PAS perlu jelas bahawa ceramah pendakwah terkenal dari India, Dr Zakir Naik, mengenai perpaduan parti itu dengan UMNO adalah berkaitan perpaduan Islam.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, PAS sendiri jelas bahawa Dr Zakir tidak memahami landskap politik negara dan kenyataannya hanya berdasarkan pandangan umum semata-mata.
"Dr Zakir adalah seorang pendakwah. Dia melihat ceramahnya sebagai usaha menyatupadukan Islam secara keseluruhan. Kenapa PAS seolah-olah tidak dapat membezakan isu ini?
"Apa yang diperkatakan Dr Zakir tidak ada kena-mengena dengan politik negara. Dia sendiri tidak mempunyai sebarang kepentingan dalam isu politik negara," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.
Sebelum ini, Dr Zakir dalam sesi temu bual sebuah stesen televisyen memberitahu kerajaan campuran UMNO dan PAS akan memberi banyak kebaikan kepada Malaysia dalam memacu negara ke hadapan serta mengukuhkan Islam.
Ia sekali gus menimbulkan reaksi dalam kalangan kepimpinan Pas yang berbelah bagi dalam menyambut seruan Dr Zakir.
BACA: PAS tidak berhasrat bergabung atau wujudkan kerajaan campuran dengan UMNO
Sebahagian mereka berpegang kepada keputusan Majlis Syura Ulama PAS Januari lalu yang menyatakan parti itu tidak akan bersama UMNO.
Ia termasuk kenyataan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan yang mengesahkan tidak akan ada sebarang kerjasama dengan Barisan Nasional (BN).
Sebelum ini, Dr Zakir dilaporkan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden UMNO, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Naib Presiden UMNO dan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Dr Zakir berada dalam ranking ke-82 dalam senarai The 100 Most Powerful Indians (100 Warga India Paling Berkuasa) oleh Indian Express pada 2009 and ke-89 pada 2010.
Pendakwah itu turut berada di ranking ke-70 teratas dalam senarai ‘500 Most Influential Muslims in the World’ (500 Muslim Paling Berpengaruh Di Dunia) sejak tahun 2011 hingga kini.
Wan Syamsul Amly
Fri Apr 22 2016
TAJUDDIN: 'Pas perlu faham maksud perpaduan Islam Dr Zakir' - Gambar fail
Kazakhstan tegaskan Azerbaijan, Rusia tidak terlibat dalam siasatan forensik nahas pesawat
Larangan itu berdasarkan prosedur yang ditetapkan dalam Kod Jenayah Kazakhstan.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada pukul 8 pagi, ringgit naik kepada 4.4665/4715 berbanding dolar AS daripada 4.4670/4715 ketika ditutup semalam.
Risiko & Peluang 2025: Menyingkap dinamika pergolakan pasaran
Ikuti perkongsian eksklusif bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof tentang landskap ekonomi terkini dan potensi hala tuju Malaysia pada 2025.
AWANI Ringkas: Kesalahan khalwat berulang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 27 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 27 Disember 2024
1️⃣ Kesejahteraan rakyat jadi tunjang - PM
2️⃣ Kesalahan khalwat berulang
3️⃣ Pesawat didakwa terkena sistem pertahanan udara Rusia
#awaniringkas
1️⃣ Kesejahteraan rakyat jadi tunjang - PM
2️⃣ Kesalahan khalwat berulang
3️⃣ Pesawat didakwa terkena sistem pertahanan udara Rusia
#awaniringkas
Penyampai AWANI cipta rekod bersiaran langsung dari ketinggian 104 meter
Nursyazwani mencipta rekod membaca berita secara langsung selama 30 minit dari ketinggian 104 dari aras laut di menara Kuantan 188.
Terbit lebih banyak buku berkualiti, perkasa minat membaca
Proses meningkatkan minat golongan muda dengan bahan bacaan berkualiti mengambil masa dan perlu dilakukan secara konsisten.
AWANI Pagi: Undang-Undang Antarabangsa Selesaikan Isu Laut China Selatan
AWANI Pagi bersama Pensyarah Kanan di Fakulti Undang-Undang, Universiti Malaya, Mohamed Redza Zakaria melihat peranan undang-undang antarabangsa untuk menyelesaikan konflik di Laut China Selatan.
Hos AWANI cipta rekod bersiaran langsung dari ketinggian 104m
Hos AWANI Pagi, Nursyazwani Saiful Sham berjaya mencipta rekod membaca berita secara langsung selama 30 minit dari ketinggian 104 dari aras laut di menara Kuantan 188, Kuantan, Pahang.
Terbit lebih banyak buku berkualiti, perkasa minat membaca
Proses meningkatkan minat golongan muda dengan bahan bacaaan berkualiti mengambil masa dan perlu dilakukan secara konsisten tetapi ia penting bagi mengelak golongan itu meluangkan lebih banyak masa dengan aktiviti kurang sihat.
'PAS perlu faham maksud perpaduan Islam Dr Zakir' - Tajuddin
PAS perlu jelas bahawa ceramah pendakwah terkenal dari India, Dr Zakir Naik, mengenai perpaduan parti itu dengan UMNO adalah berkaitan perpaduan Islam.
'Polis patut benarkan ceramah Dr Zakir' - Pemuda UMNO
Pergerakkan Pemuda UMNO mendesak polis untuk kembali membenarkan ceramah oleh penceramah agama dari India, Dr Zakir Naik yang dirancang di negara ini oleh beberapa penganjur, termasuk di UTeM.