KEMAMAN: Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dinamakan sebagai calon PAS bagi mempertahankan kerusi Parlimen Kemaman pada Pilihan Raya Kecil (PRK).
Pengumuman mengenainya dibuat Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man pada ceramah perdana majlis pengisytiharan calon PAS PRK Kemaman di sini malam ini.
Samsuri, 53 yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ru Rendang dan Naib Presiden PAS itu dijangka berdepan bekas Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor yang diumumkan sebagai calon Barisan Nasional.
PRK Parlimen Kemaman diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 26 Sept lepas yang membatalkan kemenangan calon PAS Che Alias Hamid pada Pilihan Raya Umum Ke-15(PRU15).
SPR menetapkan Sabtu ini sebagai hari penamaan calon, manakala 28 Nov dan 2 Dis masing-masing bagi pengundian awal dan hari mengundi.
Pada PRU15 Che Alias menang kerusi Parlimen Kemaman dengan majoriti 27,179 undi selepas memperoleh 65,714 undi, menewaskan Pengerusi UMNO Terengganu Datuk Seri Ahmad Said yang mendapat 38,535 undi sekali gus menyaksikan PAS mendominasi kesemua 14 kerusi Parlimen di negeri berkenaan.
Dua lagi calon yang bertanding di kerusi itu pada PRU15 ialah Rosli Ab Ghani (Pejuang) dan Hasuni Sudin (Pakatan Harapan) dengan masing-masing mendapat undi sebanyak 506 dan 8,340 undi.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 16 2023

Pengumuman mengenainya dibuat Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man pada ceramah perdana majlis pengisytiharan calon PAS PRK Kemaman. - Gambar fail/Bernama

Filem pendek 'Nas Si Goreng' bawa tema kehilangan dan kasih sayang keluarga
Filem pendek bertajuk Nas Si Goreng yang dilancarkan FGV Holdings Bhd (FGV) melalui jenama Saji mengetengahkan tema kehilangan dan kepentingan kasih sayang dalam keluarga.
Bekalan telur ayam stabil, cukup untuk permintaan domestik
Bagi menjamin kestabilan bekalan, KPKM sentiasa melaksanakan pemantauan rapi terhadap rantaian pengeluaran dan pengedaran telur ayam dari peringkat ladang hingga ke pengguna akhir.
AWANI Borneo [22/3/2025] – MetMalaysia | PRN Sabah | e-Dompet RM20
#AWANIBorneo bersama Jasmine Abu Bakar
- Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah
- PRN Sabah : Warisan tidak tutup pintu kerjasama
- Penerima bantuan e-Dompet RM20 syukur dapat berbelanja di Bazar Ramadan
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
#AWANInews
- Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah
- PRN Sabah : Warisan tidak tutup pintu kerjasama
- Penerima bantuan e-Dompet RM20 syukur dapat berbelanja di Bazar Ramadan
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
#AWANInews
Pan Borneo Sarawak siap sepenuhnya pada 2026
Pembinaan Pan Borneo di Sarawak dijangka siap 100 peratus pada tahun 2026 susulan seksyen di Sibuti, Miri yang masih terganggu kerana kerja-kerja penggantian paip.
Sarawak berada 54 peratus bawah purata nasional
Sarawak kini berhadapan kekurangan lebih 2000 katil di semua hospital di negeri itu.
Timbalan Premier, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata negeri itu juga berhadapan kekurangan 2000 pegawai perubatan sekaligus meletakkan Sarawak berada 54 peratus di bawah paras purata nasional.
Timbalan Premier, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata negeri itu juga berhadapan kekurangan 2000 pegawai perubatan sekaligus meletakkan Sarawak berada 54 peratus di bawah paras purata nasional.
MA63: Perjuangan GPS jelas dan konsisten
Perjuangan kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) sangat jelas dan konsisten dalam tuntutannya ke atas hak minyak dan gas di wilayah itu.
Warisan tidak tutup pintu kerjasama - Shafie
Meskipun memutuskan untuk bertanding secara solo PRN Sabah nanti, parti Warisan tidak pernah menutup pintu kerjasama dengan mana-mana pihak.
PKR pusat sudah kemas kini kerusi ditandingi
Setiausaha Agung PKR, Fuziah Salleh berkata kuasa autonomi bagi menentukan calon dan kawasan diberikan kepada PKR Sabah selain rundingan gabungan bersama parti dalam komponen Kerajaan Perpaduan juga sedang berjalan.
UMNO sudah ada senarai calon boleh menang - Bung
UMNO Negeri Sabah sudah mempunyai senarai calon dan sedang melalui penilaian akhir bagi memastikan calon yang diketengahkan untuk Pilihan Raya Negeri nanti adalah sesuai dan berkredibiliti.
![[KOLUMNIS] UNESCO Memory of the World Workshop: Dari gelanggang ke layar yang menyatukan [KOLUMNIS] UNESCO Memory of the World Workshop: Dari gelanggang ke layar yang menyatukan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-03/51742634893_TBfilemasean.jpg)
[KOLUMNIS] UNESCO Memory of the World Workshop: Dari gelanggang ke layar yang menyatukan
Usul pencalonan koleksi audiovisual Sukan SEA oleh Pengarah Arkib Negarawan Malaysia mendapat sambutan baik.

Petisyen BN ditolak, Che Alias kekal Ahli Parlimen Kemaman
Mahkamah Pilihan Raya Terengganu menolak petisyen yang dikemukakan Barisan Nasional (BN) dan mengekalkan kemenangan calon Pas Che Alias Hamid di Parlimen Kemaman pada PRU15.