JOHOR BAHRU: Pemilihan UMNO 2023 adalah bagi mewujudkan sebuah pasukan yang mampu memulihkan parti dan bukan untuk melonjak dan membawa kegemilangan terhadap seseorang individu, kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Beliau yang akan mempertahankan jawatannya itu, berkata pemilihan yang akan berlangsung bulan depan, merupakan proses untuk melahirkan kepimpinan mantap dan membantu parti menangani pelbagai cabaran pada masa akan datang.
"UMNO memerlukan satu pasukan yang mampu memulih dan merawat parti. Kita sedar kedudukan UMNO yang tidak lagi seperti dahulu, maka tentulah kita perlu meletakkan asas-asas yang betul dalam soal untuk memulihkan UMNO.
"Kita perlu pasukan yang boleh sama-sama lakukan pemulihan kerana ia satu proses dalam keluarga, jadi yang menang adalah UMNO dan bukan individu," kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor itu pada sidang media selepas merasmikan Biasiswa Perpaduan My Binary, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya keyakinannya mempertahankan jawatan itu memandangkan ramai menawarkan diri bertanding kedudukan tersebut, termasuk bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor Datuk Hasni Mohammad.
MOHAMED KHALED-UMNO 2 (AKHIR) JOHOR BAHRU
Sementara itu, Mohamed Khaled yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi, berkata selain jawatan Naib Presiden, beliau juga akan mempertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang.
Pemilihan UMNO diadakan bermula pada 1 Feb lepas hingga 18 Mac ini, dengan Persidangan Tahunan UMNO Cawangan dan Pemilihan Jawatankuasa Cawangan, Wanita, Pemuda serta Puteri Cawangan ialah dari 1 hingga 26 Feb ini.
Selain itu, Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian bersama Pemilihan Exco Wanita, Exco Pemuda dan Exco Puteri UMNO Pusat bakal diadakan serentak di seluruh negara pada 11 Mac.
Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa UMNO Bahagian bersama Pemilihan Ahli Majlis Tertinggi UMNO pula akan diadakan serentak di seluruh negara pada 18 Mac.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 25 2023
Pemilihan UMNO 2023 adalah bagi mewujudkan sebuah pasukan yang mampu memulihkan parti, kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. - Gambar fail/BERNAMA
Tahun Baharu Cina: Keluarga dibenarkan lawat penghuni penjara pada 1, 2 Feb
Keluarga semua penghuni penjara dibenarkan membuat lawatan perjumpaan bersempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina pada 1 dan 2 Feb ini.
Imigresen, KKM serbu klinik haram, tahan 10 lelaki warga Bangladesh
Enam premis di Jalan Tun Tan Siew Sin, dua di Leboh Pudu, dan satu di Jalan Silang diserbu dalam operasi itu.
Aerotrain KLIA disasar kembali beroperasi sepenuhnya suku kedua tahun ini
Perkhidmatan aerotrain di KLIA disasar untuk kembali beroperasi sepenuhnya pada suku kedua tahun ini, setelah hampir dua tahun digantung.
Tahun Baharu Cina: JPJ lakukan audit operasi di depot, terminal bas ekspres
Sebanyak 2,500 anggota dan pegawai JPJ akan bertugas pada Tahun Baharu Cina ini bagi memastikan kelancaran aliran trafik dan pematuhan terhadap undang-undang jalan raya.
Isu buku Hannah Yeoh: Kertas siasatan dirujuk kepada AGC
Polis telah merujuk kertas siasatan berhubung isu buku 'Becoming Hannah: A Personal Journey' membabitkan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh kepada Pejabat Peguam Negara.
Kerajaan setuju diskaun tol 50 peratus sempena Tahun Baharu Cina - Nanta
Kerajaan MADANI dalam Mesyuarat Kabinet hari ini bersetuju untuk memberikan potongan tol 50 peratus dari kadar tol biasa sempena Perayaan Tahun Baharu Cina 2025.
Anwar tiada masalah dengan "Himpunan Rakyat Benci Rasuah", tapi gesa bersifat adil
Perdana Menteri secara peribadi tidak mempunyai masalah tentang penganjuran "Himpunan Rakyat Benci Rasuah" yang bakal berlangsung pada Sabtu.
[TERKINI] Kerajaan setuju diskaun 50% bayaran tol sempena Tahun Baharu Cina
Kerajaan dalam Mesyuarat Kabinet telah bersetuju untuk memberikan potongan tol 50% dari kadar tol biasa sempena Perayaan Tahun Baru Cina 2025.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah, Sarawak
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah dan Sarawak bermula 27 Jan (Isnin) sehingga 30 Jan (Khamis).
AWANI Ringkas: Isu 'Ham': Polis rakam keterangan Harith Iskander
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemilihan UMNO: "Ketika kita perlu 'wartime general', mungkin dia Kak Ijat?" - Khairy
Tan Sri Shahrizat dijangka berada di kedudukan selesa untuk merampas semula jawatan Ketua Wanita UMNO.
Reezal Merican tawar diri rebut kerusi Naib Presiden UMNO
Reezal Merican berkata, keputusan diambil bagi menegakkan tiga visi utama iaitu khidmat, keutamaan dan kesetiaan kepada parti tersebut.
Pemilihan UMNO bukan lonjak kegemilangan individu - Khaled Nordin
Pemilihan UMNO 2023 adalah bagi mewujudkan sebuah pasukan yang mampu memulihkan parti, kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Mahdzir Khalid pertahan jawatan Naib Presiden UMNO
Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid mengesahkan bahawa beliau akan mempertahankan jawatannya pada Pemilihan UMNO 2023.