Badan Perhubungan PAS Pulau Pinang sudah mengarahkan semua ahli PAS yang masih lagi berkhidmat dalam Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di negeri itu melepaskan jawatan mereka berkuat kuasa hari ini.
Pesuruhjaya PAS Negeri, Fauzi Mohd Yusuff memaklumkan arahan itu membabitkan 783 dari 1,083 ahli JKKK PAS di seluruh negeri termasuk di kawasan membabitkan kuota PKR dan DAP.
Menurut Fauzi, surat makluman kepada ahli-ahli PAS terbabit akan diserahkan dalam tempoh terdekat.
Majoriti ahli JKKK PAS Pulau Pinang bersetuju dengan arahan penamatan perkhidmatan itu dalam dua pertemuan yang diadakan parti itu sebelum ini.
PAS juga tidak akan berkompromi dan memberi muka lagi kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
"Sekali lagi kita tegas kan, bahawa kita memberhentikan semua ahli dalam JKKK dalam apa juga kuota DAP, PKR, campuran PAS dan lain-lain parti, semua kita hentikan dan arahan kita akan bagi dan menyusul kepada semua JKKK.
"Jadi kita selama ini, kita banyak bertolak ansur banyak cuba selesaikan di meja rundingan, sebab itu saya pernah timbulkan kenapa tak ada dulu, itulah isunya, isu dalaman yang hangat yang tak diselesaikan tapi kita PAS banyak beri kerjasama pada rakan-rakan, tapi mereka buat balasan sebegini jadi sekarang tak ada tolak ansur lag,i" katanya pada sidang media di Markas Pas Negeri di Pongsu Seribu, Kepala Batas hari ini.
Kerajaan DAP Pulau Pinang pada Rabu mengesahkan pemecatan 300 anggota JKKK PAS di negeri itu yang didakwa tidak menyokong Kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang.
Astro Awani
Sun Nov 22 2015
![PAS Pulau Pinang arah semua ahli JKKK lepas jawatan PAS Pulau Pinang arah semua ahli JKKK lepas jawatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/41438489039_PAS.jpg)
Surat makluman kepada ahli-ahli PAS terbabit akan diserahkan dalam tempoh terdekat. - Gambar Hiasan
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Dua mayat ditemui kembung, berbau dalam kereta di tepi jalan Dua mayat ditemui kembung, berbau dalam kereta di tepi jalan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720656555_Duamayatditemuike.jpg)
Dua mayat ditemui kembung, berbau dalam kereta di tepi jalan
Siasatan awal mendapati kedua-dua si mati berkemungkinan sudah meninggal dunia lebih daripada lima hari.
![Restoran nasi kandar dibaling cat, polis kesan tiga lelaki Restoran nasi kandar dibaling cat, polis kesan tiga lelaki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71714260762_TBsimbahcat.jpg)
Restoran nasi kandar dibaling cat, polis kesan tiga lelaki
Cat merah tersebut terkena papan tanda dan pintu hadapan restoran yang mula beroperasi pada Sabtu.
![Seret anjing betina guna rantai, lelaki dipenjara sehari dan denda RM12,000 Seret anjing betina guna rantai, lelaki dipenjara sehari dan denda RM12,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71709187006_TBseretanjingjp.jpg)
Seret anjing betina guna rantai, lelaki dipenjara sehari dan denda RM12,000
Seorang penjaja dipenjara sehari dan didenda RM12,000 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menyeret seekor anjing betina menggunakan rantai.
![Orang ramai 'serbu' Jualan Termurah Madani Orang ramai 'serbu' Jualan Termurah Madani](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71708057463_TBANWARIBRAHIM.jpg)
Orang ramai 'serbu' Jualan Termurah Madani
Orang ramai mula membanjiri Lembah Makanan, Perda di Bukit Mertajam sempena Jualan Termurah Madani.
![10,000 maklum balas diterima melalui portal Belanjawan 2024 10,000 maklum balas diterima melalui portal Belanjawan 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61695021992_StevenSim.jpg)
10,000 maklum balas diterima melalui portal Belanjawan 2024
Kementerian Kewangan menerima 10,000 maklum balas daripada orang ramai melalui portal Cadangan Belanjawan 2024.
![Polis tahan remaja lelaki 13 tahun pandu kereta tanpa lesen Polis tahan remaja lelaki 13 tahun pandu kereta tanpa lesen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/51685603206_TBxdelesen.jpg)
Polis tahan remaja lelaki 13 tahun pandu kereta tanpa lesen
Seorang ramaja lelaki berusia 13 tahun sempat memandu sebuah kereta sejauh empat kilometer sebelum dia dan rakannya ditahan polis, kelmarin.
![Polis sita 25 motosikal dalam Op Samseng Jalanan Polis sita 25 motosikal dalam Op Samseng Jalanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41685543038_TBSAMSENGJALAN.jpg)
Polis sita 25 motosikal dalam Op Samseng Jalanan
Polis menyita 25 motosikal dan mengeluarkan 115 saman dalam Op Samseng Jalanan di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) dan Bukit Mertajam, malam tadi.
![Parti liar: 11 warga asing termasuk 7 wanita berpesta dadah diberkas Parti liar: 11 warga asing termasuk 7 wanita berpesta dadah diberkas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/61679898209_dadahpartiliarw.jpg)
Parti liar: 11 warga asing termasuk 7 wanita berpesta dadah diberkas
Keasyikan sekumpulan warga asing berpesta dadah di sebuah kondominium di Bukit Tengah, Bukit Mertajam terbantut selepas premis berkenaan diserbu polis.
![Gudang diserbu, KDN rampas alat permainan seks RM1.1 juta Gudang diserbu, KDN rampas alat permainan seks RM1.1 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/61678773848_permainanseksramp.jpg)
Gudang diserbu, KDN rampas alat permainan seks RM1.1 juta
KDN menyerbu gudang penyimpanan alat permainan seks di Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan merampas pelbagai alat permainan berkenaan berjumlah RM1.1 juta.
![Lebih 1,900 al-Quran tiada kelulusan KDN dirampas di Bukit Mertajam Lebih 1,900 al-Quran tiada kelulusan KDN dirampas di Bukit Mertajam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/61675236504_AlQuran.jpg)
Lebih 1,900 al-Quran tiada kelulusan KDN dirampas di Bukit Mertajam
Kitab-kitab suci yang dirampas itu dibimbangi kandungannya menyalahi sama ada dari segi ayat dan baris.