Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) akan memutuskan sama ada menjadi parti politik atau tidak minggu depan.
Presidennya, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi berkata, dalam pertemuan meja bulat pada 13 Jun ini, semua pemimpin NGO itu akan turut serta bagi membincangkan tentang hala tuju PasMa.
“Ini keputusan besar yang perlu kita buat kita akan ada perbincangan meja bulat 13 Jun jam 2 petang. Semua pimpinan jawatankuasa pusat dan negeri akan menghadirinya.
“Memang ada cadangan untuk jadi parti politik. Tapi ini bergantung kepada perbincangan,” katanya.
Phahrolrazi April lalu mengumumkan akan memutuskan sama ada mahu menjadi parti politik atau tidak selepas berakhirnya Muktamar PAS ke-61 bagi melihat terlebih dahulu hubungan parti Islam itu dalam Pakatan Rakyat.
Muktamar parti itu di Kuala Selangor berakhir semalam dengan usul memutuskan hubungan dengan DAP diterima tanpa bahas – tindakan yang berpotensi besar memecahkan Pakatan.
DAP sendiri sudah mengalu-alukan pemimpin PAS berundur daripada kedudukan masing-masing dalam kerajaan negeri Pulau Pinang.
Astro Awani
Sun Jun 07 2015

PHAHROLRAZI: Status PasMa sebagai parti politik atai tidak bergantung kepada hasil perbincangan pada 13 Jun nanti.
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

PH, BN Pahang meterai MoU perkukuh pentadbiran kerajaan negeri
MoU itu ditandatangani oleh Pengerusi PH Pahang Datuk Seri Amirudin Shari dan Pengerusi BN Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

'Saya akan bongkar pembohongan Presiden Pas esok' - Mat Sabu
Mohamad Sabu berkata sudah sampai masanya rakyat tahu perkara yang sebenar termasuk keputusan Pas meninggalkan gabungan Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini.

Tidak mustahil jajaran baharu UMNO, DAP selepas PRU15 - KB Paya Besar
Kehadiran bersama Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Noraini Ahmad dengan pemimpin DAP dalam satu majlis baru-baru ini memberi bayangan pembentukan jajaran politik dua parti itu akan berlaku selepas PRU15.

Tiada parti boleh mentadbir negara secara solo - Dr Kartini
Tidak ada mana-mana parti yang boleh mentadbir secara solo di negara ini, kata Profesor Madya Dr Kartini Aboo Talib.

Ketua Pembangkang: Jika bukan Anwar, siapa lagi? - Penganalisis
Jika bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim, siapa lagi yang boleh memimpin dan menyatukan parti-parti dalam Pakatan Harapan (PH).

Saya tidak pernah halang Anwar untuk jadi PM - Tun Mahathir
Anwar sepatutnya sudah pun menggantikan beliau sebagai Perdana Menteri pada penghujung 90an dahulu, kata Tun Mahathir.

Bahtera UMNO makin karam menuju PRU15
Kerjasama parti Melayu paling lama negara itu dengan beberapa parti termasuk dari yang pernah menghumban mereka keluar dari Putrajaya menimbulkan pelbagai persepsi.

Lima kerajaan negeri masih sah - Peguam
Pembentukan kerajaan itu masih sah kerana tiada arahan daripada parti itu di peringkat negeri.

MIC mula menjelma sebagai parti terkuat dan stabil
Kajian Emir Research yang berpusat di UIAM melaporkan hampir 50 peratus penduduk tidak pasti sama ada hala tuju masa depan negara berada pada landasan yang betul.

Menanti manifesto terbaik di Tanjung Piai
Pengundi mahu tahu apa yang hendak disampaikan. Mesej itu yang sedang ditunggu pengundi sebelum mereka membuang undi pada 16 November ini.