KUALA LUMPUR:Menukar kepimpinan kini bukanlah satu jawapan desakan rakyat yang mahukan blok pembangkang yang lebih memberi impak.
Sebaliknya, Koordinator Program Research For Social Advancement (REFSA), Fakhrurrazi Rashid berpendapat, tanpa menetapkan hala tuju, menukar kepimpinan tetap tidak akan membawa kesan seperti yang diharapkan.
"Mereka perlu tetapkan hala tuju dalam bersetuju atas dasar beberapa polisi ekonomi yang mereka katakan lemah.
"Kedua, mereka tidak mempunyai collective responsibility, walaupun pernah menjadi menteri atau timbalan menteri. Tetapi kalau kita lihat pada Belanjawan 2021, mereka hanya mengeluarkan cadangan tanpa ada koordinasi yang berstruktur, hanya penekanan dalam beberapa isu dan aspek sahaja.
"Selain itu, Parlimen perlu juga memberi ruang kepada pembangkang dalam membawa usul atau berbahas. Seperti contoh di United Kingdom, mereka ada ruang untuk pembangkang bawa usul,"katanya ketika dihubungi melalui Skype di sini, hari ini.
Tambah Fakhrurrazi, peranan pembangkang di Malaysia terlebih dahulu perlu diiktiraf untuk membolehkan ia benar-benar berfungsi.
"Di Malaysia, katakanlah ada usul tidak percaya Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Perdana Menteri, ia perlu dibahaskan kerana agenda kerajaan adalah agenda utama dalam Parlimen.
"Ini berbeza dengan UK di mana bila ada pembangkang mencadangkan satu usul untuk dibahaskan, ia akan disegerakan untuk membolehkan ahli Parlimen membahaskan secara menyeluruh.
"Saya fikir kita perlu konsep dwi-partisan, contohnya di negara luar, semasa atau sebelum Belanjawan dibentangkan semua butiran akan diserahkan kepada jawatankuasa khas.
"Di sini akan ada ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang, duduk bersama meneliti belanjawan tersebut, keluarkan laporan untuk dibahaskan di Parlimen.
"Dengan adanya jawatankuasa ini, kita tahu konsepnya dwi partisan di mana ahli parlimen kerajaan, pembangkang dan eksekutif memberi perbahasan dan responsif berbading sidang yang lebih besar dan tidak mempunyai hala tuju," katanya.
Madiha Abdullah
Fri Dec 18 2020
"Di Malaysia, katakanlah ada usul tidak percaya Datuk Seri Anwar Ibrahim (foto) terhadap Perdana Menteri, ia perlu dibahaskan kerana agenda kerajaan adalah agenda utama dalam Parlimen. - fotoBERNAMA
Mansuh peperiksaan di sekolah untuk kurangkan tekanan murid - Fadhlina
Keputusan Kementerian Pendidikan memansuhkan pembelajaran berorientasikan peperiksaan bertujuan mengurangkan tekanan murid sekolah.
Sidang Parlimen: Dasar tempoh kuarters kerajaan akan dikaji semula
Kerajaan sedang menilai cadangan dasar baharu berkaitan tempoh menduduki kuarters kerajaan untuk memastikan pengurusan lebih sistematik, menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa.
Dalam jawapan di Dewan Rakyat yang dibacakan oleh Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, beliau menyatakan bahawa Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) sedang meneliti cadangan memperkenalkan dasar tempoh penghuni, termasuk kemungkinan pelaksanaan dasar exit policy.
Dalam jawapan di Dewan Rakyat yang dibacakan oleh Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, beliau menyatakan bahawa Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) sedang meneliti cadangan memperkenalkan dasar tempoh penghuni, termasuk kemungkinan pelaksanaan dasar exit policy.
Sidang Parlimen: Skim MySalam dalam perancangan untuk dilanjutkan
Kerajaan merancang melanjutkan tempoh pelaksanaan skim MySalam selama dua tahun lagi, menjadikannya empat tahun dari tempoh asal, menurut Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Beliau berkata langkah ini bertujuan memperluaskan perlindungan sosial bagi golongan berpendapatan rendah (B40) yang memerlukan.
Beliau berkata langkah ini bertujuan memperluaskan perlindungan sosial bagi golongan berpendapatan rendah (B40) yang memerlukan.
Sidang Parlimen: KPKM teliti pembekalan pertanian secara persaingan terbuka
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sedang meneliti cadangan bagi pelaksanaan pembekalan dan penghantaran input pertanian bersubsidi secara persaingan terbuka.
[TERKINI] Pastor didakwa bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku
Seorang pastor didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Selasa atas pertuduhan membunuhseterusnya menyimpan mayat ibunya dalam peti sejuk beku tiga tahun lalu.
Kerajaan kawal had pengambilan pekerja asing
Kerajaan sentiasa memastikan pengurusan pengambilan pekerja asing yang seimbang dengan keperluan negara.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata Malaysia kini mempunyai 17.2 juta tenaga kerja aktif, dengan had maksimum pekerja asing ditetapkan pada 2.58 juta orang.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata Malaysia kini mempunyai 17.2 juta tenaga kerja aktif, dengan had maksimum pekerja asing ditetapkan pada 2.58 juta orang.
Google Gemini bakal bawa ciri iOS ke Android
Pembangun bebas melakukan apa sahaja pada notifikasi yang dipaparkan, seperti meletakkan butang jeda, butang henti, butang merakam, akses pantas membalas mesej, dan pelbagai lagi.
Tunggakan bil elektrik cecah RM1.01 bilion - Akmal Nasir
Timbalan Menteri PETRA, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, berkata angka ini meningkat berbanding tahun 2023, yang mencatatkan 464,076 akaun dipotong dengan tunggakan sebanyak RM945,435,794.07.
Hyundai Motor umum pelaburan RM2.14 bil di Malaysia - Laporan
Hyundai Motor Co mengumumkan rancangan untuk melabur hampir AS$479 juta di Malaysia dalam tempoh lima tahun bermula 2025.
AWANI Ringkas: Pembinaan LCS siap akhir tahun, ikut jadual kontrak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KOLUMNIS] Belanjawan 2025 merealisasi agenda ‘Reformasi’ kebajikan veteran tentera
Ini adalah kali pertama tuntutan para veteran ini diselesaikan kerajaan selepas berjuang menuntut pelarasan ini sejak sekian lama.
Anwar bertemu pemimpin perniagaan terkemuka Korea Selatan hari ini
Perbincangan berkenaan selaras dengan strategi Malaysia untuk mendapatkan pelaburan 'bernilai tinggi, pertumbuhan tinggi' daripada Republik Korea.
Lawatan kerja PM: Malaysia dalam misi yakinkan Hyundai, OCI tingkatkan pelaburan
Perdana Menteri mengadakan pertemuan tertutup bersama konglomerat Korea yang terdiri daripada syarikat Hyundai Motor dan OCI Holdings.
FTA Malaysia-Korea akan dimuktamadkan tahun depan - PM
Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) Malaysia-Korea akan dimuktamadkan pada tahun depan, dengan komitmen daripada kedua-dua negara untuk menyegerakan sebarang rundingan tertangguh.
Kerajaan tidak gunakan dana syarikat swasta untuk penerbangan rasmi - PM Anwar
Perdana Menteri menegaskan pihaknya tidak sama sekali menggunakan dana syarikat swasta untuk membiayai kos penerbangan lawatan rasmi ke empat negara.
Hubungan diplomatik Malaysia-Korea dinaik taraf kepada kerjasama strategik
Malaysia dan Republik Korea memuktamadkan naik taraf hubungan diplomatik kedua-dua negara daripada hubungan dua hala kepada kerjasama strategik.
Lawatan kerja PM: Tiga MoU dimeterai antara Malaysia-Korea
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima sambutan negara di Istana Presiden Yongsan untuk bertemu Presiden Yoon Suk Yeol pada Isnin.
Anwar, Yoon adakan mesyuarat dua hala mengenai hubungan Malaysia dan Korea Selatan
Kedua-dua pemimpin, diiringi beberapa menteri, mengadakan mesyuarat dua hala bermula 11.10 pagi, dijangka berlangsung kira-kira sejam.
[KOLUMNIS] Industri pertahanan tempatan perlu lonjakan strategik
Pembentangan Belanjawan 2025 oleh Perdana Menteri di Dewan Rakyat yang menyaksikan peruntukan terbesar dalam sejarah menarik perhatian banyak pihak.
Lawatan PM Anwar kukuh perkongsian global Malaysia di sebalik ketidaktentuan geopolitik
Chong berkata usaha Anwar untuk mengukuhkan kedudukan Malaysia wajar dihargai.