SHAH ALAM: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Datuk Tengku Putra Haron Aminurrashid Tengku Hamid memaklumkan bahawa pemilihan parti UMNO akan dilakukan selepas Perdana Menteri mengumumkan barisan kabinet yang baharu.
Menurutnya, keputusan terhadap ahli-ahli yang masih berada dalam kes mahkamah juga akan ditetapkan melalui pemilihan parti tersebut.
“Tentang kluster (mahkamah), selepas ini akan ada (keputusan) dalam pemilihan parti kita. Kita akan buat sebaiknya tetapi tunggu dulu.
“Perdana Menteri akan mengumumkan barisan kabinetnya, kita tengok selepas itu. Baru kita akan tahu (keputusan),” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjadi panelis Program Sinar Live bertajuk 'Anwar PM10: Harapan Baharu Rakyat Malaysia’ yang disiarkan di platform digital Sinar Harian pada Jumaat.
Program yang dikendalikan oleh Hazwan Mokhtar itu turut menampilkan penganalisis politik, Dr Sharifah Shahirah Syed Sheikh; Presiden Emir Research, Datuk Dr Rais Hussin Mohamed Ariff; Bekas ADUN Kempas dan ADUN Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin sebagai panelis.
Pada Khamis, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa keputusan berhubung pemberian jawatan dalam kabinet terutamanya kepada individu yang terlibat dalam kes-kes mahkamah masih belum diputuskan.
Ujar Anwar, apabila melibatkan Kerajaan Perpaduan, pihaknya perlu ruang untuk berbincang secara terperinci mengenai keputusan berkenaan dengan pihak lain.
Dalam pada itu, Tengku Putra Haron Aminurrashid berkata, orang ramai diingatkan supaya tidak terlalu mendesak kerajaan supaya mengumumkan barisan kabinet dalam masa yang terdekat.
“Saya tengok banyak orang di dalam forum asyik suruh cepat (umum kabinet) sebab kononnya bimbang pelabur tak masuk dan sebagainya.
“Nak menubuhkan kerajaan ini tidak boleh kelam-kabut. Tambah lagi kita dalam keadaan Parlimen tergantung.
“Kalau dalam Parlimen tergantung ini, kita kena ambil masa untuk menentukan siapa yang akan bantu Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja,” ujarnya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Nov 25 2022

Menurut Tengku Putra Haron Aminurrashid, keputusan terhadap ahli-ahli yang masih berada dalam kes mahkamah juga akan ditetapkan melalui pemilihan parti tersebut. -Gambar fail/Astro AWANI

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Pasca PRU15: Pemilihan UMNO selepas umum senarai kabinet
Keputusan terhadap ahli-ahli yang masih berada dalam kes mahkamah juga akan ditetapkan melalui pemilihan parti tersebut.