KUALA LUMPUR: Proses pemilihan PKR 2022 yang masuk hari kedua hari ini menyaksikan calon di peringkat cabang mengambil peluang cuti hujung minggu untuk ke pusat pencalonan fizikal bagi mendaftarkan diri mereka di aplikasi ADIL.
Tinjauan Bernama di beberapa pusat pencalonan negeri di seluruh negara, pusat pencalonan agak sibuk dengan calon yang hadir bersama pencadang dan penyokong untuk memohon bantuan pengawas pemilihan pusat, mendaftar dan melakukan verifikasi ke atas keanggotaan mereka.
Di NEGERI SEMBILAN, Pengerusi PKR negeri Datuk Seri Aminuddin Harun pada sidang media hari ini mengesahkan bertanding jawatan Ketua Cabang Port Dickson dalam pemilihan kali ini.
Beliau yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan akan menentang Timbalan Pengerusi negeri Datuk M Ravi yang semalam menyatakan hasrat mempertahankan jawatannya itu.
"Memang saya akui Pengerusi dan Timbalan Pengerusi bertembung di Port Dickson tetapi sebenarnya ini adalah demokrasi dan paling penting bagaimana selepas ini kita bersama untuk pastikan parti tidak rosak dan tidak terkesan akibat pemilihan," kata Aminuddin.
Semalam, M Ravi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Tanjung mengesahkan mempertahankan jawatan Ketua Cabang Port Dickson dalam pemilihan kali ini.
Sementara itu, di MELAKA Ketua Penerangan, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin mengesahkan beliau tidak akan mempertahankan jawatan sebagai Ketua Cabang di Jasin sebaliknya akan bertanding di Cabang Hang Tuah Jaya.
"Setakat makluman yang saya terima cabang Hang Tuah Jaya juga setakat ini menerima sembilan pencalonan bagi jawatan Timbalan Ketua Cabang, Naib Ketua dan AJK (Ahli Jawatankuasa)....yang lain, kita masih tunggu," katanya yang juga Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya melalui kiriman WhatsApp kepada Bernama.
Melalui tinjauan, proses pencalonan di negeri itu berjalan lancar di semua enam cabang iaitu Masjid Tanah, Alor Gajah, Tangga Batu, Kota Melaka, Hang Tuah Jaya dan Jasin.
Di JOHOR, Ahli Parlimen Johor Bahru Akmal Nasrullah Mohd Nasir ketika dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp mengesahkan akan mempertahankan jawatan ketua cabang di kawasan berkenaan.
Selain itu, bekas ADUN Semerah Mohd Khuzzan Abu Bakar juga mengesahkan akan bertanding jawatan Ketua Cabang Batu Pahat.
Sementara itu, Exco Wanita PKR Pusat, Napsiah Khamis Maharan turut mengesahkan akan bertanding di peringkat wanita pusat pada pemilihan PKR 2022.
Timbalan Ketua Cabang Iskandar Puteri, Choong Thong Yuen memaklumkan akan bertanding jawatan Ketua Cabang kawasan tersebut.
Di PULAU PINANG, Pengerusi negeri Muhammad Bakhtiar Wan Chik berkata beliau akan menawarkan diri bertanding sebagai Ketua Cabang Balik Pulau yang disandangnya sejak 2018.
Di TERENGGANU, Pengerusi PKR negeri Azan Ismail juga telah menghantar pencalonannya sebagai Ketua Cabang Kuala Terengganu, menurut Setiausaha PKR negeri Wan Bukhari Wan Muhammad.
Wan Bukhari berkata berdasarkan makluman awal, semua ketua lapan cabang sedia ada menyatakan hasrat untuk kekal bertanding dalam pemilihan kali ini namun senarai muktamad hanya akan diketahui apabila proses pencalonan ditutup esok.
Di PAHANG, Bendahari Agung Lee Chean Chung menawarkan diri bertanding sebagai Ketua Cabang Indera Mahkota pada pemilihan parti tahun ini, bagi mempertahankan jawatan yang disandangnya sejak 2012.
Lee yang juga ADUN Semambu berkata beliau menghantar borang pencalonan secara dalam talian pada 12 tengah hari tadi, bersama-sama dengan beberapa calon yang turut bertanding pada pemilihan kali ini.
Sementara itu, bekas Ahli Dewan Negara Bob Manolan Mohamad mengesahkan bahawa beliau akan bertanding merebut jawatan Ketua Cabang Bera buat kali pertama tahun ini, selepas hampir 15 tahun menjawat jawatan sebagai Timbalan Ketua Cabang di situ.
Di KELANTAN, Pengerusi Majlis Pimpinan negeri, Datuk Seri Mohd Supardi Md Noor pula akan mempertahankan jawatannya sebagai Ketua Cabang Tanah Merah.
Pencalonan bagi pemilihan PKR 2022 bermula semalam hingga esok, melibatkan jawatan di peringkat cabang di seluruh negara.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 09 2022

Aminuddin akan menentang Timbalan Pengerusi negeri Datuk M Ravi yang semalam menyatakan hasrat mempertahankan jawatannya itu. - Gambar fail
2 penguat kuasa SPRM disyaki terima rasuah direman lima hari
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah menahan reman dua anggota penguat kuasanya kerana disyaki menerima wang rasuah sebagai balasan tidak mengambil tindakan terhadap seorang lelaki atas kesalahan memiliki dadah.
Ismail Sabri sambung beri keterangan hari ini
Ikuti lintas langsung bersama wartawan Astro AWANI, Asyraf Malik dari Putrajaya mengenai siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
[TERKINI] Kekejaman Zionis: 8 Petugas kemanusiaan MAPIM terbunuh dalam serangan udara di Gaza
Malam yang penuh tragedi di Gaza apabila serangan udara oleh tentera Israel mengorbankan lapan petugas kemanusiaan MAPIM yang sedang mendirikan khemah untuk keluarga pelarian.
Ketua Aktivis MAPIM, Datuk Sani Araby, mengutuk serangan ini sebagai jenayah perang yang kejam dan tidak berperikemanusiaan.
Ketua Aktivis MAPIM, Datuk Sani Araby, mengutuk serangan ini sebagai jenayah perang yang kejam dan tidak berperikemanusiaan.

CIMB senaraikan 29 lokasi ATM pengeluaran wang kertas RM10 untuk duit raya
Pengeluaran wang kertas boleh dilakukan bermula hari ini 17 Mac sehingga 31 Mac 2025.

Rusia tuntut status neutral Ukraine, penolakan keahlian NATO untuk perjanjian damai
Rusia akan berkeras untuk menyediakan jaminan keselamatan bagi memeterai perjanjian damai, termasuk status neutral Ukraine dan penolakan penyertaannya dalam NATO.

Insiden tampar lelaki kerana makan di bulan Ramadan satu provokasi - Aaron Ago Dagang
Aaron Ago Dagang menegaskan tindakan sedemikian harus dihentikan serta-merta dan tidak dibenarkan berkembang di negara yang menjunjung tinggi prinsip Rukun Negara.

Studio filem milik pengarah 'Avengers: Endgame' guna AI bantu artis berkarya
Russo bersaudara mendedahkan mereka sedang menguji bagaimana AI boleh digunakan untuk membantu artis.

Sekurang-kurangnya 34 maut akibat ribut di Amerika Syarikat
Ribut teruk melanda kawasan selatan dan tengah Amerika Syarikat (AS) sepanjang hujung minggu, mengorbankan sekurang-kurangnya 34 orang.

Lapan petugas MAPIM terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza
MAPIM menggesa rakyat Malaysia untuk mengadakan doa Qunut Nazilah bagi mendoakan keselamatan saudara-saudara di Gaza.

Liek Hou terus bersinar, pertahan dua emas di Sepanyol
Jaguh badminton negara Cheah Liek Hou membuktikan usia bukan penghalang untuk mencipta kegemilangan.

Aminuddin sedia pertahan jawatan Naib Presiden PKR
Beliau berkata saingan kali ini lebih sengit kerana PKR merupakan komponen parti menerajui Kerajaan Perpaduan pada peringkat Persekutuan.

Mohd Najwan tawar diri rebut jawatan Ketua PKR Shah Alam
Ia bagi memastikan PKR Shah Alam lebih agresif menjaga kesemua ahli termasuk di DUN Batu Tiga melalui kepimpinan baharu yang dinamik.

Saifuddin belum putuskan bertanding pemilihan PKR
Pemilihan jawatan MPP, MPWP, dan MPAMKP PKR akan dilaksanakan pada 24 Mei, manakala pemilihan di peringkat Cabang, Wanita Cabang, dan Angkatan Muda Keadilan Cabang pada 11 hingga 20 April.

Rodziah pertimbang bertanding jawatan Ketua Wanita PKR
Ahli Parlimen Ampang, Rodziah Ismail sedang mempertimbangkan keperluan untuk bertanding jawatan Ketua Wanita PKR susulan melihat sayap itu lesu.

Pemilihan PKR: Amirudin bertanding jawatan peringkat pusat
Naib Presiden PKR Datuk Seri Amirudin Shari mengesahkan akan bertanding bagi peringkat pimpinan pusat pada pemilihan parti 24 Mei ini.

Pemilihan PKR: Pertandingan Presiden, Timbalan akan diputuskan pucuk pimpinan - Anwar
Keputusan sama ada jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dipertandingkan atau sebaliknya dalam pemilihan Mei depan, akan diputuskan pucuk pimpinan.

Jawatan Presiden, Timbalan Presiden PKR mungkin tak dipertandingkan - Shamsul Iskandar
PKR berkemungkinan tidak akan mempertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden pada pemilihan parti Mei ini.

Anwar gesa pemilihan PKR segera dilakukan, junjung prinsip demokrasi
Anwar berkata barisan kepimpinan parti juga harus melibatkan gandingan baharu dan lama.

Anwar mahu pemilihan PKR disegerakan, tidak perlu ditangguh
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahukan supaya pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) disegerakan.

Tiada keputusan tangguh pemilihan PKR selepas PRU16 - Fuziah
Tiada sebarang keputusan berhubung penangguhan pemilihan PKR selepas PRU16 dibuat dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP), semalam.