BUKIT MERTAJAM: Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun sempat memandu sebuah kereta sejauh empat kilometer sebelum dia dan rakannya ditahan polis dalam kejadian di sini, kelmarin.
Sebelum ditahan polis, suspek yang turut ditemani ibunya berusia 40-an memandu kereta di Jalan Rozhan, dekat sini, jam 3 petang sebelum gelagatnya dilihat orang ramai yang melalui kawasan berkenaan.
Gelagat remaja berkenaan memandu kereta turut dirakam orang awam dan videonya dikongsikan dalam aplikasi WhatsApp dan kemudiannya tular.
Susulan video berdurasi 32 saat itu, polis menahan ramaja tersebut bersama ibu dan rakannya berusia 13 tahun yang juga penumpang kereta tersebut.
Ketua Polis Daerah Seberang Prai Tengah, Asisten Komisioner Tan Cheng San dalam satu kenyataan di sini, hari ini, berkata pihaknya mengeluarkan saman ke atas remaja tersebut mengikut Seksyen 26(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Jika sabit kesalahan, suspek boleh didenda tidak kurang RM300 dan tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak melebihi tiga bulan atau kedua-dua sekali.
Saman turut dikeluarkan mengikut Seksyen 39(1) APJ kerana memandu di bawah umur dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM2,000 dan penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-dua sekali.
Menurut Cheng San, saman turut dikeluarkan kepada pemilik kereta iaitu ibu suspek mengikut Seksyen 39(5) akta sama kerana membenarkan pemandu bawah umur memandu kenderaan.
Selain itu, kereta dipandu remaja tersebut turut disita dan polis turut mengesan rakan suspek yang lain untuk siasatan lanjut.
Zulfa Mohamad
Thu Jun 01 2023
![Polis tahan remaja lelaki 13 tahun pandu kereta tanpa lesen Polis tahan remaja lelaki 13 tahun pandu kereta tanpa lesen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/51685603206_TBxdelesen.jpg)
Gelagat remaja berkenaan memandu kereta turut dirakam orang awam dan videonya dikongsikan dalam aplikasi WhatsApp dan kemudiannya tular. - Foto ihsan pembaca
![Young Robot Challenge dedah belia tentang bidang teknologi robotik Young Robot Challenge dedah belia tentang bidang teknologi robotik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720360689_TBAdamAdli.jpg)
Young Robot Challenge dedah belia tentang bidang teknologi robotik
Youth Robot Challenge 2024 anjuran Kementerian Belia dan Sukan menjadi platform perkongsian idea, pengetahuan dan pendedahan golongan belia dalam bidang teknologi robotik di negara ini.
![RUU Mufti Wilayah Persekutuan relevan untuk menyatupadukan masyarakat - RAM RUU Mufti Wilayah Persekutuan relevan untuk menyatupadukan masyarakat - RAM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720355959_RUUMufti.jpg)
RUU Mufti Wilayah Persekutuan relevan untuk menyatupadukan masyarakat - RAM
Rang undang-undang itu dilihat sebagai amat relevan dalam usaha menyatupadukan pelbagai latar belakang masyarakat di negara ini.
![MINDEF kaji semula SOP penugasan anggota tentera - Adly MINDEF kaji semula SOP penugasan anggota tentera - Adly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720354148_AdlyZahari.jpg)
MINDEF kaji semula SOP penugasan anggota tentera - Adly
Kementerian Pertahanan akan mengkaji semula prosedur operasi standard (SOP) dan menambah baik aspek keselamatan serta komunikasi anggota tentera semasa melaksanakan penugasan di lapangan.
![MAD terima RM50,000 menerusi peruntukan menteri - Hannah MAD terima RM50,000 menerusi peruntukan menteri - Hannah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720357063_HannahYeohVRadh.jpg)
MAD terima RM50,000 menerusi peruntukan menteri - Hannah
MAD menerima RM50,000 menerusi peruntukan menteri bagi terus memupuk minat dan penglibatan sukan berkenaan di peringkat akar umbi.
![Kehadiran ATM di Timur Sabah tingkat keyakinan, rancak ekonomi Kehadiran ATM di Timur Sabah tingkat keyakinan, rancak ekonomi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720354218_ATMSandakan.jpg)
Kehadiran ATM di Timur Sabah tingkat keyakinan, rancak ekonomi
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
![Teater Hikayat Hang Tuah antara tarikan Melaka Heritage Festival Teater Hikayat Hang Tuah antara tarikan Melaka Heritage Festival](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720353476_ZaidiAttan.jpg)
Teater Hikayat Hang Tuah antara tarikan Melaka Heritage Festival
Persembahan Teater Hikayat Hang Tuah di Encore Melaka antara tarikan Melaka Heritage Festival 2024 yang dijadual diadakan di sekitar Banda Hilir pada 12 hingga 14 Julai ini.
Tumpuan Isnin – 08 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Jeff' dinobat siput terpantas dunia, menang Kejohanan Dunia Lumba Siput
Tahun ini, siput bernama Jeff dinobatkan sebagai pemenang, menang saingan akhir dengan masa 4 minit dan 3 saat. Begitupun, kepantasan Jeff tidak dapat memadam rekod yang dibuat pada tahun 1995 oleh seekor siput bernama Archie.
![Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720368598_TBPrabowo.jpg)
Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
![Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706067730_TBgarisanpolis.jpg)
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
![Polis tahan remaja lelaki 13 tahun pandu kereta tanpa lesen Polis tahan remaja lelaki 13 tahun pandu kereta tanpa lesen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/51685603206_TBxdelesen.jpg)
Polis tahan remaja lelaki 13 tahun pandu kereta tanpa lesen
Seorang ramaja lelaki berusia 13 tahun sempat memandu sebuah kereta sejauh empat kilometer sebelum dia dan rakannya ditahan polis, kelmarin.
![Kertas siasatan kanak-kanak enam tahun pandu kereta sudah lengkap Kertas siasatan kanak-kanak enam tahun pandu kereta sudah lengkap](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61683958780_PDRMbudakpanduke.jpg)
Kertas siasatan kanak-kanak enam tahun pandu kereta sudah lengkap
Kertas siasatan kejadian kanak-kanak enam tahun yang dipercayai memandu kereta milik di Langkawi sudah lengkap.
![Budak 6 tahun pandu kereta: Polis selesai ambil keterangan ibu bapa Budak 6 tahun pandu kereta: Polis selesai ambil keterangan ibu bapa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/81683681064_budaklelaki.jpg)
Budak 6 tahun pandu kereta: Polis selesai ambil keterangan ibu bapa
Polis selesai merekodkan keterangan ibu bapa kanak-kanak lelaki berusia enam tahun bersama adiknya yang curi keluar dari rumah dan memandu kereta.
![Merajuk tak dibelikan Lamborghini, kanak-kanak 5 tahun tekad pandu kereta masuk lebuh raya Merajuk tak dibelikan Lamborghini, kanak-kanak 5 tahun tekad pandu kereta masuk lebuh raya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/41588740925_UTHighwayPatrol.jpg)
Merajuk tak dibelikan Lamborghini, kanak-kanak 5 tahun tekad pandu kereta masuk lebuh raya
Polis menahan seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang membawa kenderaan milik ibunya secara berseorangan dipercayai dalam perjalanan untuk membeli Lamborghini.