Pemimpin Barisan Nasional (BN) perlu mengutamakan kepentingan parti secara keseluruhan dan bukan hanya mempertahankan parti masing-masing.
Pengerusi MIC, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata sebarang pertikaian atau ketidaksefahaman akan merugikan parti BN dalam mendepani cabaran politik semasa, khususnya pilihan raya umum akan datang.
Beliau menegaskan pemimpin parti-parti komponen BN supaya menyelesaikan semua masalah dalaman parti secara tertutup, dan bukannya membuat kritikan secara terbuka.
Setiap komponen parti termasuk MIC, MCA dan Gerakan juga jelasnya perlu mematuhi konsesus BN dengan berbincang secara sebulat suara serta mengikut saluran yang betul dalam menyelesaikan isu membabitkan parti masing-masing.
"Pemimpin komponen parti perlu menggelakkan benda macam ini kerana ia tidak membantu kita dalam politik. Kita mempunyai konsensus BN dan di dalam mesyuarat BN banyak isu dibincangkan dan keputusan dibuat.
"Di negara kita yang terdiri daripada rakyat pelbagai kaum dan dinamik politik pun berbeza, perkara itu tidak boleh dielakkan tetapi cara kita menanggani perkara ini sangat mustahak.
"Sekiranya perkara ini menjadi debat terbuka secara awam ini akan membuka peluang kepada pihak pembangkang dan cara ini tidak sesuai," katanya di Majlis Perlancaran Galeri 70 tahun MIC di sini hari ini
Beliau mengulas kenyatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Nazri Aziz yang mencabar parti MCA keluar BN.
Subramaniam seterusnya menyifatkan kenyataan seumpama itu tidak seharusnya keluar daripada seorang pemimpin berkaliber seperti Datuk Seri Nazri.
Sebelum ini, Datuk Seri Nazri merujuk kepada desakan Ahli Jawatankuasa Pusat MCA Datuk Seri Ti Lian Ker supaya UMNO tidak lagi menggunakan taktik menakutkan kaum lain bagi mendapatkan sokongan pengundi Melayu.
Menurut Lian Ker, taktik politik jaguh kampung itu boleh menghakis sokongan pengundi luar bandar, khususnya di kawasan majoriti Melayu dengan mengorbankan rakan gabungan BN.
Anthea Yap
Mon Sep 12 2016
SUBRAMANIAM:
Karya Zulkefli Jais dipamerkan di Gwangju Biennale 2024
Penyertaan Zulkefli dalam acara seni berprestij itu pengiktirafan besar buat negara dalam menonjolkan perkembangan seni kontemporari Malaysia.
Israel dedah rakaman serangan terhadap Hamas
Tentera Israel mendedahkan sebuah lagi rakaman yang memaparkan serangan tentera Israel terhadap pejuang Hamas di Gaza pada Ahad.
Umpama binatang, tular video rejim Zionis seksa tahanan Gaza
Ibarat binatang dan tidak berperikemansiaan.
Itulah gambaran terhadap perbuatan rejim Zionis yang menyeksa tahanan Palestin di penjara Megiddo apabila dipaksa meniarap tanpa pakaian dengan tangan terikat di belakang, dalam keadaan seekor anjing polis berjalan di atas tubuh mereka.
Menurut media antarabangsa yang memetik media Israel, Perkhidmatan Penjara Israel mengatakan perbuatan tersebut sebagai sebahagian daripada "latihan rutin."
Itulah gambaran terhadap perbuatan rejim Zionis yang menyeksa tahanan Palestin di penjara Megiddo apabila dipaksa meniarap tanpa pakaian dengan tangan terikat di belakang, dalam keadaan seekor anjing polis berjalan di atas tubuh mereka.
Menurut media antarabangsa yang memetik media Israel, Perkhidmatan Penjara Israel mengatakan perbuatan tersebut sebagai sebahagian daripada "latihan rutin."
Isu perang Gaza dominasi mesyuarat tergempar Liga Arab
Liga Arab gesa tindakan segera hentikan jenayah di Palestin. Seruan antarabangsa perkuat usaha kemanusiaan di Gaza dan tekan Israel patuhi Mahkamah Keadilan Antarabangsa.
Vicente puji usaha keras Harimau Malaya, layak bergelar juara
Pengendali skuad Harimau Malaya dari Sepanyol itu menyifatkan kejayaan tersebut sebagai bukti simbolik atas kerja keras anak buahnya.
Sukan Paralimpik 2024 labuh tirai dalam suasana fiesta Paris
Stadium Stade de France yang penuh sesak dengan penonton, atlet dan para kenamaan menjadi tumpuan majlis penutup yang memukau.
Perkukuh kerjasama bidang keselamatan mesej utama Malaysia di GPSCFL - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk terus menyumbang kepada inisiatif keselamatan global di pentas antarabangsa.
Pelan Tindakan Bakat STEM akan dimasukkan dalam NSS - Tengku Zafrul
Pelan Tindakan Bakat Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM) Pulau Pinang yang dilancarkan hari ini, akan dimasukkan ke dalam Strategi Semikonduktor Nasional (NSS), kata Menteri Pelaburan,
10 hingga 13 peratus penjawat awam bankrap antara 2021 hingga tahun ini
Kira-kira 10 hingga 13 peratus daripada kes kebankrapan baharu yang didaftarkan antara 2021 hingga tahun ini melibatkan penjawat awam.
Subramaniam ambil tanggungjawab pencapaian di Paris 2024
Subramaniam berkata, beliau menerima pencapaian membawa pulang dua emas, dua perak dan satu gangsa pada temasya sukan empat tahun itu kali ini dengan hati terbuka.
Syed Hussien calon BN PRK DUN Mahkota
BN mengumumkan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kluang, Syed Hussein Syed Abdullah sebagai calon PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota.
[KOLUMNIS] PRK DUN Mahkota: UMNO diuji di negeri kubunya
Kalau kita lihat keputusan lepas, BN seharusnya boleh menang dengan majoriti lima angka kali ini kerana BN dan PH sudah bergabung di peringkat pusat.
PRK DUN Mahkota: Calon BN pasti diterima pengundi - Zambry
Calon mewakili Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota di Johor pasti merupakan calon yang dapat diterima oleh pengundi kawasan berkenaan.
Kelantan beri peruntukan sama rata kepada semua ADUN
Kerajaan Kelantan memberi peruntukan kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk kepada ADUN pembangkang di negeri ini.
PH buka ruang bincang kerjasama dengan BN pada PRU16 - PM Anwar
PM sifatkan hubungan kerjasama Pakatan Harapan dengan parti UMNO dan Barisan Nasional sangat memuaskan pada peringkat sekarang.
Kolaborasi lebih baik untuk menang berbanding kalah secara solo - MB Perak
"Dalam pilihan raya, kita perlu mencari peluang untuk menang. Strategi mesti untuk menang."
Jangan leka kejayaan di Nenggiri - Ahmad Maslan
Ahmad menggesa barisan jentera parti semua terus fokus membuat persiapan rapi.
Wanita UMNO mahu calon wanita kekal di PRK DUN Mahkota
Wanita UMNO menuntut supaya calon yang bertanding bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota di Johor dipilih daripada sayap berkenaan.
Mesyuarat MT UMNO dengar perkara dibangkitkan tiga sayap - Mohamad Hasan
Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi (MT) UMNO malam ini mendengar laporan mengenai perkara yang dibangkitkan pada Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO yang bersidang hari ini.
Muhyiddin tiada jumlah cukup jadi PM, 10 MP tandatangan dua SD - Ahmad Zahid
UMNO mendedahkan hanya 105 sahaja daripada 115 nama ahli Parlimen yang sah menandatangani akaun bersumpah (SD) seperti didakwa Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.