Isu berhubung pelaksanaan undang-undang hudud yang menyebabkan berlaku pergeseran diantara PAS dan DAP akan dibincangkan dalam mesyuarat pimpinan Pakatan Rakyat Januari hadapan, kata Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.
The Malaysian Insider melaporkan, menteri besar Selangor itu bagaimanapun enggan menyatakan pendirian beliau berhubung pendirian PAS dalam isu berkenaan.
Azmin berkata, cadangan dari mana-mana parti dalam Pakatan Rakyat sewajarnya dibincang secara kolektif terlebih dahulu dalam mesyuarat pimpinan tertinggi.
"Pendirian Pakatan Rakyat tentang hudud jelas sejak awal, cuma dalam cadangan ini (usul rang undang-undang) sepertimana ditegaskan (Ketua Pembangkang) Datuk Seri Anwar Ibrahim kita masih belum melihat draf tersebut.
"Ini bukan soal saya, ini soal Pakatan Rakyat, kita akan bincang secara kolektif dan apa juga cadangan dikemukakan mana-mana parti Pakatan Rakyat mesti dibincangkan terlebih dahulu dalam majlis kepimpinan Pakatan Rakyat di mana kita akan bincang dalam mesyuarat Januari depan," Azmin dilaporkan berkata demikian selepas selepas menghadiri program pemberian hak milik kepada pemilik bangunan perniagaan dan penyerahan notis 5A, di Dewan Serbaguna Majlis Perbandaran Subang Jaya, Puchong, hari ini.
Sementara itu ketika mengulas gesaan Setiausaha Agung Gerakan Liang Teck Meng yang mendesak semua ahli Parlimen DAP dan PKR menolak hudud PAS itu, Azmin berkata, parti itu seharusnya menyelesaikan masalah mereka dalam Barisan Nasional (BN) terlebih dahulu sebelum mencampuri urusan Pakatan Rakyat.
Semalam, Teng Meng meminta ahli Parlimen Islam dari DAP dan PKR yang dinamakan sebagai "Magic 18"supaya mengundi bagi membantah rang undang-undang itu.
Teng Meng dalam kenyataannya berkata,18 ahli Parlimen ini mampu "menentukan hala tuju negara ini."
PKR mempunyai seramai 16 ahli Parlimen beragama Islam sementara DAP mempunyai 2 ahli Parlimen Islam daripada keseluruhan 37 anggota Parlimen mereka.
Kerajaan Kelantan yang ditadbir PAS, akan mengadakan persidangan khas Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan bagi membentangkan pindaan terhadap Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 pada 29 Disember nanti.
Sidang khas Dun Kelantan itu diadakan bagi membolehkan pindaan terhadap enakmen itu dibuat sebelum usul rang undang-undang persendirian berkaitan perkasa tersebut dibawa ke dewan rakyat.
PAS mempunyai 21 kerusi di Parliamen, UMNO pula 88 ahli parlimen dan sekiranya sekiranya digabungkan dengan ahli parlimen beragama Islam dari PKR, masih terdapat kekurangan empat kerusi untuk rang undang-undang itu diluluskan.
Pemimpin beragama Islam di kalangan ahli Parlimen PKR enggan mengulas lanjut apabila ditanya sama ada mereka akan mengundi menyokong atau membantah rang undang-undang persendirian PAS yang akan membolehkan undang-undang hudud dikuatkuasakan di Kelantan.
Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata parti itu hanya akan menyatakan pendiriannya setelah melihat draf rang undang-undang itu.
Anwar sebelum ini berkata, rancangan kerajaan negeri Kelantan untuk meminda enakmen hudud di Dun disifatkan "bermasalah" kerana negeri itu tidak mempunyai bidang kuasa untuk menguatkuasakan undang-undang jenayah Islam di negeri itu.
Astro Awani
Sat Dec 20 2014
Pakatan Rakyat akan bincang secara kolektif apa juga cadangan
Pemandu rempuh pasar Krismas di Jerman, dua maut
Rempuhan itu menyebabkan sekurang-kurangnya dua orang terbunuh dan 60 cedera.
Kerajaan lanjut pengecualian visa untuk rakyat India dan China hingga 2026
Pengecualian visa 30 hari untuk rakyat India dan China dilanjutkan sehingga 2026, sokong sektor pelancongan dan ekonomi menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.
Syarikat bas diingatkan sediakan pemandu kedua sepanjang musim perayaan
Timbalan Menteri Pengangkutan tegaskan pemandu kedua wajib bagi perjalanan jauh. JPJ diminta pantau keselamatan bagi kurangkan risiko kemalangan musim perayaan.
'Kami harap ada jawapan untuk penantian kami' - Voice 370
Voice 370, persatuan yang mewakili keluarga penumpang dan kru MH370 menyambut baik langkah kerajaan untuk memperbaharui usaha mencari pesawat malang itu dengan Ocean Infinity, melalui konsep ‘No Find, No Fee’.
Dalam satu kenyataan media pada Jumaat, ia berkata, pihak keluarga turut menzahirkan penghargaan kepada Menteri Pengangkutan Anthony Loke di atas komitmen untuk mencari jawapan terhadap misteri kehilangan pesawat tersebut.
Dalam satu kenyataan media pada Jumaat, ia berkata, pihak keluarga turut menzahirkan penghargaan kepada Menteri Pengangkutan Anthony Loke di atas komitmen untuk mencari jawapan terhadap misteri kehilangan pesawat tersebut.
KKM sambut baik langkah BNM kawal selia premium insurans dan takaful perubatan
KKM menyokong langkah BNM mengawal kenaikan premium insurans perubatan untuk kurangkan beban rakyat. Pendekatan holistik dan kerjasama semua pihak dijalankan bagi menjamin akses kesihatan berkualiti.
Tragedi Krismas: Pemandu rempuh pasar krismas di Jerman, dua maut puluhan cedera
Seorang pemandu merempuh kumpulan besar pengunjung di pasar Krismas di bandar Magdeburg, Jerman, pada petang Jumaat, menyebabkan sekurang-kurangnya dua orang terbunuh dan 60 cedera, kata pegawai tempatan.
Volkswagen, Kesatuan Sekerja setuju kurangkan 35,000 pekerjaan di Jerman
Volkswagen pada hari Jumaat mengumumkan perubahan besar kepada operasi di Jerman, termasuk pengurangan lebih daripada 35,000 pekerjaan masa depan dan pengurangan kapasiti yang ketara.
Perdagangan: Trump desak EU tingkat import minyak dan gas atau berdepan tarif
Presiden Amerika Syarikat yang bakal dilantik, Donald Trump, memberi amaran kepada Kesatuan Eropah (EU) untuk meningkatkan pembelian minyak dan gas dari AS atau menghadapi tarif tinggi ke atas eksport EU, termasuk kereta dan barangan mesin.
Pasca Perang Syria: A.S jumpa pemimpin baharu Syria
Diplomat kanan Amerika Syarikat (AS) yang melawat Damsyik pada hari Jumaat telah bertemu dengan pemimpin baharu Syria, Ahmed al-Sharaa, dalam pertemuan tatap muka pertama sejak penggulingan Presiden Bashar al-Assad oleh kumpulan Hayat Tahrir al-Sham (HTS) dua minggu lalu.
Trump kembali ke White House, Asia saksikan peralihan kepimpinan utama dalam 2024
Tahun 2024 menyaksikan peralihan kepimpinan besar di seluruh dunia, termasuk kepulangan bersejarah Donald Trump ke White House.
Pemilihan Ewon mantapkan kerjasama PH-GRS - Hajiji
Pemilihan Ewon Benedick sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah yang baharu diharap mampu memperkukuh kerjasama antara gabungan parti itu dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
"Becoming Hannah" tidak pernah diharamkan KDN - Hannah
Hannah Yeoh memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa bukunya berjudul "Becoming Hannah: A Personal Journey," telah dicetak 18 kali dan tidak pernah diharamkan oleh KDN.
ADUN Pasir Bedamar Woo Kah Leong dipilih Ketua DAPSY 2024-2027
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Bedamar Woo Kah Leong dipilih Ketua Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) bagi tempoh 2024-2027.
Perselisihan tidak gambarkan seluruh situasi gabungan dalam Kerajaan - Loke
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, berkata dalam mana-mana gabungan dan kerjasama politik, pasti wujud perselisihan antara individu.
SPRM nafi keluar kenyataan penemuan RM94 juta di kediaman bekas menteri
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menafikan membuat kenyataan yang mendakwa bahawa RM94 juta ditemui di kediaman bekas menteri.
'Serangan politik kotor, mahu lagakan kami dalam DAP' - Young Syefura
Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman menafikan rakaman suara yang tersebar dalam menerusi satu video di laman sosial Facebook seorang pemimpin parti pembangkang adalah diri beliau.
DAP tidak pernah cadang Kerajaan Perpaduan, selesa sebagai pengimbang di Johor - Loke
DAP tidak pernah mencadangkan agar Kerajaan Perpaduan ditubuhkan di Johor, sebaliknya parti itu selesa memainkan peranan sebagai pengimbang di negeri itu.
Dr Akmal tampil beri keterangan kepada polis, tidak gentar diheret ke mahkamah
Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh hari ini tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin berkaitan laporan polis yang dibuat DAP Sarawak pada 12 Sept.
Steven Sim Pengerusi DAP Pulau Pinang baharu
Bekas Naib Pengerusi DAP, Steven Sim Chee Keong menepati ramalan apabila dipilih menjadi Pengerusi DAP Pulau Pinang baharu pada pemilihan parti itu hari ini.
Kon Yeow seru kepimpinan baharu DAP P.Pinang kekal bersatu, utama kepentingan parti dan rakyat
Beliau mengucapkan terima kasih kepada parti dan perwakilan atas sokongan selama 25 tahun, serta menekankan kejayaan DAP dalam meningkatkan jumlah cawangan dan sokongan rakyat.