Istana Negara hari ini - Sumber](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/41668934311_ISTANANEGARA.jpg)
PRU15: Tiada pergerakan pemimpin politik ke Istana Negara hari ini - Sumber
Petugas media mula meninggalkan pekarangan Istana Negara dan kembali meneruskan tugasan lain.