KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung UMNO 2020 dimulakan dengan acara menaikkan bendera UMNO di Plaza Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini hari ini.
Acara menaikkan bendera pada perhimpunan kali ini dikawal rapi Skuad Sabil bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi.
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba pada 8 pagi disambut Ketua Pergerakan Wanita Datuk Seri Dr Noraini Ahmad; Ketua Pemuda Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Ketua Puteri Datuk Zahida Zarik Khan.
Turut hadir Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan dan Setiausaha Agung parti Datuk Seri Ahmad Maslan.
Zahid selepas itu menaikkan bendera UMNO 'Sang Saka Bangsa' dengan diiringi nyanyian lagu UMNO, 'Bersatu, Bersetia, Berkhidmat' oleh perwakilan yang hadir menyaksikan acara tersebut.
Perhimpunan selama dua hari sejak semalam itu diadakan secara hibrid sebagai mematuhi syarat yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara.
Edisi kali ini yang berlangsung selepas setahun ditangguhkan akibat COVID-19 dibuat secara sederhana selain tiada gerai jualan dan kunjungan orang ramai.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 27 2021

Ahmad Zahid (tengah) bersama Mohamad (kiri) ketika acara menaikkan bendera 'Sang Saka Bangsa' pada perasmian persidangan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2020 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur hari ini. --fotoBERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

'Memalukan jika jajaran baharu UMNO libatkan PKR, DAP' - Shahidan Kassim
Gerakan mewujudkan jajaran baharu UMNO dengan PKR dan DAP yang semakin panas diperkatakan ketika ini adalah memalukan.

Adakan Pemilihan UMNO untuk pulihkan parti
Kekuatan sebenar UMNO ini tidak terpusat di dalam MT dan inilah yang menyebabkan bangkangan terbuka diperlihatkan akhir-akhir ini.

Lembaga Disiplin UMNO kena siasat audio mirip Zahid-Anwar
Zakaria mengakui sudah mendengar rakaman audio berkenaan dan tidak pasti sama ada ia tulen atau diada-adakan bagi tujuan tidak baik.

Kerjasama DAP: Apa rasional Tajuddin ungkit keputusan PAU2020? - KB UMNO
Tindakan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang mengungkit keputusan 'No DAP, No Anwar, No Bersatu' dengan membayangkan kerjasama dengan parti itu menimbulkan pelbagai persoalan kepada ahli UMNO.
![[LAPOR LANGSUNG] Anwar nafi terbabit dalam audio tular perbualan bersama Zahid [LAPOR LANGSUNG] Anwar nafi terbabit dalam audio tular perbualan bersama Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/41617774163_zahidanwar.jpg)
[LAPOR LANGSUNG] Anwar nafi terbabit dalam audio tular perbualan bersama Zahid
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan terbabit dalam audio tular perbualan dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid

Annuar garis empat 'keanehan' ketika PAU 2020
Bekas Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa menggariskan sekurang-kurangnya empat "keanehan" yang berlaku semasa Perhimpunan Agung UMNO 2020 bulan lalu.

PRU15: Bergerak sendirian, UMNO akan hilang lebih banyak kerusi - Mohd Amar
Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menyifatkan tiada parti yang mampu berdiri sendiri tanpa ada gabungan dalam situasi politik hari ini.

Tiada keputusan dalam PAU arahkan menteri letak jawatan - Ismail Sabri
Apa yang disebut dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) baru-baru ini hanyalah menyokong keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) sebelum itu.

Nazri kritik Zahid 'kurang sifat kepimpinan', label menteri UMNO 'pengecut'
Ahli Parlimen Padang Rengas itu sifatkan Zahid Hamidi "kurang sifat kepimpinan" dalam menerajui parti.

Menteri-menteri UMNO dinasihat terus kekal dalam kabinet - PM
Kesemua menteri daripada parti UMNO bersepakat untuk terus kekal dalam Kabinet Perikatan Nasional (PN).