Proses pemilihan PKR cabang Kuala Selangor yang tertangguh sebelum ini, berlangsung hari ini di Dewan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKL) Bestari Jaya, Kuala Selangor.
Cabang itu mempunyai 17,737 anggota layak mengundi.
Proses pengundian menggunakan kaedah e-undi dijadualkan berlangsung dari 10 pagi sehingga 5 petang.
Sebelum ini, proses pemilihan cabang itu yang sepatutnya berlangsung pada 28 Okt lepas, terpaksa ditangguhkan kerana masalah ketiadaan isyarat telekomunikasi di pusat pengundian di Stadium Tertutup Kuala Selangor.
Polis kemudian mengesahkan mengenai penemuan alat penghalang isyarat telekomunikasi di bahagian tempat duduk stadium berkenaan oleh petugas MDKL ketika melakukan kerja-kerja pembersihan.
Dalam pada itu, persaingan merebut jawatan timbalan presiden PKR di Selangor setakat ini menyaksikan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendahului dengan undian terkumpul sebanyak 18,453 undi berbanding pencabar tunggalnya Mohd Rafizi Ramli yang memperoleh 15,045 undi.
Pada fasa pertama, kedua dan ketiga pemilihan di Selangor sebelum ini, Mohamed Azmin mendapat sokongan daripada 15 cabang - Sabak Bernam, Sungai Besar, Serdang, Subang, Kota Raja, Sepang, Gombak, Kuala Langat, Petaling Jaya (PJ) Utara, PJ Selatan, Tanjong Karang, Ampang, Pandan, Shah Alam dan Hulu Langat.
Mohd Rafizi pula memperoleh sokongan daripada enam cabang melibatkan Hulu Selangor, Kelana Jaya, Kapar, Klang, Puchong dan Selayang.
Selangor mempunyai keanggotaan paling ramai disahkan layak mengundi iaitu sebanyak 249,850 orang dan dikatakan 'kubu kuat' kepada Mohamed Azmin yang juga bekas Menteri Besar Selangor.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 11 2018

Selangor mempunyai keanggotaan paling ramai disahkan layak mengundi iaitu sebanyak 249,850 orang ahli PKR. - Gambar hiasan

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Pemilihan PKR Cabang Kuala Selangor yang tertangguh berlangsung hari ini
Cabang itu mempunyai 17,737 anggota layak mengundi.