Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan hari ini mengumumkan menarik diri daripada bertanding jawatan Naib Presiden serta Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat menjelang pemilihan parti itu akhir bulan ini.

Pengumuman tersebut dibuat beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu, beliau menarik diri kerana yakin dengan kepimpinan sedia ada.

Bagi pemilihan jawatan Naib Presiden, ketiga-tiga penyandangnya iaitu Idris Ahmad, Datuk Iskandar Abdul Samad serta Datuk Mohd Amar Nik Abdullah akan bertanding bagi jawatan tersebut bersama Ketua Penerangan PAS Nasruddin Hassan Tantawi.

Muktamar PAS Pusat akan berlangsung dari 29 April hingga 1 Mei ini di Alor Setar, Kedah.