Parti baharu yang akan ditubuhkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan memberi UMNO dan Barisan Nasional (BN) persaingan untuk menjadi lebih berjaya, kata Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
Menteri Komunikasi dan Multimedia itu yang menyambut baik langkah Dr Mahathir berkata negara seperti Jepun dan Jerman cemerlang kerana mereka terpaksa berjuang untuk terus hidup manakala empayar seperti Britain semakin menghilang akibat kemusnahan dan bersikap puas hati.
"Kadang-kadang persaingan adalah baik apabila ia membuat anda sedar, melainkan jika anda bersemangat dan bekerja lebih keras anda menghadapi risiko kekalahan.
"Jadi mungkin Mahathir sedang menolong UMNO dan Barisan Nasional dengan menawarkan kami beberapa persaingan kerana persaingan sentiasa baik untuk mengecapi kejayaan," katanya dalam laman blog beliau sskeruak.blogspot.com.
Bendahari UMNO yang baru dilantik itu bagaimanapun berkata, keputusan Dr Mahathir membuktikan pendiriannya dengan jelas bahawa beliau tidak berusaha untuk menyelamatkan UMNO, sebaliknya memusnahkan parti berkenaan.
"Dr Mahathir akhirnya mengakui bahawa satu-satunya cara untuk mengubah kerajaan adalah melalui pilihan raya umum. Sudah pastinya, Mahathir tidak akan mengakui bahawa beliau sedang berusaha untuk menukar kerajaan.
"Beliau mendakwa, beliau hanya berusaha untuk membuang Perdana Menteri (Datuk Seri) Najib Tun Razak untuk menyelamatkan UMNO, Barisan Nasional dan Malaysia.
"Adalah pelik, seseorang mahu menyelamatkan parti yang didakwa masih menyayangi parti berkenaan dengan berusaha untuk memusnahkannya. Ia seperti mengatakan bahawa anda mahu menyelamatkan manusia dengan memusnahkan dunia," kata Salleh.
Bernama
Sun Jul 31 2016

SALLEH: Keputusan Dr Mahathir membuktikan pendiriannya dengan jelas bahawa beliau tidak berusaha untuk menyelamatkan UMNO, sebaliknya memusnahkan parti berkenaan. - Foto Fail Astro AWANI

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Polis kesan pemilik blog didakwa fitnah bekas Naib Canselor UKM
Polis sedang mengesan pemilik blog yang dipercayai memuat naik kandungan didakwa berunsur fitnah terhadap bekas Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman.

Penggodam disokong China sasar infrastruktur kritikal AS
Syarikat itu berkata organisasi yang terjejas oleh kempen berniat jahat itu antara lain termasuk maritim, kerajaan dan teknologi maklumat.

Isu asal usul COVID-19 dipolitikkan - Tinjauan CGTN
Hasil tinTjauan kumpulan pemikir China Global Television Network (CGN) mendapati bahawa 80 peratus responden berpendapat usaha merungkai asal usul pandemik COVID-19 dicemari politik.

"Saya tidak boleh menulis, kini berdepan masalah kesihatan" - Amitabh Bachchan
Bintang Bollywood Amitabh Bachchan kini dilaporkan sedang mengalami masalah kesihatan dan sedang menjalani rawatan di sebuah hospital di India.

Memoir Thomas: Azalina gesa peranan AG dan pendakwa raya dipisahkan
Azalina berkata kuasa pendakwaan menjadikan Peguam Negara antara individu paling berkuasa di Malaysia.

Penulis blog 'Big Dog' meninggal dunia
Berita sedih mengenai pemergian Zakhir, 52, dikongsi oleh beberapa pengguna media sosial di laman Facebook Allahyarham, sebentar tadi.

Undang-undang diguna untuk sesuatu yang tidak demokratik, adil - Tun M
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat bahawa undang-undang ketika ini digunakan untuk melakukan sesuatu perkara yang tidak demokratik dan adil.

'Tinggal saya seorang, saya kesunyian' - Tun M luah rasa sedih atas pemergian sahabat
Ahli Parlimen Langkawi berkata beliau dan Khalid bersama selepas tamat Perang Dunia Kedua.

Isu kuarantin: Khairuddin nafi ke Belanda, beri amaran saman pemfitnah
Mohd Khairuddin Aman Razali menafikan dakwaan kononnya beliau pergi ke Belanda ketika lawatannya ke Turki semasa PKPP.

Malaysia mungkin jadi negara perasuah jika jenayah itu terus dipandang ringan - Tun M
Apabila ramai yang anggap rasuah bukan sebagai satu jenayah yang buruk, maka ia akan berkembang sehingga menjadi amalan seluruh masyarakat.