KUALA LUMPUR: Seramai 11,282 calon Pemilihan 2022 Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah melepasi saringan, dan layak menyertai senarai akhir pencalonan, termasuk 20 calon bagi barisan kepimpinan tertinggi.
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti Dr Zaliha Mustafa berkata, daripada 11,290 permohonan asal, bantahan hanya diterima terhadap lapan orang calon atas sebab kebankrapan, dan senarai hitam yang ditetapkan Pendaftar Pertubuhan Malaysia.
Beliau berkata, sekali lagi, hanya Ahli Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim muncul calon tunggal Presiden tanpa sebarang pertandingan.
“Tahniah buat 11,282 calon yang melepasi saringan ini dan layak menyertai senarai akhir pencalonan termasuk 20 calon bagi barisan kepimpinan tertinggi. Sekali lagi, Datuk Seri Anwar Ibrahim muncul calon tunggal Presiden tanpa sebarang pertandingan. Senarai penuh calon-calon ini boleh dilihat di laman web Pemilihan 2022 di https://pemilihankeadilan2022.com/.
“Pada ketika ini, JPP sedang dalam persediaan menghadapi fasa pengundian secara fizikal dan dalam talian yang dijadualkan berlangsung dari 13 Mei 2022 hingga 22 Mei 2022 yang mana pekeliling berkenaan telah pun dikeluarkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Berdasarkan semakan, dua calon disahkan bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden, iaitu bekas Ahli Parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli, dan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Bagi empat slot jawatan Naib Presiden, seramai 17 calon disahkan layak bertanding, membabitkan nama-nama besar seperti Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid; Ahli Parlimen Tanjong, Malim Chang Lih Kang; Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad; Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil; dan wakil wanita tunggal merangkap Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh.
Tidak ketinggalan Menteri Besar Negeri Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun turut melontarkan cabaran untuk jawatan tersebut.
Bagi jawatan Ketua Wanita Keadilan, dua calon yang sah bertanding ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN Batu Tiga, Rodziah Ismail, dan Ahli Dewan Negara, Fadhlina Sidek.
Sementara jawatan Timbalan Ketua Wanita Keadilan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Datin Faizah Ariffin, ADUN Bukit Melawati yang juga Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Juwairiya Zulkifli, dan Ketua Wanita Keadilan Johor, Napsiah Khamis Maharan.
Sementara itu, jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Adam Adli Abd Halim, dan Fahmi Zainol
Dalam pada itu, Zaliha berkata, 21 April ini merupakan hari terakhir permohonan pendaftaran sebagai pemilih atas talian (PAT) melalui aplikasi ADIL.
“Seramai 96,983 orang telah berjaya memuat turun aplikasi ADIL dan mengemas kini maklumat diri dan kemudiannya memilih untuk menjadi PAT. Menariknya, seramai lebih 700 orang anggota yang kini menetap di luar negara termasuk di Australia, Brunei, Singapura dan lain-lain juga tersenarai sebagai PAT.
“Meskipun permohonan baharu telah pun ditutup, kerja-kerja akan diteruskan sehingga kesemua yang memohon untuk menjadi PAT selesai ditentusahkan. Sekalung tahniah buat seluruh anggota Keadilan yang terlibat dalam proses Pemilihan 2022 sehingga ke peringkat ini,” katanya lagi.
Mana-mana anggota yang tidak berkesempatan, jelas Zaliha lagi, masih boleh melaksanakan tanggungjawab memilih secara fizikal di pusat-pusat mengundi yang akan dimuktamadkan lokasinya dalam beberapa hari lagi.
Firdaus Azil
Fri Apr 22 2022

Hanya Ahli Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim muncul calon tunggal Presiden tanpa sebarang pertandingan. - Gambar fail
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 11 Februari 2025.

Pemilihan parti: PKR akan guna undi elektronik dengan elemen AI - Fuziah
Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan menggunakan sistem pengundian elektronik dengan elemen kecerdasan buatan (AI).

Pindaan Perlembagaan PKR bakal libatkan jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik - Fuziah
Kongres Khas PKR pada Ahad (15 Dis) antara lain akan meminda Perlembagaan parti yang menyentuh jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik.

Pemimpin UMNO perlu berhenti serang PKR, hormati aspirasi Kerajaan Perpaduan - AMK
Pemimpin AMK menganggap tindakan segelintir pemimpin UMNO itu seolah-olah mahu menghancurkan kemurnian Kerajaan Perpaduan yang diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim.

PM Anwar tiba di Himpunan Keadilan: Suara Rakyat Suara Keramat
Anwar tiba di Axiata Arena, malam ini bagi menyertai Himpunan Keadilan: Suara Rakyat, Suara Keramat yang diadakan untuk memperingati detik bermulanya gerakan reformasi 26 tahun lepas.

Fuziah Salleh dilantik Pengerusi PH Pahang baharu
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pahang bagi menggantikan Datuk Seri Amirudin Saari berkuat kuasa 26 Ogos.

Tidak hirau kuasa dan harta, Syed Hussin wajar dikenang pejuang sejati - Rafizi
Allahyarham Dr Syed Hussin Ali wajar dikenang sebagai pejuang negara yang langsung tidak menghiraukan kuasa dan wang ringgit, kata Rafizi

Lima pemimpin kanan PKR dilantik Sekretariat Pejabat Presiden parti
Lima pemimpin kanan PKR dilantik sebagai anggota Sekretariat Pejabat Presiden parti itu, yang baru ditubuhkan semalam.

Pakatan Harapan perlu buat pendekatan luar dari kebiasaan - Saifuddin Nasution
Pakatan Harapan perlu melakukan pendekatan yang luar dari kebiasaan dalam usaha meletakkan negara kembali di landasan yang tepat, kata Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Keahlian PKR kini cecah lebih satu juta - Setiausaha Agung
Jumlah keahlian terkini Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah seramai 1,136,683 orang, kata Setiausaha Agung Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.