Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin berharap penubuhan parti baharu berasaskan golongan muda oleh Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dapat memberi isyarat kepada UMNO untuk berubah dan bersaing.
Bekas ketua Pemuda Umno tersebut menyambut baik penubuhan parti-parti baharu seperti digerakkan oleh Ahli Parlimen Muar itu kerana ia sebahagian sistem demokrasi negara.
“Ia memberikan pilihan kepada golongan muda... sama ada mereka ingin diwakili parti baharu ataupun parti sedia ada.
“Saya melihatnya sebagai perkembangan yang sihat dan positif kerana ia memberi persaingan kepada kami (UMNO), parti yang lama di Malaysia (grand old party)... sebagai contoh parti saya UMNO.
“Dengan adanya parti baharu, maka ia mungkin menghantar isyarat kepada rakan-rakan saya dalam parti lama Malaysia,” kata Khairy pada sidang media selepas melancarkan Geran Padanan Impak Sosial di Pusat Sains Negara, Bukit Damansara pada Jumaat.
Turut hadir ialah Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar; Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil; Ahli Parlimen Sik, Ahmad Tarmizi Sulaiman dan Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Jalaluddin Alias.
Mengulas lanjut, katanya parti lama tidak akan mendapat sokongan daripada golongan muda sekiranya tidak dapat bersaing dengan parti baharu.
“Saya melihat ini sebagai positif dan mungkin boleh mempercepatkan lagi proses peremajaan dalam parti lama saya ini,” katanya.
Bagaimanapun, beliau berkata tidak berhasrat untuk menyertai parti khusus untuk golongan muda yang ingin ditubuhkan Syed Saddiq itu, sekiranya dijemput.
“Saya sudah sebut parti saya (UMNO) yang tua ini, maka saya kekal dalam parti saya,” ujarnya.
Baru-baru ini, Syed Saddiq mengesahkan tidak akan menyertai Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang ditubuhkan Tun Dr Mahathir Mohamad.
BACA: Parti Syed Saddiq tidak akan berjaya - Dr Mahathir
BACA: "Terima kasih Tun" - Syed Saddiq terbuka terima kritikan Dr Mahathir
BACA: Asyraf Wajdi pelawa Syed Saddiq masuk UMNO
Bekas ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berkata beliau akan menubuhkan sebuah parti politik baharu.
Jelasnya, parti baharu itu akan disertai oleh pelbabagi kaum dengan memberi fokus kepada golongan anak muda.
Memetik laporan Malaysiakini, parti baharu tersebut akan dipanggil ‘Muda Malaysia’.
Isabelle Leong
Fri Sep 04 2020
![Parti muda Syed Saddiq beri isyarat kepada UMNO untuk berubah, bersaing - KJ Parti muda Syed Saddiq beri isyarat kepada UMNO untuk berubah, bersaing - KJ](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-09/81599221470_TBKJGERANIMPAKSOSI.jpg)
KHAIRY: Dengan adanya parti baharu, maka ia mungkin menghantar isyarat kepada rakan-rakan saya dalam parti lama Malaysia. - Astro AWANI/SHAHIR OMAR
![Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002631_TBOlimpian.jpg)
Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Belia penentu usaha banteras rasuah, tangani isu integriti Belia penentu usaha banteras rasuah, tangani isu integriti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41733199958_rasuah.jpg)
Belia penentu usaha banteras rasuah, tangani isu integriti
Sehubungan itu, golongan muda perlu menjadi ejen perubahan sekali gus membangunkan Malaysia ke arah yang lebih baik.
![Pendakwah perlu pertingkat penguasaan Bahasa Inggeris - PM Pendakwah perlu pertingkat penguasaan Bahasa Inggeris - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51733324011_TBAnwarIbrahim.jpg)
Pendakwah perlu pertingkat penguasaan Bahasa Inggeris - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyeru pendakwa meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris bagi membolehkan mereka berdebat dengan pemikir di Eropah dan negara luar dengan lebih baik.
![KPKM kaji pindaan beberapa akta berkaitan peladang, nelayan KPKM kaji pindaan beberapa akta berkaitan peladang, nelayan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81731990042_matsabuparlimen.jpg)
KPKM kaji pindaan beberapa akta berkaitan peladang, nelayan
KPKM sedang mengkaji semula pindaan terhadap Akta Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) 1973 (Akta 110), Akta Pertubuhan Peladang 1973 (Akta 109) serta Akta Persatuan Nelayan 1971 (Akta 44).
![Kesihatan mental: Ibu bapa, guru, pelajar perlu peka, kesan tanda awal kecenderungan bunuh diri Kesihatan mental: Ibu bapa, guru, pelajar perlu peka, kesan tanda awal kecenderungan bunuh diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61729840348_stress.jpg)
Kesihatan mental: Ibu bapa, guru, pelajar perlu peka, kesan tanda awal kecenderungan bunuh diri
Kes kematian remaja termasuk pelajar sekolah sejak kebelakangan ini amat membimbangkan.
![Stigma sosial halang individu dapatkan rawatan kesihatan mental Stigma sosial halang individu dapatkan rawatan kesihatan mental](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51732753015_tbRahimiCheAman.jpg)
Stigma sosial halang individu dapatkan rawatan kesihatan mental
Golongan muda atau pelajar universiti sedar akan kewujudan perkhidmatan kaunseling tetapi enggan dapatkan rawatan.
![Nie Ching gesa pencinta kandungan golongan muda terap nilai komuniti Nie Ching gesa pencinta kandungan golongan muda terap nilai komuniti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51732399174_TBTeoNieChing.jpg)
Nie Ching gesa pencinta kandungan golongan muda terap nilai komuniti
Pencipta kandungan perlu menyedari tidak semua kandungan mempunyai nilai intrinsik hanya kerana ia mudah untuk dihasilkan.
![Kuasa belia dilihat sebagai kunci masa depan ASEAN-China Kuasa belia dilihat sebagai kunci masa depan ASEAN-China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51731078499_MuhamadAkmalAbdul.jpg)
Kuasa belia dilihat sebagai kunci masa depan ASEAN-China
Golongan muda berfungsi sebagai penghubung penting dalam memupuk hubungan ASEAN-China yang lebih erat.
![Kerajaan terus beri galakan kepada pemaju komited dengan pembinaan RMM - Fadillah Kerajaan terus beri galakan kepada pemaju komited dengan pembinaan RMM - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/81729524625_KualaLumpur.jpg)
Kerajaan terus beri galakan kepada pemaju komited dengan pembinaan RMM - Fadillah
Kerajaan akan terus memberi galakan menerusi pelbagai insentif termasuk pelepasan cukai dan akses kepada tanah yang lebih strategik kepada pemaju yang komited dengan pembinaan rumah mampu milik (RMM)
![Ibu bapa perlu luang lebih masa, interaksi bersama anak Ibu bapa perlu luang lebih masa, interaksi bersama anak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71728122052_tbWanAzizah.jpg)
Ibu bapa perlu luang lebih masa, interaksi bersama anak
Isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menasihatkan ibu bapa agar meluangkan lebih masa dan berinteraksi bersama anak-anak bagi memupuk hubungan lebih harmoni.
![Aplikasi Facebook dikemas kini untuk menarik pengguna lebih muda Aplikasi Facebook dikemas kini untuk menarik pengguna lebih muda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/81728099868_AplikasiFacebookDi.jpg)
Aplikasi Facebook dikemas kini untuk menarik pengguna lebih muda
Ciri terbaharu ini sedang diuji di Amerika Syarikat dan Kanada.