UMNO Wilayah Persekutuan yakin dapat mempertahankan kerusi Putrajaya, Labuan, Setiawangsa dan Titiwangsa di samping berusaha merampas semula kerusi Lembah Pantai pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang.
Setiausaha Perhubungannya, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee menegaskan, keempat-empat kawasan Parlimen berkenaan adalah kubu kuat UMNO dan impian PAS untuk merampasnya sekadar mimpi di siang hari.
"UMNO khususnya Barisan Nasional (BN) juga dilihat mempunyai harapan menawan kerusi Parlimen Bandar Tun Razak yang kini disandang oleh Tan Sri Khalid Ibrahim daripada PKR.
"UMNO juga dilihat berpeluang untuk menyingkirkan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar di Lembah Pantai, yang memenangi kerusi itu pada PRU lalu," katanya dalam catatan terbaharu di laman blog umnobahagiancheras.blogspot.my miliknya.
TONTON: PAS pertimbang tanding tujuh kerusi di WP pada PRU-14.
BACA: PRU14: PAS sasar tanding di 80 kerusi Parlimen
Keyakinan itu katanya, berdasarkan kepada kesedaran pengundi di Lembah Pantai yang mula sedar betapa Nurul Izzah gagal melunaskan janji dan tidak berkemampuan memberi perkhidmatan terbaik.
"Nurul Izzah gagal menjalankan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat, sebaliknya hanya berpolitik untuk meneruskan agenda Datuk Seri Anwar Ibrahim," tegasnya.
Kerusi Parlimen yang diidamkan PAS itu secara tradisinya diwakili oleh UMNO dengan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di Putrajaya, Datuk Ahmad Fauzi Zahari di Setiawangsa dan Datuk Seri Johari Abdul Ghani di Titiwangsa.
Parlimen Lembah Pantai pula sebelum ini diwakili oleh Datuk Seri Raja Nong Chik Zainal Abidin yang tewas kepada Nurul Izzah.
Menurut Syed Ali, jentera pilihan raya UMNO dan BN Wilayah Persekutuan sudah bersiap sedia untuk menentang mana-mana calon parti pembangkang sama ada daripada PKR, PAS mahupun PPBM.
Sehubungan itu beliau menegaskan, hasrat PAS untuk merampas kerusi Parlimen Titiwangsa, Setiawangsa dan Lembah Pantai sekadar igauan dan tidak akan menjadi kenyataan.
"Saya yakin pengundi di ketiga-tiga kawasan tersebut pasti akan menolak kehadiran calon Pas pada PRU akan datang," katanya.
Mengenai hasrat PAS meletakkan calonnya di Parlimen Batu dan Bandar Tun Razak, beliau menjelaskan tindakan itu sekadar untuk memecah undi.
Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Cheras turut mengulas kenyataan Naib Presiden PAS, Idris Ahmad bahawa parti itu menyasarkan 80 kerusi Parlimen pada PRU akan datang.
"UMNO tidak gusar dengan kehadiran PAS mana-mana termasuk di beberapa kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan khususnya di Titiwangsa dan Putrajaya.
"Saya melihat pengundi Titiwangsa tidak akan mensia-siakan kedudukan Johari selaku Menteri Kewangan Kedua jika hanya untuk memberi sokongan kepada PAS.
"Johari yang juga Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa telah banyak melaksanakan pelan pembangunan untuk kepentingan warga kota di kawasan berkenaan terutama di Kampung Baru," jelasnya.
Tambahnya, situasi sama juga seperti di Putrajaya, walaupun ianya pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan, tetapi pengalaman dan keperihatinan Tengku Adnan berjaya menambat hati pengundi di kawasan berkenaan.
Syed Ali menyifatkan PAS kini seperti cuba menempah maut dengan meletakkan calonnya di beberapa kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan pada PRU akan datang.
Bagaimanapun tambahnya, UMNO dan BN juga perlu bekerja keras bagi memastikan kerusi Parlimen yang dikuasai UMNO tidak terlepas kepada pihak pembangkang.
"Walaupun kita (UMNO) yakin dapat mengekalkan kemenangan, tetapi jentera parti perlu berwaspada kerana pelbagai kemungkinan boleh berlaku," tegasnya.
Mengenai kedudukan calon UMNO di Parlimen Batu, beliau memberitahu UMNO Negeri akan membuat keputusannya.
Kawasan Parlimen Batu sebelum ini pernah dituntut oleh UMNO memandangkan majoriti pengundinya adalah orang Melayu.
Syed Ali juga tidak menolak kemungkinan akan berlaku pertandingan secara tiga penjuru di beberapa kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan.
"Jangkaan saya, selain PAS, PKR dan DAP pasti akan meletakkan calon mereka di beberapa kawasan seperti di Setiawangsa, Wangsa Maju dan Bandar Tun Razak," tegasnya.
UMNO dan BN bagaimanapun kata beliau, tidak akan tunduk kepada kehadiran pembangkang dan pasti bekerja keras untuk mencipta kemenangan.
Mengulas ketegasan PAS untuk tidak bekerjasama dengan DAP dan parti Amanah, Syed Ali berkata perkiraan politik pihak pembangkang sukar untuk diyakini.
"Hari ini kata tak nak kerjasama, esok pula akan buat kenyataan berlainan, inilah gaya politik pembangkang yang tidak pernah konsisten.
"Rakyat sepatutnya tidak mudah terpedaya dan memihak kepada pembangkang yang hanya bermain politik untuk agenda peribadi dan golongan tertentu," jelasnya.
Astro Awani
Mon Apr 10 2017
Mengulas ketegasan PAS untuk tidak bekerjasama dengan DAP dan parti Amanah, Syed Ali berkata perkiraan politik pihak pembangkang sukar untuk diyakini.
Vietjet lancar penerbangan terus Hanoi-Kuala Lumpur, tingkatkan kesalinghubungan ASEAN
Syarikat penerbangan Vietjet, mengumumkan perkhidmatan baharu penerbangan terus di antara Hanoi dengan Kuala Lumpur.
#AWANIRingkas 23 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 23 November 2024
1️⃣ Selepas 14 tahun, kapal perang Amerika kembali ke Malaysia
2️⃣ SFC sahkan penemuan bangkai ikan paus di Triso
3️⃣ JAIS akan ambil tindakan tegas terhadap pemungut tanpa tauliah
#awaniringkas
1️⃣ Selepas 14 tahun, kapal perang Amerika kembali ke Malaysia
2️⃣ SFC sahkan penemuan bangkai ikan paus di Triso
3️⃣ JAIS akan ambil tindakan tegas terhadap pemungut tanpa tauliah
#awaniringkas
Video lelaki menyerupai wanita didakwa memalukan bola sepak Kedah
KDA FC perlu memberikan penjelasan berhubung video promosi yang memaparkan pempengaruh seorang lelaki menyerupai wanita dalam kempen menarik penyokong hadir.
JAIS akan ambil tindakan tegas terhadap pemungut zakat tanpa tauliah
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan bertindak tegas terhadap individu atau mana-mana pihak yang memungut zakat di negeri itu tanpa tauliah daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
Sidang kemuncak iklim PBB tidak capai apa-apa - Ahli sains Jerman
"Kita sudah mengadakan 28 sidang kemuncak, tetapi pelepasan gas telah meledak."
Selepas 14 tahun, kapal USS Abraham Lincoln kembali ke Malaysia
Kapal pengangkut pesawat kelas Nimitz, USS Abraham Lincoln (CVN 72), berlabuh di Malaysia pada Sabtu untuk lawatan pelabuhan berjadual kedua semasa penugasannya bagi tahun 2024.
Serangan udara Israel bunuh 4, cederakan 23 di Beirut - Kementerian Kesihatan Lubnan
Serangan udara Israel di Beirut pada Sabtu, membunuh empat orang dan mencederakan 23 yang lain.
Tiada bukti pencemaran Pantai Esen disebabkan penambakan
Siasatan masih dijalankan termasuk ujian makmal sampel yang diambil di kawasan berkenaan oleh agensi berkaitan.
MCMC diminta teliti saluran notis bencana tanpa perlu lalui SMS - Fahmi
MCMC telah diminta untuk meneliti satu saluran notis bencana secara terus kepada penduduk tanpa perlu melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).
PM berseloroh ambil gaji tahun depan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini secara berseloroh menyatakan beliau akan mengambil gaji bermula tahun hadapan.
Kerajaan komited pembaharuan dasar ekonomi - Anwar
Kerajaan komited untuk melaksanakan pembaharuan terhadap dasar ekonomi MADANI yang memberi impak minimum atau tidak memberi dampak kepada rakyat secara umum.
Kerajaan MADANI tumpu pembangunan negara, tidak layan kenyataan picisan - Anwar
Kerajaan MADANI terus menumpukan inisiatif membangunkan negara dan tidak melayani kenyataan picisan yang tidak membantu ke arah usaha tersebut, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Malaysia teguh kerana sifat tolak ansur, muliakan satu sama lain - PM Anwar
Malaysia kekal teguh sehingga kini kerana wujudnya sikap ansur dan memuliakan antara satu sama lain, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kerajaan tanggung RM1.662 juta kos penerbangan lawatan rasmi PM - Fahmi
Kerajaan berjaya menjimatkan hampir RM1 juta untuk sewaan penerbangan khas bagi lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke lima buah negara, baru-baru ini.
Prospek lebih cerah Kerajaan Perpaduan selepas dua tahun memerintah - Mujahid
Prospek Kerajaan Perpaduan untuk tahun mendatang dilihat semakin cerah sejajar kejayaan dicapai kerajaan dalam proses pemulihan ekonomi dan membina imej Malaysia di mata dunia.
Keputusan ICC keluarkan waran tangkap terhadap Netanyahu tindakan wajar - PM Anwar
Keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu atas dakwaan jenayah perang di Gaza adalah wajar.
Sembilan kementerian selesai gulung Belanjawan 2025 peringkat jawatankuasa, PM Anwar hadir MQT
Sidang minggu ini juga menyaksikan kehadiran Anwar pada sesi MQT bagi menjawab beberapa isu selepas beliau pulang daripada lawatan luar negara.
PM Anwar mahu Malaysia jadi negara MADANI yang hidupkan penghayatan roh Islam
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Malaysia dikenali sebagai negara MADANI yang gigih berusaha memacu pertumbuhan, tetapi dalam masa yang sama menghidupkan penghayatan roh Islam.
Malaysia, Vietnam sepakat perkasa pelbagai bidang termasuk Grid Kuasa ASEAN - Anwar
Malaysia dan Vietnam komited memperkasa usahasama dalam pertahanan, maritim, digital dan sektor tenaga termasuk membabitkan Grid Kuasa ASEAN.
Hubungan dua hala baik dengan empat negara dikunjungi buahkan hasil - PM Anwar
Anwar berkata ini boleh dilihat menerusi persetujuan Mesir untuk meningkatkan jumlah import sawit dari Malaysia serta menjadi pelabuhan bagi eksport produk sawit ke negara-negara Afrika yang berjiran.