Pas teguh dengan pendirian supaya Tun Dr Mahathir Mohamad, kekal sebagai Perdana Menteri, sehingga tamat penggal Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15, walaupun mengeluarkan fatwa mewajibkan ahli parti itu untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan.
Pengerusi Lajnah Dakwah Pas Pusat, Nasruddin Hassan Tantawi berkata, fatwa terbabit masih kekal relevan, biarpun dengan kesediaan Pas menyatakan sokongan kepada Dr Mahathir.
Katanya, fatwa itu dikhususkan pada PRU dan jika Pas sibuk mahu menjatuhkan Dr Mahathir, kesannya amat buruk untuk rakyat dan negara.
“Kalau berlaku pertembungan macam ni, terus nak mengguling Tun (Dr Mahathir), ataupun nak menjatuhkan Tun, kesan dia bukan pada Tun seorang (tetapi) kesan dia akan lihat kepada iklim politik itu secara keseluruhan.
“Sebab itu kita ambil sikap beri sokongan kepada Tun. Tu satu, sebab kedua (ialah) kita tahu ada agenda lain…” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
BACA: Enam MP Umno, 16 MP PAS sokong Tun Mahathir kekal sebagai Perdana Menteri hingga akhir penggal
Kata Nasruddin lagi, tindakan sebahagian pemimpin PH yang sentiasa membicarakan proses peralihan kuasa Perdana Menteri ketika ini, adalah tidak bertanggungjawab.
Beliau bercakap demikian bagi mengulas pendirian Pas terhadap kemelut jawatan Perdana Menteri, ketika ditemui di Kompleks Maahad Tahfiz Imam Nawawi (Matin) di Kangar, pada Petang Ahad.
Pada Khamis, Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan memberi jaminan, bahawa kesemua 18 ahli parlimennya akan memberi sokongan kepada Dr Mahathir.
Salim Aziz
Sun Oct 27 2019
Nasruddin Hassan Tantawi berkata, fatwa terbabit masih kekal relevan, biarpun dengan kesediaan Pas menyatakan sokongan kepada Dr Mahathir. - Foto Astro AWANI
Fadillah mahu diaspora Malaysia di Laos teroka sektor tenaga boleh baharu
Setiap negara anggota ASEAN kini sedang menumpukan usaha untuk meningkatkan penghasilan TBB dan tenaga bersih.
PRK Mahkota: BN berpotensi menang, tapi berapa besar majoriti?
Di atas kertas, peluang calon BN Syed Hussien Syed Abdullah untuk menang pada PRK Mahkota lebih cerah jika dibandingkan dengan lawannya.
KBS rancang hantar atlet pelapis ke lebih banyak kejohanan antarabangsa
KBS sedang berbincang dengan Kementerian Kewangan mengenai cara meningkatkan pembiayaan bagi sukan dan menggalakkan sektor korporat melabur.
Kekurangan penerbangan ke dan dari Labuan disebabkan 'faktor muatan' - Hasbi
Walaupun MoT berkuasa luluskan penerbangan baharu atau tambahan atas permintaan, keputusan akhir terletak pada syarikat penerbangan komersial.
Malaysia mampu jadi hab perkhidmatan serantau untuk firma global - Tengku Zafrul
MITI komited untuk terus memupuk bakat, mengukuhkan hubungan dagangan selain memastikan Malaysia kekal sebagai peneraju hab pembuatan dan perkhidmatan.
LTdL: Beberapa jalan di Negeri Sembilan, Pulau Pinang ditutup
Beberapa laluan di daerah Nilai, Seremban dan Rembau ditutup secara berperingkat susulan perlumbaan basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024.
Durian segar Malaysia boleh dinikmati pengguna China dalam tempoh 36 jam
Bagi golongan pengguna China, durian segar lebih sedap dan rasanya lebih halus berbanding dengan durian sejuk beku.
Pasangan panda gergasi tiba di Hong Kong
Sepasang panda gergasi yang dihadiahkan oleh kerajaan pusat kepada Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong (HKSAR) China tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada pagi Khamis.
Ribuan berkabung, beri penghormatan akhir untuk mangsa kebakaran
Orang ramai berkumpul di hadapan barisan keranda putih pada Khamis semasa upacara peringatan untuk 21 kanak-kanak yang meninggal dunia dalam kebakaran sekolah asrama di Kenya awal bulan ini.
Korea Selatan bakal laksanakan RUU larang deepfake,hukuman maksimum
Penggubal Undang-Undang Korea Selatan pada Khamis telah meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) yang menjenayahkan pemilikan atau menonton rakaman deepfake lucah, termasuk hukuman penjara dan denda.
Pas pertahan Tun Mahathir kekal PM sehingga sepenggal
Pas teguh dengan pendirian supaya Tun Dr Mahathir Mohamad, kekal sebagai Perdana Menteri, sehingga tamat penggal Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.