Pas membuat keputusan pengagihan kerusi pilihan raya umum akan datang antara UMNO dan Pas di seluruh negara akan dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk Muafakat Nasional (MN).
Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata Pas negeri hanya akan menerima keputusan pengagihan kerusi untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), selepas ia dimuktamadkan di peringkat Pusat.
Untuk itu, soal pengagihan kerusi tidak akan dibincangkan di peringkat negeri termasuklah negeri yang dikuasai Pas.
“Tetapi pembahagian kerusi kerana melibatkan seluruh negara, kalau buat negeri, ia akan melihat konteks dia sahaja.
“Tetapi kalau selaraskan di peringkat Pusat, mereka akan melihat keseluruhan hubungan antara Pas, UMNO dan Bersatu di seluruh negara,” kata Mohd Amar.
Mohd Amar berkata maklumat berhubung calon dan kedudukan kerusi boleh disalurkan kepada jawatankuasa berkenaan.
Katanya, berhubung soal penentuan calon, hak masih diberikan kepada Pas negeri untuk mencadangkan nama calon yang bakal bertanding.
Perbincangan pengagihan kerusi antara Pas dan UMNO serta Bersatu perlu dilaksanakan dalam perbincangan bersama di peringkat Pusat memandangkan hubungan Pas dan UMNO dalam MN, serta Bersatu dalam Perikatan Nasional (PN).
Pengagihan kerusi juga dibuat dengan tidak meletakkan parti mana yang didahulukan, sebaliknya semua parti diberikan hak masing-masing tanpa ada parti yang dianggap dominan kerana semua parti yang berada bersama ini sudah dianggap sebagai 'adik-beradik'.
Muhafandi Muhamad
Thu Aug 06 2020
Mohd Amar berkata maklumat dan juga info berhubung calon dan kedudukan kerusi boleh disalurkan kepada jawatankuasa berkenaan. - Gambar fail/Astro AWANI
'Fizikal, mentaliti Azizulhasni lain macam' - Beasley
Beliau berkata, ia berdasarkan kepada kekuatan mental dan fizikal pelumba yang terkenal dengan julukan The Pocket Rocketman itu.
Penganjuran sukan mampu kukuhkan kerjasama keselamatan - Ab Rauf
Penganjuran sukan dapat memperkukuh kerjasama dalam memelihara keselamatan dan keamanan, kata Ketua Menteri Melaka.
Sedut 'gas ketawa', Tottenham gantung pemain menjelang aksi pembukaan
Pemain berusia 27 tahun itu menyifatkan tindakannya 'tidak wajar' dan memohon maaf menerusi satu video, selepas dia menyedut nitrus oksida.
AWANI Pagi: iFUTURE 2024 : Pemerkasaan mahasiswa merentas benua
Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi membincangkan mengenai bagaimana usaha pemerkasaan mahasiswa yang merentasi benua digerakkan menerusi iFUTURE 2024. Diskusi bersama dua tetamu, Prof Dr. Azlinda Azman, Pengarah Pendidikan Tinggi, Jabatan Pendidikan Tinggi dan Syahril Ahmad Sofian, Presiden Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK). Ikuti perbincangannya, 7:30 pagi
SUKMA 2024: Berbasikal terus jadi lubuk emas Terengganu
Dua emas itu diperoleh daripada Muhamad Iqbal Daniel Mohd Nawawi dalam kategori individu yang pada masa sama membantu acara berpasukan.
Surah al-Jumuah bentuk sahsiah diri
Ia membolehkan masyarakat membebaskan jiwa mereka daripada unsur kemungkaran dan mendekatkan diri kepada keadilan Islam.
Brunei cipta sejarah raih emas SUKMA selepas 10 tahun
Walid tampil dengan gerakan tangkas dan kemas di Dewan Wushu SSC di sini, berjaya memikat hati juri untuk menghadiahkan mata tertinggi 9.613.
'Rakaman CCTV nampak Nidza Afham beli air, keluar minum' - Abang ipar
Abang ipar kepada Allahyarham, Muhammad Effrie Amron berkata, itu antara rakaman CCTV premis yang dikatakan diterima pihak keluarga.
Aktres veteran Gena Rowlands meninggal dunia
Aktres veteran Amerika Syarikat (AS), Gena Rowlands, yang membintangi filem box-office The Notebook dan Another Woman, meninggal dunia pada Rabu di usia 94 tahun.
Bintang Friends: Lima termasuk dua doktor dituduh penyebab kematian Matthew Perry
Lima individu termasuk dua doktor dan seorang pembantu peribadi kepada pelakon Matthew Perry didakwa membekalkan bintang 'Friends' itu dengan ketamin iaitu ubat penenang kuat yang menyebabkan kematiannya akibat terlebih dos setahun lalu.
Sivaraj akan dipertimbang peranan dalam Kerajaan Perpaduan - Saifuddin Nasution
Saifuddin berkata Sivaraj sebelum ini bersetuju memberi laluan dan menyokong tanpa syarat calon PH.
PRU15: Majikan di Padang Serai diminta beri kebenaran pekerja keluar mengundi
Perkara itu wajar dilakukan berikutan keputusan Kerajaan Kedah yang tidak dapat mempertimbangkan pemberian cuti khas pada hari pengundian.
PRU15: PN optimis dapat tawan DUN Tioman - Tuan Ibrahim
Jentera Pas sudah lama bersiap siaga setelah kerusi DUN Tioman diberikan kepada calon Pas sebelum ini.
Pasca PRU15: Ahli kabinet perlu melangkaui parti politik - Herizal Hazri
Malaysia mempunyai ramai bakat berkaliber di luar pentas politik yang boleh dipanggil untuk bersama membantu pentadbiran negara.
Pasca PRU15: Niat laksanakan kerja, bukan untuk kekal berkuasa - Herizal Hazri
Sekejap atau lama hayatnya pada sesuatu jawatan itu, kerja yang terbaik harus disampaikan setiap masa.
Cukup-cukuplah main sentimen, bersatulah demi negara - Anis Yusal
Hasutan berbaur isu kaum dan agama hanya akan terus merencatkan langkah negara menuju kemajuan.
Kita sudah mula beranjak ke politik pendamaian - Penganalisis
Yang menang tak menang semua dan yang kalah tak kalah semua, seperti mana yang dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong.
Individu terbaik dari setiap blok harus anggotai kabinet perpaduan - Anis Yusal
Semua pihak perlu belajar berkongsi kuasa dan mewujudkan keseimbangan dalam kerajaan perpaduan yang dibentuk.
Anwar Ibrahim selesai angkat sumpah jawatan PM ke-10 di Istana Negara
Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Anwar Ibrahim selesai mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Kesepuluh di Balai Singgahsana Kecil, Istana Negara di ibu negara sekitar jam 5.00 petang, di sini hari
PRU15: Saingan enam penjuru di Parlimen Padang Serai
Proses penamaan calon bagi Parlimen Padang Serai lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini termasuk kawalan rapi pihak berkuasa.