Syarikat pengeluar cecair rokok elektronik, NSTY Holdings Sdn Bhd (NSTY Holdings) akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang mendakwa salah satu produk keluarannya mengandungi dadah jenis morfin.
Peguam syarikat berkenaan, Datuk Dr Aswandi Mohamed Hashim berkata pihaknya kini sedang menyiapkan dokumen bagi perkara berkenaan dan tidak akan menerima sebarang permohonan maaf daripada pihak yang bertanggungjawab.
"Sekalipun individu itu meminta maaf, pihak kami tidak akan menerimanya dan kami akan memfailkan saman sivil terhadap pelaku itu," katanya pada sidang media, di sini pada Selasa.
Pada Ahad lepas, satu rakaman suara yang mendakwa salah satu produk keluaran NSTY Holdings mempunyai morfin dan meminta orang awam supaya berhati-hati, tersebar.
Berikutan itu, NSTY Holdings membuat dua laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin, pada hari yang sama.
Aswandi mendakwa pihaknya telah memperoleh maklumat daripada pihak polis berkaitan individu yang membuat rakaman suara berkenaan, bagaimanapun enggan mengulas lanjut.
Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi syarikat berkenaan, Muhammad Nurul Fadtan Yusof berkata dakwaan berkenaan perkara itu adalah fitnah yang sengaja dibuat.
Beliau berkata perisa Nasty Salt yang didakwa mengandungi dadah itu baru sebulan dijual di pasaran dan melalui proses serta prosedur yang ditetapkan.
"Semua produk keluaran syarikat ini terjamin dengan piawaian Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA 1994), Amalan Pengilangan Yang Baik (GMP) dan Sistem Pengurusan Berkualiti ISO 9001:2015.
"Kami kesal dengan tuduhan tidak bertanggungjawab itu kerana ia tuduhan yang berat dan tidak benar dan dilihat mampu memberi kesan negatif kepada syarikat," katanya.
Bagi menangkis fitnah berkenaan, pihaknya akan menghantar sampel produk untuk ujian kimia bagi membuktikan produk mereka bebas daripada sebarang dadah.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 10 2019
Muhammad Nurul Fadtan (kiri) bersama Aswandi menunjukkan laporan polis yang telah dibuat berhubung fitnah terhadap produk Nasty Juice keluaran NSTY Holdings pada sidang media di Shah Alam, 10 Sept, 2019. --fotoBERNAMA
PM Anwar beri sumbangan kepada dua wanita sempena Tahun Baharu Cina
Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada dua wanita di Kuantan, Pahang sempena Tahun Baharu Cina.
Polis siasat pelampung gelongsor timpa pengunjung di Taman Tema I-City
Permainan gelongsor air kaca di i-City yang tular apabila pelampung tiba-tiba terjatuh dan menimpa pengunjung belum mendapat kelulusan MBSA untuk beroperasi.
WEF2025: Decoding World Economic Forum 2025
A wrap-up to the key discussions and outcomes of the World Economic Forum 2025, highlighting some of the world's professionals, industry leaders, and experts. The forum explored the theme "Collaboration for the Intelligent Age," showcasing how global leaders are addressing pressing issues such as geo-economic uncertainty, climate change, and technological innovation. #WEF2025
Kotak hitam masih belum ditemukan, penyiasat masih meneliti perlanggaran udara di AS
Homendy berkata agensinya akan beri ruang kepada pasukan penyelamat untuk menjalankan misi pemulihan sebelum memulakan penyiasatan.
Bursa Malaysia dibuka meningkat seketika sebelum susut
Pada 9.05 pagi, indeks petunjuk utama FBM KLCI susut 5.31 mata kepada 1,547.38 berbanding paras penutup Selasa pada 1,552.69.
AWANI Ringkas: Tegakkan undang-undang antarabangsa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PGA gagalkan cubaan seludup rokok bernilai lebih RM100,000
Rampasan dilakukan oleh sepasukan anggota Batalion 8 PGA menerusi Op Taring Alpha dalam serbuan ke atas sebuah premis sekitar 8.30 pagi.
AWANI Pagi: seruan inovasi untuk revolusi industri getah
Diskusi 8.30 pagi Jumaat bersama Ketua Pegawai Eksekutif P2 Biotech, Mohd Hazim Nordin membincangkan mengenai revolusi dalam industri getah melalui inovasi dan teknologi terkini bertujuan menarik minat golongan muda sebagaimana saranan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
KTMB tingkat kawalan rondaan cegah insiden pencerobohan
KTMB juga akan adakan perbincangan lanjut dengan APAD bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan keselamatan serta penguatkuasaan undang-undang.
Emir Qatar pemimpin Arab pertama lawat Syria sejak kejatuhan Bashar al-Assad
Kunjungan Sheikh Tamim menandakan pemulihan penting hubungan Qatar-Syria.
Cecair vape didakwa mengandungi morfin, syarikat ambil tindakan undang-undang
Datuk Dr Aswandi Mohamed Hashim berkata pihaknya kini sedang menyiapkan dokumen bagi perkara berkenaan dan tidak akan menerima sebarang permohonan maaf daripada pihak yang bertanggungjawab.