Pas sudah menutup pintu rundingan dengan DAP kerana agenda perjuangan yang berbeza, kata presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
New Straits Times melaporkan, Abdul Hadi berkata Pas bukan hanya mahu menang pilihan raya tetapi juga membawa perubahan dalam masyarakat.
DAP pula kata ahli parlimen Marang itu, telah menunjukkan 'wajah sebenar' mereka kepada masyarakat Islam di Pulau Pinang.
"Kami (Pas) bukan hanya bercakap tentang memenangi pilihanraya tetapi kami mahu membawa perubahan. Agenda kami berbeza," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Masjid Rusila, Marang, Terengganu, hari ini.
Ditanya tentang kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Abdul Hadi berkata Pas sedia mengadakan perbincangan untuk membentuk kerjasama.
"Kita boleh bincang. Ini negara demokrasi," katanya.
Sementara itu, Harakahdaily melaporkan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan pertemuan dengan Timbalan Mursyidul Am Pas Datuk Ahmad Yakob pada petang Khamis.
Lidah rasmi Pas itu melaporkan pertemuan hampir dua jam itu diadakan di kediaman rasmi Menteri Besar Kelantan di JKR 10.
Laporan itu menyebut pertemuan antara perkara yang dibincangkan oleh Muhyiddin dan Ahmad itu termasuklah hal yang berkaitan kerjasama bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.
“Kerjasama ini amat penting bagi menghadapi Pilihan Raya Umum 14 (PRU) yang lebih mencabar,” ujarnya lagi.
Muhyiddin juga dilaporkan turut memberitahu akan mengadakan satu lagi pertemuan dengan pemimpin tertinggi Pas, Februari nanti.
Pertemuan itu sebagai lanjutan hasil pertemuan yang pernah diadakan sebelum ini bagi membentuk kerjasama yang lebih erat.
Astro Awani
Fri Jan 27 2017
DAP pula kata ahli parlimen Marang itu, telah menunjukkan 'wajah sebenar' mereka kepada masyarakat Islam di Pulau Pinang. - Gambar fail
Banjir termenung: Mangsa di Johor kekal 36 orang
Situasi banjir di Johor tidak berubah dengan 36 mangsa daripada 11 keluarga masih berlindung di sebuah PPS pagi ini.
Faktor utama bentuk ekonomi Malaysia tahun depan
Memasuki tahun 2025, banyak perkara perlu ditelitikan termasuk perkembangan semasa di peringkat domestik dan antarabangsa. Selain pebelanjaan domestik dan eksport yang terus mengukuh, faktor luaran seperti kemungkinan Perang Dagang 2.0 selepas kembalinya Donald Trump ke White House dan perubahan dasar monetari negara Uncle Sam itu turut jadi perhatian.
Israel tonggak kestabilan serantau - Menteri Luar Israel
Israel akan terus mempertahankan warganya daripada sebarang ancaman, sama ada dari jarak dekat atau jauh.
Levi eksport minyak sawit mentah Indonesia naik kepada 10 peratus
Indonesia akan meningkatkan levi eksport minyak sawit mentah (MSM) kepada 10 peratus daripada 7.5 peratus semasa untuk membiayai subsidi biodiesel yang lebih tinggi, kata Menteri Ekonomi republik itu, Airlangga Hartarto.
Peralihan pengguna kepada barangan buatan tempatan kekal berterusan kesan boikot jenama global - HLIB Research
Peralihan ke arah barangan pengguna buatan tempatan kekal berterusan di tengah-tengah boikot jenama antarabangsa berikutan konflik Israel-Gaza, kata Hong Leong Investment Bank (HLIB) Research.
Lagi kes penuntut IPTA dipukul beramai-ramai, tiga suspek direman tiga hari
Ketiga-tiga suspek yang berumur antara 18 hingga 20 tahun adalah warganegara Malaysia.
Israel lakukan pembersihan etnik di Gaza - MSF
Menerusi hantaran di X, Lazzarini menyifatkan Gaza sebagai perangkap maut dan medan pembunuhan.
AWANI Pagi: Pemandu mabuk: Akibat lalai, nyawa melayang
Saksikan analisis eksklusif #AWANIpagi bersama Profesor Madya Dr. Law Teik Hua, Ketua Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya, Universiti Putra Malaysia, yang akan mengupas punca utama pemandu mabuk, keberkesanan undang-undang sedia ada, dan langkah-langkah penyelesaian untuk mengakhiri ancaman ini di jalan raya.
Wyndham Garden, WynSports perkukuh kerjasama I-Berhad dengan Wyndham Hotels & Resorts
Pelancaran Wyndham Garden & WynSports memenuhi permintaan pelancong yang ingin menggabungkan keselesaan dan keseronokan dalam satu lokasi.
Amnesty desak EU hentikan genosid di Gaza
Seruan berkenaan disampaikan dalam 24 bahasa negara-negara anggota EU di ibu pejabat Suruhanjaya Eropah, Brussels.
Pembunuhan Ismail Haniyeh: Dunia kehilangan pemimpin disegani - Ismail Sabri
Dunia berduka apabila kehilangan pemimpin pejuang Hamas, Ismail Haniyeh pada awal pagi Rabu.
Menteri Besar Kelantan angkat sumpah petang Selasa
Calon Menteri Besar Kelantan akan mengangkat sumpah di Istana Balai Besar, Kota Bharu pada jam 3 petang Selasa.
PRN: Pas gagal rampas DUN Galas, Kota Lama satu kejutan - Ahmad
Pas akan melakukan pascanilai atau post mortem bagi kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas yang kekal menjadi milik Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri (PRN).
Menteri Besar Kelantan baharu dijangka angkat sumpah 15 Ogos - Ahmad Yakob
Menteri Besar Kelantan yang baharu dijangka mengangkat sumpah pada Selasa (15 Ogos), kata Datuk Ahmad Yakob.
PRN: Masalah kesihatan punca Ahmad Yakob tolak jadi MB Kelantan
Ahmad berkata, perkara tersebut telah dimaklumkan kepada Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang pada tahun ini.
Kelantan umum Ahad cuti peristiwa
Pengisytiharan itu untuk memberi kemudahan kepada rakyat negeri Kelantan, serta petugas Suruhanjaya Pilihan Raya.
Pas tawar kombinasi agamawan, teknokrat sebagai MB, Timbalan MB Kelantan
Gabungan kepimpinan itu merangkumi seorang tokoh agamawan dan seorang tokoh teknokrat tertakluk kepada mandat rakyat dan perkenan Sultan Kelantan.
PRN: Tiada bayangan siapa akan jadi Menteri Besar Kelantan - Ahmad Yakob
PAS Kelantan setakat ini menegaskan tiada bayangan calon yang akan menjadi Menteri Besar negeri itu, sehingga Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos depan selesai.
Isu Nik Abduh selesai - Ahmad Yakob
Ahmad memberitahu, isu berkenaan sudah selesai dan beliau enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.
PN Kelantan perkenal 18 manifesto
Ahmad berkata, manifesto berkenaan akan dikenali sebagai program kerana dianggap sesuai dengan perubahan masa.