UMNO Sabah secara rasminya 'mengurangkan ikatan' dengan UMNO pusat apabila kini ia boleh menentukan hala tuju perjuangan sendiri setelah usul berkaitan kuasa autonomi UMNO di negeri itu diluluskan ketika pindaan usul mesyuarat khas bersempena Persidangan Agung UMNO 2019 (PAU 2019).
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata peralihan tersebut memaktubkan kewujudan UMNO Sabah sebagai sebuah entiti politik yang berautonomi kerana hanya orang Sabah yang lebih arif akan masalah dan perkara yang boleh dilakukan di negeri itu.
Jelas Ahli Parlimen Kinabatangan itu, usul tersebut telah dibincangkan dan dipersetujui pada mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO kira-kira lima bulan lepas dan seterusnya perkara itu menunggu masa untuk diluluskan pada PAU ke-73, kali ini.
"Kita diberi kuasa untuk menguruskan segala urusan. Ia masih 'UMNO' cumanya kita akan lokalkannya. Soal calon, soal pemimpin, soal kerusi yang kita tanding termasuk di (Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen) Kimanis nanti akan diputuskan oleh UMNO Sabah sendiri," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis penutupan PAU 2019, di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini, pada Sabtu.
Ditanya mengenai hala tuju UMNO Sabah selepas ini, katanya pada ketika ini pihaknya belum menggariskan sebarang perincian namun meneruskan usaha memperkuatkan parti itu.
Ditanya mengenai usul berkaitan kuasa autonomi Sabah itu yang tidak disebut dalam 12 usul pindaan perlembagaan UMNO, jelasnya ia merupakan usul yang berbeza.
"Ia tidak dimasukkan kerana usul itu terlalu panjang lebar, tetapi ia dimasukkan ke dalam Perlembagaan UMNO itu sendiri di mana autonomi itu disimpan di bawah Sabah Chapter," jelasnya.
Mengenai pemilihan calon PRK Parlimen Kimanis yang akan dibuatnya, Bung Moktar berkata situasi UMNO Sabah dengan kuasa autonomi itu ibarat 'suatu kebetulan yang menyenangkan'.
Ketika ini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunggu perakuan daripada Mahkamah Persekutuan bagi mengambil tindakan selanjutnya untuk mengadakan PRK di kawasan Parlimen Kimanis yang kini kosong susulan keputusan mahkamah membatalkan kemenangan Datuk Seri Anifah Aman selepas mendapati ada kertas undi tambahan yang boleh menjejaskan keputusan pilihan raya.
Calon Parti Warisan Sabah Datuk Karim Bujang memfailkan petisyen pada 18 Jun 2018 bagi mencabar kemenangan Anifah yang bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN).
Pada PRU-14, Anifah yang merupakan bekas Menteri Luar memenangi kerusi Parlimen Kimanis dengan majoriti tipis 156 undi. Beliau memperoleh 11,942 undi dalam pertandingan tiga penjuru menentang Karim yang mendapat 11,786 undi manakala calon Parti Harapan Rakyat Sabah, Jaafar Ismail menerima 1,300 undi.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 07 2019
BUNG MOKTAR: Kita diberi kuasa untuk menguruskan segala urusan. Ia masih 'UMNO' cumanya kita akan lokalkannya.
PM Anwar ucap takziah kepada keluarga mangsa nahas Jeju Air
Beliau secara peribadi berasa amat sedih dengan insiden tragis yang berlaku di Lapangan Terbang Muan, Korea Selatan itu.
Variasi 'raja buah' banjiri kuching, harga mampu beli
Musim durian di Sarawak kali ini cukup meriah kerana bekalannya cukup banyak dan harganya pula murah malah ada yang dijual RM1 sebiji.
Menghormati perlembagaan, hormati TYT
Dr Romzi Ationg, Penganalisis politik Universiti Malaysia Sabah (UMS)
Gear pendaratan gagal berfungsi, pesawat Air Canada terbabas, terbakar
Penerbangan itu berlepas dari St John membawa 80 penumpang. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Amanah Sabah gesa hormat TYT sebagai simbol negeri
Tindakan penyiaran karikatur yang menghina Yang di-Pertua Negeri Tun Musa Aman bukan sahaja mencerminkan kurangnya rasa hormat terhadap simbol negeri tetapi juga berpotensi menggugat keharmonian dan perpaduan rakyat Sabah.
Peragut maut rempuh kem PGA Batu Kawa
Seorang lelaki maut gara-gara merempuh pagar kem Pasukan Gerakan Am (PGA) Batu Kawa sejurus selepas meragut beg tangan wanita sarat mengandung yang sedang membonceng motosikal bersama suami dan anak lelakinya.
Pemandu mabuk langgar pintu kaca bank
Hasil siasatan mendapati suspek tidak mempunyai lesen memandu, selain memandu di bawah pengaruh alkohol.
Pesawat KLM lakukan pendaratan cemas di Norway
Bunyi "dentuman kuat" kedengaran di dalam kabin sejurus selepas pesawat berlepas.
Nahas Jeju Air: Dua kotak hitam pesawat sudah ditemukan
Data penerbangan dan rakaman suara telah diperoleh bagi membolehkan mereka mengenal pasti punca sebenar nahas.
Fokus Minggu Depan: Kemalangan lori: Tingkat kesedaran, perkasa penguatkuasaan
Prof Madya Dr Law Teik Hua, Ketua Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya, Universiti Putra Malaysia
Universiti perlu tapis aktiviti namun tidak sehingga ganggu keterbukaan, autonomi - Pakar
Abu Hafiz berpandangan ia perlu dilaksana bagi mengelakkan kontroversi khususnya membabitkan isu sensitif serta polisi negara.
Kerajaan negeri perlu diberi autonomi corak ekonomi - Yusof Saari
Yusof mengakui perubahan sedemikian memerlukan tekad politik yang kuat memandangkan Malaysia masih terperangkap dalam paradoks politik.
Pasca PRN: Biar negeri corak ekonomi sendiri - Penganalisis
Modul yang diguna pakai ketika ini terlalu bergantung kepada Putrajaya, sehingga wujud situasi kecenderungan kepada negeri tertentu.
NUTP harap Menteri Pendidikan, KPT baharu perkenal dasar progresif
NUTP berharap Menteri Pendidikan Fadhliana Sidek dapat memberikan lebih autonomi kepada akar umbi dalam merancang sesi pengajaran.
Krisis Myanmar: Rampasan kuasa sebabkan perang kembali selepas 25 tahun
Ini membuatkan generasi baru penduduk kampung di Myanmar dan Thailand melarikan diri untuk berlindung daripada peluru dan bom.
Sabah Memilih: Belum ada rundingan penggunaan satu logo - Hajiji
Masih belum ada sebarang kata putus sama ada penggunaan logo atau bendera Perikatan Nasional (PN) akan digunakan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.
Trump tandatangani perintah lucut status khas Hong Kong
Langkah diambil berikutan keputusan China menguatkuasakan undang-undang keselamatan Hong Kong yang mencetuskan kontroversi.
PRK Kimanis: Kes mahkamah tak jejas semangat Bung Moktar
Kes mahkamah yang dikaitkan berhubung pelaburan Felcra tidak melenturkan semangat Bung Moktar membantu jentera Barisan Nasional.
PAU2019: UMNO Sabah diberi kuasa autonomi, tentu hala tuju sendiri
Peralihan tersebut memaktubkan kewujudan UMNO Sabah sebagai sebuah entiti politik yang berautonomi.
Sabah harap permohonan pindah kuasa lesen pelancongan akan berhasil
MOTAC berkata penyerahan kuasa kepada negeri belum dapat dilaksanakan, memandangkan hal-hal yang berkaitan dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) masih dalam rundingan.