SHAH ALAM: Lembaga Disiplin UMNO perlu menyiasat kebenaran rakaman audio perbualan telefon di antara individu dikaitkan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tular di media sosial sejak malam Selasa.
Ketua UMNO Bahagian Simpang Renggam, Datuk Zakaria Dullah berkata, beliau mengakui sudah mendengar rakaman audio berkenaan dan tidak pasti sama ada ia tulen atau diada-adakan bagi tujuan tidak baik.
Bagaimanapun, Zakaria menegaskan jika rakaman audio tular itu benar, ahli-ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO lebih tahu apa keputusan terbaik yang sepatutnya dilakukan mereka.
"Saya tidak mahu mengeruhkan keadaan, tetapi perkara ini penting kepada masa hadapan perjuangan UMNO itu sendiri.
"Maka dengan itu, Lembaga Disiplin (UMNO) perlu menjalankan fungsinya untuk menyiasat kebenaran (rakaman audio perbualan tular)...Apatah lagi ia membabitkan presiden parti (Ahmad Zahid).
"Jika benar, parti (MKT) lebih tahu apa keputusan yang patut mereka buat," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.
Beliau berkata demikian bagi mengulas satu video dan audio mirip suara Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim didedahkan di media sosial.
Video tersebut bermula dengan ucapan Ahmad Zahid ketika bercakap pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 yang menegaskan bahawa UMNO tidak akan menerima Anwar, DAP dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Bagaimanapun, dalam video berdurasi 4 minit 17 saat turut kedengaran suara yang mirip dengan Anwar memuji ucapan Ahmad Zahid dalam Perhimpunan Agung UMNO itu menerusi panggilan telefon.
Bagaimanapun, Ahmad Zahid dalam satu kenyataan menafikan penglibatan beliau dengan rakaman audio perbualan telefon tular berkenaan.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Zahid nafi rakaman audio perbualan bersama Anwar
Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Sabak Bernam, Datuk Abdul Rahman Bakri meminta Ahmad Zahid atau pejabat Presiden UMNO untuk membuat laporan polis dengan segera sebagai bukti penafian tuntas kaitan beliau dengan rakaman audio tular berkenaan.
Melalui laporan polis dibuat, Abdul Rahman mengharapkan rakaman audio itu akan diteliti pihak berkuasa dengan lebih mendalam bagi mengenal pasti dalang yang cuba menjejaskan nama baik Presiden dan UMNO sendiri.
"Lagipun inti pati rakaman perbualan telefon itu adalah sangat signifikan dengan hala tuju UMNO pada masa hadapan, lebih-lebih lagi pada saat parti berdepan cabaran untuk menawan kembali hati rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
"Saya masih berpegang kepada keputusan diambil parti sewaktu PAU 2020 iaitu semua pemimpin UMNO berjawatan dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) perlu letak jawatan berdasarkan ketetapan yang bakal diambil MKT.
"Cuma, bila isu rakaman audio tular sebegini muncul, saya minta MKT perlu meneliti semula dasar parti sewaktu PAU 2020 iaitu 'No Anwar, No DAP, No Bersatu' agar ianya akan terus kekal menjadi pendirian UMNO sehingga satu ketetapan baharu dibuat," katanya.
Dalam pada itu, pemangku Ketua UMNO Bahagian Jeli, Datuk Abdul Aziz Derashid mengajak semua ahli UMNO bersabar dan tidak terus berasa gusar kerana isu penularan audio rakaman perbualan membabitkan presiden parti masih belum disahkan ketulenannya.
Jelas beliau, lebih baik ahli-ahli UMNO menerima penjelasan yang disampaikan oleh Ahmad Zahid sendiri daripada terus bersikap curiga kepada pucuk kepimpinan parti kerana perbuatan tuduh-menuduh adalah tidak wajar.
"Zaman sekarang ini, macam-macam boleh jadi. Video seks mirip seorang menteri kanan pun sampai sekarang tidak selesai lagi, sedangkan imej beliau jelas kelihatan.
"Saya rasa apa patut Presiden UMNO buat adalah dengan memberi penjelasan apa sebenarnya berlaku (berhubung isu rakaman audio tular). Kena berterus-terang...Kalau tiada, cakap tiada.
"Tetapi, kalau betul ada, satu tindakan susulan termasuk hukuman disiplin perlu dilaksanakan kepada Presiden UMNO kerana beliau juga tidak boleh terlepas," katanya.
Sinar Harian
Wed Apr 07 2021
Dalam ucapannya pada Perhimpunan Agung UMNO 2020 lalu, Ahmad Zahid menegaskan, UMNO tidak akan menerima Anwar, DAP dan Bersatu. - Gambar fail
Rayuan Barcelona ditolak mahkamah
Olmo menandatangani kontrak dari RB Leipzig pada Ogos lalu tetapi hanya didaftarkan pada separuh pertama musim ini.
Trump minta penangguhan pengharaman TikTok
Presiden yang bakal dilantik, Donald Trump, menggesa Mahkamah Agung Amerika Syarikat menangguhkan pelaksanaan undang-undang yang boleh mengharamkan TikTok atau memaksa penjualannya.
Trump berpendapat beliau memerlukan masa selepas mengambil alih jawatan untuk mencari penyelesaian politik terhadap isu tersebut.
Trump berpendapat beliau memerlukan masa selepas mengambil alih jawatan untuk mencari penyelesaian politik terhadap isu tersebut.
Andalan 2025: Detik penting buat malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025
Sedekad selepas Malaysia menjadi pengerusi ASEAN, 1 Januari ini negara sekali lagi diberi tanggungjawab mempengerusikan kumpulan serantau itu.
PAS cadang hukuman sebat terbuka di negeri pimpinannya
Pemimpin PAS, Datuk Hashim Jasin menggesa semua negeri di bawah pentadbiran PAS melaksanakan hukuman sebat secara terbuka sebagai sebahagian daripada hukuman Syariah, susulan pelaksanaannya di Terengganu semalam.
Beliau memuji Terengganu kerana menjadi perintis pelaksanaan hukuman sebat terbuka dan menyatakan bahawa tindakan itu patut menjadi contoh untuk negeri-negeri lain menguatkuasakan undang-undang Islam.
Beliau memuji Terengganu kerana menjadi perintis pelaksanaan hukuman sebat terbuka dan menyatakan bahawa tindakan itu patut menjadi contoh untuk negeri-negeri lain menguatkuasakan undang-undang Islam.
Tokoh korporat individu paling layak, Tony Fernandes calon sesuai
Tokoh korporat dilihat sebagai individu tepat untuk mengisi kerusi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) pertama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Pensyarah Kanan Fakulti Sains Dan Latihan Sukan Universiti Malaya, Dr Mohamad Faithal Hassan berkata, selepas fam membuat keputusan melantik CEO mengendalikan FAM, beliau melihat langkah itu sebagai langkah awal menuju penswastaan FAM.
Pensyarah Kanan Fakulti Sains Dan Latihan Sukan Universiti Malaya, Dr Mohamad Faithal Hassan berkata, selepas fam membuat keputusan melantik CEO mengendalikan FAM, beliau melihat langkah itu sebagai langkah awal menuju penswastaan FAM.
Ketua Polis Negara saman Papagomo kes fitnah
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memfailkan notis tuntutan saman terhadap blogger kontroversi, Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris.
Rapid KL lanjut operasi rel dan bas
Rapid KL mengumumkan lanjutan waktu operasi bagi perkhidmatan rel sehingga jam 3 pagi dan bas hingga jam 3.30 pagi pada 1 Januari 2025.
Langkah ini bertujuan memudahkan warga kota menghadiri sambutan ambang Tahun Baharu di sekitar pusat bandar.
Langkah ini bertujuan memudahkan warga kota menghadiri sambutan ambang Tahun Baharu di sekitar pusat bandar.
Ketua Polis Negara saman Papagomo
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, telah mengemukakan saman terhadap blogger Wan Muhammad Azri Wan Deris, atau lebih dikenali sebagai Papagomo, atas tuduhan fitnah.
Tindakan ini berkait dengan kenyataan Papagomo yang mendakwa Razarudin sebagai "pelacur banduan terhormat" dan "penjilat" kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tindakan ini berkait dengan kenyataan Papagomo yang mendakwa Razarudin sebagai "pelacur banduan terhormat" dan "penjilat" kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Amaran angin kencang dan laut bergelora di perairan negara
MetMalaysia keluarkan amaran angin kencang hingga 60 kmsj dan ombak 4.5 meter di beberapa perairan negara. Berbahaya kepada bot kecil dan aktiviti laut.
Universal dan mistik itu... Rumi
Ahli falsafah dan penyair Jalaluddin M.Rumi dikagumi kerana penghasilan karya-karya agung beliau yang padat dengan nilai-nilai universal dan dapat dihadam oleh manusia sejagat.
Rakaman suara tular dakwa berlaku tanah runtuh tidak benar
Pemantauan yang dijalankan pihak JBPM mendapati tiada sebarang kejadian tanah runtuh berlaku di lokasi yang didakwa.
Lembaga Disiplin UMNO kena siasat audio mirip Zahid-Anwar
Zakaria mengakui sudah mendengar rakaman audio berkenaan dan tidak pasti sama ada ia tulen atau diada-adakan bagi tujuan tidak baik.
Cecair vape didakwa mengandungi morfin, syarikat ambil tindakan undang-undang
Datuk Dr Aswandi Mohamed Hashim berkata pihaknya kini sedang menyiapkan dokumen bagi perkara berkenaan dan tidak akan menerima sebarang permohonan maaf daripada pihak yang bertanggungjawab.