[VIDEO] Polis akan panggil Ahmad Zahid, Anwar
Polis akan panggil Ahmad Zahid, Anwar
Polis dijangka memanggil Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membantu siasatan kes berhubung rakaman audio yang tular didakwa mirip suara dua pemimpin itu, baru-baru ini.
Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, tindakan tersebut bagi melengkapkan kertas siasatan berhubung kes berkenaan.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Penafian lisan Anwar, Zahid semata-mata tidak meyakinkan - Rais Yatim
Penafian secara lisan oleh Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai rakaman perbualan mirip suara mereka, tidak meyakinkan, kata Yang di-Pertua Dewan Negara Tan Sri Rais Yatim.
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berkata, intonasi dan nada suara yang dimiliki kedua-dua pemimpin politik berkenaan begitu dikenali ramai.
BACA BERITA PENUH DI SINI
[VIDEO] Kalau betul, apa masalahnya? - Anwar
Audio tular: Kalau betul, apa masalahnya? - Anwar
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim ditanya berkenaan audio tular yang mengaitkan perbualan antara beliau dan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Jelasnya, isu audio itu bukan keutamaan pada ketika ini, sebaliknya ia disifatkannya sebagai satu serangan politik terhadapnya.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Audio tular: Zahid Hamidi seru ahli UMNO gerakkan media sosial
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyeru semua ahli UMNO supaya memperkuatkan gerakan media sosial untuk menangkis tohmahan dan fitnah yang bertujuan melemahkan parti.
Dalam satu muat naik di akaun Facebooknya malam tadi, Ahmad Zahid berkata, jika ahli UMNO tidak berbuat demikian maka pihak lawan akan terus memainkan persepsi negatif untuk menahan UMNO daripada bangkit.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Rakaman audio: Zahid, Anwar disaran lafaz sumpah di masjid - Annuar Musa
Tan Sri Annuar Musa menyarankan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi serta Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya mencontohi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melafazkan sumpah di masjid bagi mempertahankan diri daripada dakwaan yang sedang dihadapi.
Bekas Setiausaha Agung UMNO itu menegaskan, tindakan tersebut, sebagai menafikan pembabitan Ahli Parlimen Bagan Datuk itu dengan satu rakaman audio bersama individu didakwa Anwar tular sejak semalam.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Tiada laporan mengenai audio dikatakan perbualan Zahid, Anwar - Saifuddin
Rakaman audio perbualan didakwa mirip suara Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tersebar, hanya akan disiasat sekiranya terdapat laporan dibuat mengenainya.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah berkata, pada masa ini pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mahupun CyberSecurity Malaysia, belum menerima laporan berhubung perkara itu.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Akar umbi kian resah, percaya audio Zahid-Anwar - Ketua UMNO Seputeh
Ahli-ahli akar umbi UMNO semakin resah dan keliru selepas perbualan telefon yang dikatakan antara Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Anwar Ibrahim tular sejak kelmarin, kata Ketua UMNO Bahagian Seputeh, Datuk Mustapa Kamal Mohd Yusoff.
Berita penuh, di sini.
Tiada laporan mengenai audio dikatakan perbualan Zahid, Anwar - Saifuddin
Rakaman audio perbualan didakwa mirip suara Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tersebar, hanya akan disiasat sekiranya terdapat laporan dibuat mengenainya.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah berkata, pada masa ini pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mahupun CyberSecurity Malaysia, belum menerima laporan berhubung perkara itu.
Baca berita penuh, di sini.
'Biar polis siasat kesahihan rakaman'- Noh
UMNO Selangor menyerahkan kepada polis untuk menyiasat berhubung dakwaan rakaman audio yang sedang tular di media sosial kononnya membabitkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dengan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pengerusinya, Tan Sri Noh Omar berkata, perkara itu biarlah disiasat polis untuk menentukan kesahihan audio berkenaan.
Baca berita penuh, di sini.
Isu audio tular: Shahidan akan buat laporan polis
Datuk Seri Shahidan Kassim mengesahkan akan membuat laporan polis mengenai rakaman perbualan telefon kononnya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tular di media, sejak beberapa hari lalu.
Baca berita penuh, di sini.
Zahid tidak layak jadi Presiden sekiranya audio tulen, kata Ku Li
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi perlu bertanggungjawab dan tidak layak untuk terus memegang jawatan tersebut sekiranya pendedahan audio antara dirinya dan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim didapati tulen.
Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, banyak pihak terutama ahli-ahli UMNO meletakkan harapan tinggi terhadap Ahmad Zahid untuk memimpin parti itu dengan baik.
Baca berita penuh, di sini.
'Saya yakin rakaman audio itu tulen' - Annuar Musa
Anwar Ibrahim nafi terbabit dalam audio tular perbualan bersama Zahid Hamidi
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini menafikan terbabit dalam audio tular perbualan dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Penafian itu dibuat Anwar ketika berucap pada Majlis Perasmian dan Pelancaran Bilik Gerakan Utama PKR Selangor, sebentar tadi.
Ikuti laporan penuh di sini.
Rakaman audio: Zahid arah pegawai buat laporan polis
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah mengarahkan pegawainya untuk membuat laporan polis berhubung penularan rakaman audio kononnya perbualan beliau dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Presiden UMNO itu menegaskan, laporan berkenaan dibuat bagi mengenal pasti dalang individu atau pihak yang bertanggungjawab terhadap audio berkenaan.
Ikuti laporan penuh, di sini.
Ahmad Zahid konsisten menafikan terdapat perbualan antara beliau dan Anwar Ibrahim
Pemimpin Puteri UMNO bersuara, mahu Ahmad Zahid berundur atau segerakan pemilihan
Beberapa ahli parti muda UMNO khususnya Puteri hari ini tampil menyuarakan pandangan berhubung pemilihan kepimpinan UMNO termasuk menyarankan agar Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berundur secara terhormat sebagai Presiden.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Puteri mahu Zahid Hamidi berundur, segerakan pemilihan
Beberapa ahli parti muda UMNO khususnya Puteri hari ini tampil menyuarakan pandangan berhubung pemilihan kepimpinan UMNO termasuk menyarankan agar Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berundur secara terhormat sebagai Presiden.
Ikuti laporan penuh di sini
Penafian Ahmad Zahid leraikan kesangsian akar umbi - Penganalisis
Penafian Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai rakaman perbualan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim mampu meleraikan kesangsian akar umbi terhadap Presiden UMNO itu, ujar Penganalisis Politik Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Mazlan Ali.
Dalam masa sama, penafian itu juga memperlihatkan Ahmad Zahid tidak mempunyai agenda tertentu di sebalik keputusan Perhimpunan Agung UMNO 2020 yang menolak DAP, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan parti lain.
Ikuti laporan penuh, di sini.
Adakah konspirasi peringkat tertinggi, soal Puad Zarkashi
Datuk Mohd Puad Zarkashi mempersoalkan dalang terhadap rakaman audio perbualan dua individu didakwa mirip Presiden UMNO dan Presiden PKR yang tular di media sosial.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO itu berkata, butiran perbualan itu cukup jelas dan berkualiti tinggi, malah mendakwa ia mungkin menggunakan peralatan canggih yang tidak mampu dimiliki orang biasa.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Lembaga Disiplin UMNO kena siasat audio mirip Zahid-Anwar
Lembaga Disiplin UMNO perlu menyiasat kebenaran rakaman audio perbualan telefon di antara individu dikaitkan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tular di media sosial sejak malam Selasa.
Ketua UMNO Bahagian Simpang Renggam, Datuk Zakaria Dullah berkata, beliau mengakui sudah mendengar rakaman audio berkenaan dan tidak pasti sama ada ia tulen atau diada-adakan bagi tujuan tidak baik.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Zahid Hamidi nafi rakaman audio perbualan bersama Anwar Ibrahim
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menafikan terdapat perbualan antara beliau dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti yang tular di media sosial dan dilaporkan media.
Menurut Ahmad Zahid, rakaman audio yang didakwa perbualan antara beliau dan Anwar itu merupakan percatuan politik yang jijik.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Nazri Aziz pula gesa Zahid berundur, mahu Mat Hasan ambil alih
Setiap hari semakin ramai pemimpin UMNO yang membuat gesaan agar presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melepaskan jawatan demi kelangsungan parti itu dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Terbaharu, Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz membuat gesaan itu atas alasan Zahid tidak lagi mempunyai kreadibiliti untuk memimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN).
BACA BERITA PENUH DI SINI
Konspirasi tahap tertinggi? - Puad Zarkashi
Rakaman audio didakwa mirip suara Anwar-Zahid tersebar
Satu rakaman audio perbualan antara dua individu yang didakwa mirip suara Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tular di media sosial.
Melalui audio berdurasi 4 minit 17 saat di akaun Facebook Insider Malaysia, turut kedengaran suara mirip Anwar memuji ucapan Ahmad Zahid dalam Perhimpunan Agung UMNO menerusi panggilan telefon.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Presiden MIC cabar Puad soal Zahid berhubung isu surat sokongan Anwar jadi PM
Presiden MIC, Tan Sri S A Vigneswaran mencabar Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Puad Zarkashi untuk menyoal Presiden UMNO berhubung isu surat sokongan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri.
Tegasnya, Puad seharusnya mendesak Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjawab persoalan berkenaan, sebelum menegur MIC berhubung kerjasama politik dengan pihak lain selain Barisan Nasional (BN), lapor Free Malaysia Today pada Selasa.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Pemimpin UMNO Bahagian saran Zahid 'berkorban' demi kelangsungan parti
Demi mastikan kelangsungan UMNO agar terus relevan dalam landskap politik tanah air, presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi disarankan agar mengundur diri daripada terus memegang jawatan utama parti, kata Ketua UMNO bahagian Simpang Renggam, Datuk Zakaria Dullah.
Hujah Zakaria, membersihkan parti dan membuang imej 'warlord' merupakan jalan terbaik yang perlu dilakukan sekiranya parti terbesar orang Melayu itu benar-benar mahu berubah.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Zahid tidak sesuai jadi Perdana Menteri selepas PRU15 - Tajuddin
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi boleh mencadangkan nama calon lain untuk menjadi Perdana Menteri seandainya UMNO membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti, kata Ketua UMNO Bahagian Paya Besar, Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman.
Beliau berkata, Presiden UMNO itu juga boleh terus kekal di jawatannya sebelum mandat baharu parti selepas PRU15 kelak.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Zahid penting diri jika tidak segera berundur - Dr Jeniri
Tajuddin kumpul tandatangan ketua bahagian, jatuhkan Zahid - Shahidan
Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman didakwa melakukan gerakan menjatuhkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Presiden UMNO.
Memetik laporan Malaysiakini, dakwaan itu dibuat Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim yang menyatakan tindakan Tajuddin itu dibuat sejak tahun lalu.
BACA BERITA PENUH DI SINI