BUKIT MERTAJAM: Padah menyakiti seekor anjing betina, seorang penjaja dipenjara sehari dan didenda RM12,000 oleh Mahkamah Majistret Bukit Mertajam hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menyeret seekor anjing betina menggunakan rantai, November tahun lepas.
Tertuduh Tan Chee Keong, 45, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa dalam dialek Hokkien di hadapan Majistret Mohd Harith Mohd Mazlan.
Selain itu, mahkamah turut memerintahkan penjara enam bulan terhadap tertuduh sekiranya denda itu gagal dibayar.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan sesuatu tindakan yang menyebabkan kesakitan tidak wajar iaitu menyeret seekor anjing betina jenis Mongrel berwarna perang di permukaan lantai jalan menggunakan seutas rantai sepanjang 182cm dengan menggunakan motosikal.
Perbuatan itu didakwa di lakukan di Taman Sukun Indah, Bukit Mertajam pada jam 12.06 tengah malam ,21 November tahun lepas.
Bagi kesalahan itu tertuduh didakwa mengikut Subseksyen 44(1) (d) Akta Binatang ( Pindaan ) 2013 ( Akta A1452) dan boleh dihukum di bawah Subseksyen 44(1) Akta yang sama.
Jika sabit kesalahan, boleh di denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Veterinar Negeri Roziman Awang Tahrin manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Anas Hakimi.
Dalam prosiding itu, Roziman memohon mahkamah mengambil kira sensitiviti kes tersebut kerana ia kes tular selain menetapkan hukuman berat berbentuk pengajaran serta mengambil kira tentang kebajikan haiwan.
Bagaimanapun, peguam tertuduh kemudian merayu kepada mahkamah untuk meringankan hukuman terhadap anak guamnya memandangkan ia adalah kesalahan pertama yang dilakukannya.
Katanya, tertuduh juga insaf dan menyesal atas perbuatannya itu, selain trauma susulan berdepan dengan pertuduhan itu hingga tidak berniaga selama dua bulan yang menyebabkan dia kehilangan pendapatan.
Selain itu, tertuduh yang tidak bekerja perlu menanggung isteri yang juga seorang orang kurang upaya (OKU) serta anak berusia 8 tahun.
Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM12,000 atau penjara 6 bulan sekiranya gagal membayar denda.
Dewi Nur Harasha Alias
Thu Feb 29 2024
Tertuduh Tan Chee Keong (baju merah) membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd Harith Mohd Mazlan. - Foto Astro AWANI
Pengawal peribadi mengaku tidak bersalah tunjuk pistol terhadap pekerja kedai emas
Seorang pengawal peribadi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menunjukkan pistol terhadap dua pekerja kedai emas semasa rompakan di sebuah pusat beli-belah.
AWANI Ringkas: ibu bapa Zayn Rayyan fail notis batal pertuduhan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Industri getah perlu lakukan revolusi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 23 Januari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 23 Januari 2025
1️⃣ Industri getah perlu lakukan revolusi
2️⃣ Ibu bapa jadi sasaran along
3️⃣ Prabowo puji kabinetnya
#awaniringkas
1️⃣ Industri getah perlu lakukan revolusi
2️⃣ Ibu bapa jadi sasaran along
3️⃣ Prabowo puji kabinetnya
#awaniringkas
EU tolak dakwaan Presiden Trump mengenai defisit perdagangan AS
Suruhanjaya Eropah menolak dakwaan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump yang menyatakan bahawa Amerika Syarikat mengalami defisit perdagangan sebanyak US$350 bilion dengan Kesatuan Eropah.
Malaysia teliti perkembangan dasar baharu Trump - Mohamad
Kabinet akan membincangkan perkembangan terkini berkaitan dasar baharu pentadbiran Trump termasuk cadangan tarif import yang akan dikenakan terhadap beberapa negara.
Gaji permulaan RM1,700 boleh bersara dengan simpanan RM1 juta jika konsisten - KWSP
Ketua Jabatan Polisi dan Strategi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Balqais Yusoff berkata berdasarkan simulasi, seseorang pekerja dengan gaji minimum RM1,700 juga boleh mencapai simpanan RM1 juta menjelang usia persaraan.
Siar perlawanan EPL secara haram, kafe pool didenda RM175,000
Dalam keputusan bertarikh 7 Januari, mahkamah memihak kepada Measat Broadcast Network Systems Sdn. Bhd., anak syarikat Astro Malaysia Holdings Berhad, dengan menganugerahkan ganti rugi statutori berjumlah RM175,000.
Pengurus projek mengaku tidak bersalah terima rasuah
Seorang pengurus projek sebuah anak syarikat konsesi lebuh raya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas tiga pertuduhan menerima rasuah RM50,000.
Dialog Tiga Penjuru: Kita akan hilang kerja
92 juta pekerjaan di serata dunia bakal lenyap menjelang 2030, bagaimana pula Malaysia?
170 juta pekerjaan baharu juga dijangka wujud, adakah kemahiran sedia ada relevan?
Menarik bakat terbaik, adaptasi sektor pekerjaan perlu penuhi perubahan personalisasi, komuniti, dan pembelajaran?
Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
170 juta pekerjaan baharu juga dijangka wujud, adakah kemahiran sedia ada relevan?
Menarik bakat terbaik, adaptasi sektor pekerjaan perlu penuhi perubahan personalisasi, komuniti, dan pembelajaran?
Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
Seret anjing betina guna rantai, lelaki dipenjara sehari dan denda RM12,000
Seorang penjaja dipenjara sehari dan didenda RM12,000 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menyeret seekor anjing betina menggunakan rantai.