Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi secara peribadi menyambut baik keputusan Pas untuk menubuhkan pakatan baharu dengan sebuah parti pelbagai bangsa sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU) akan datang.
Ahmad Zahid, yang juga Naib Presiden UMNO, berkata langkah sedemikian akan lebih mewarnai arena politik tanah air sekali gus menjadikan rakyat lebih matang berpolitik.
"Ini juga mampu menjadikan politik tanah air lebih baik, lebih demokratik dan banyak pilihan," katanya ketika berucap pada majlis amanah khas Ketua UMNO Bahagian kepada kepimpinan UMNO Cawangan Empat Peringkat Bahagian Bagan Datoh di sini hari ini.
Ahmad Zahid mengulas pengumuman Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan pada Khamis mengenai keputusan parti itu untuk bergerak sebagai sebuah lagi parti politik selepas Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan.
BACA: PAS akan bentuk blok baharu pembangkang 16 Mac ini - Takiyuddin
BACA : Blok pembangkang Pas: Kerajaan Selangor yakin tidak tergugat - Azmin
Bagaimanapun perkara itu hanya akan diumumkan pada Rabu ini.
Ahmad Zahid menarik perhatian apabila berkata keputusan Pas itu jelas menunjukkan bahawa parti itu telah menjadi kuda tunggangan DAP selama ia berada dalam pakatan pembangkang.
"Harap rakyat sedar DAP tidak lebih daripada parasit dan anai-anai yang meruntuhkan sistem demokrasi negara.
"Saya tidak berhasrat untuk masuk campur, tapi perkembangan baharu ini memberikan kesedaran apa yang berlaku adalah hidayah daripada Allah," katanya.
Ketua UMNO Bahagian Bagan Datoh itu berkata perpaduan yang jitu dalam kalangan anggota di peringkat akar umbi merupakan satu daripada 'resepi' utama untuk memastikan parti keramat orang Melayu tersebut terus kukuh.
Anggota UMNO di semua peringkat juga perlu sentiasa bekerja kuat tanpa mengharapkan sebarang ganjaran selain perlu mengatur strategi untuk memenangi hati serta pemikiran rakyat, katanya.
"Saya harap kita tidak hanya melihat kepada politik di luar, tetapi apa yang penting asas kita adalah politik dalaman," katanya.
BACA: Pakatan pembangkang baharu tidak bermakna jika tidak inklusif - Guan Eng
BACA: Bentuk sebenar blok pembangkang Pas tidak jelas, impak sukar dinilai - Saifuddin
Bernama
Sat Mar 12 2016
![Pakatan baharu Pas matangkan politik negara - Zahid Pakatan baharu Pas matangkan politik negara - Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-01/81452326387_ZahidHamidi.jpg)
ZAHID: Harap rakyat sedar DAP tidak lebih daripada parasit dan anai-anai yang meruntuhkan sistem demokrasi negara. - Gambar fail
![Remaja menyamar pegawai perubatan dirujuk untuk pemeriksaan psikiatri Remaja menyamar pegawai perubatan dirujuk untuk pemeriksaan psikiatri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723275350_remajaperempuan.jpg)
Remaja menyamar pegawai perubatan dirujuk untuk pemeriksaan psikiatri
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan awal mendapati tindakan remaja terbabit akibat fikiran terganggu.
Suspek serangan surau di Kelana Jaya sudah dikenal pasti
Polis sudah mengenal pasti suspek yang melakukan serangan di Surau Al-Ehsaniah Ahmadiah berhampiran sebuah sekolah agama rakyat di Jalan SS 5A/10 Kelana Jaya, di sini, pada Jumaat sehingga mencederakan dua wanita.
[TERKINI] Kebakaran: Polis klasifikasikan mangsa maut akibat dibunuh
Kematian pasangan warga emas dan cucu mereka dalam kejadian kebakaran di sebuah rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh pada Jumaat diklasifikasikan sebagai kes bunuh.
![Menteri, ahli politik rejim Zionis pertahan tentera didakwa rogol tahanan Palestin Menteri, ahli politik rejim Zionis pertahan tentera didakwa rogol tahanan Palestin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723275198_TenteraIsraelrogo.jpg)
Menteri, ahli politik rejim Zionis pertahan tentera didakwa rogol tahanan Palestin
Al Jazeera melaporkan video kejadian telah disahkan oleh pihaknya.
![Polis lepaskan tembakan selepas dirempuh, empat lelaki ditahan di Balakong Polis lepaskan tembakan selepas dirempuh, empat lelaki ditahan di Balakong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721309327_NaazronAbdulYusof.jpg)
Polis lepaskan tembakan selepas dirempuh, empat lelaki ditahan di Balakong
Polis melepaskan lima das tembakan ke arah dua kenderaan yang merempuh kenderaan polis serta nyaris mencederakan anggota dalam kejadian di Balakong.
Waris tunggu pengesahan identiti
Salah seorang waris dilapor berkata mereka tidak diberikan akses kepada senarai individu yang berada di dalam penerbangan terbabit.
Lebih 100 orang Palestin maut serangan Israel di sekolah
Pejabat media Kerajaan Gaza yang dikendalikan oleh Hamas dalam satu kenyataan pada Sabtu memaklumkan serangan tersebut berlaku ketika mereka sedang menunaikan solat subuh.
Magnitud 6.8 gegar laut Okhotsk di Hokkaido, Jepun
Tiada amaran tsunami dikeluarkan susulan gempa bumi dengan magnitud 6.8 menggegarkan selatan Okhotsk di Jepun.
![Tiga sekeluarga maut kebakaran di Pagoh berkemungkinan dibunuh - Polis Tiga sekeluarga maut kebakaran di Pagoh berkemungkinan dibunuh - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723167921_kebakaranrumah.jpg)
Tiga sekeluarga maut kebakaran di Pagoh berkemungkinan dibunuh - Polis
Kematian pasangan warga emas dan cucu mereka dalam kebakaran di di Kampung Paya Redan, di sini semalam dipercayai akibat dibunuh.
![Mekanik jatuh ski jet ditemukan lemas Mekanik jatuh ski jet ditemukan lemas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723271176_pelumbajetski.jpg)
Mekanik jatuh ski jet ditemukan lemas
Seorang mekanik yang dilaporkan hilang ketika menunggang ski jet di Sungai Terengganu semalam ditemukan lemas hari ini.
![PRK Nenggiri: Ahmad Zahid sedia siasat dakwaan BN guna aset kerajaan PRK Nenggiri: Ahmad Zahid sedia siasat dakwaan BN guna aset kerajaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723198135_tbAhmadZahidHamidi.jpg)
PRK Nenggiri: Ahmad Zahid sedia siasat dakwaan BN guna aset kerajaan
Ahmad Zahid sedia melakukan siasatan berhubung dakwaan bahawa jentera BN menggunakan aset kerajaan semasa berkempen bagi PRK Nenggiri.
![Olimpik Paris 2024: Bawa pulang pingat atau tidak, perjuangan atlet di Paris dihargai - Ahmad Zahid Olimpik Paris 2024: Bawa pulang pingat atau tidak, perjuangan atlet di Paris dihargai - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722336405_TBZahidhamidi.jpg)
Olimpik Paris 2024: Bawa pulang pingat atau tidak, perjuangan atlet di Paris dihargai - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata kejayaan para atlet bukan sahaja diukur melalui pencapaian pingat, tetapi juga melalui semangat juang dan usaha keras yang telah ditunjukkan.
![Malaysia kekal bersolidariti, tuntut pembebasan rakyat Palestin Malaysia kekal bersolidariti, tuntut pembebasan rakyat Palestin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71722789674_TBZAHIDHAMIDI.jpg)
Malaysia kekal bersolidariti, tuntut pembebasan rakyat Palestin
Perjuangan menuntut pembebasan Palestin kini bukan hanya merupakan perjuangan orang Islam, sebaliknya membabitkan perjuangan sejagat.
![Ahmad Zahid sokong cadangan UMNO diberi kerusi di Parlimen Kota Raja Ahmad Zahid sokong cadangan UMNO diberi kerusi di Parlimen Kota Raja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51722772967_TBZahidHamidi.jpg)
Ahmad Zahid sokong cadangan UMNO diberi kerusi di Parlimen Kota Raja
Ahmad Zahid berkata cadangan itu sesuai dengan realiti politik semasa yang dibina atas dasar kefahaman antara parti dalam Kerajaan Perpaduan.
![Kerajaan akan bina institusi TVET di Gua Musang - Ahmad Zahid Kerajaan akan bina institusi TVET di Gua Musang - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722336405_TBZahidhamidi.jpg)
Kerajaan akan bina institusi TVET di Gua Musang - Ahmad Zahid
Kerajaan akan membina Institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Gua Musang.
![PRK Nenggiri: Jentera BN akan perjelas isu subsidi diesel, elak fitnah pembangkang - Ahmad Zahid PRK Nenggiri: Jentera BN akan perjelas isu subsidi diesel, elak fitnah pembangkang - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51722336655_TBZahidhamidi.jpg)
PRK Nenggiri: Jentera BN akan perjelas isu subsidi diesel, elak fitnah pembangkang - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata bagi sebarang fitnah yang dibuat, penjelasan akan dibuat kembali oleh jentera parti, dan penerangan berhubung isu berkenaan akan diperhebatkan.
![200 pelajar India dihantar ke China belajar TVET - Ahmad Zahid 200 pelajar India dihantar ke China belajar TVET - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71722164284_AhmadZahidHamidi.jpg)
200 pelajar India dihantar ke China belajar TVET - Ahmad Zahid
Kerajaan akan menghantar 200 pelajar kaum India mengikuti kursus Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) ke China, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Ahmad Zahid Hamidi.
![Tiada perbincangan rasmi UMNO, Pas bentuk kerjasama - Ahmad Zahid Tiada perbincangan rasmi UMNO, Pas bentuk kerjasama - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721738910_tbAhmadZahidHamidi.jpg)
Tiada perbincangan rasmi UMNO, Pas bentuk kerjasama - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa tiada pertemuan atau perbincangan rasmi antara parti itu dengan Pas, bagi membentuk kerjasama pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).
![Manfaat tanah terbiar, tanam bahan dan ramuan untuk penghasilan produk halal - Ahmad Zahid Manfaat tanah terbiar, tanam bahan dan ramuan untuk penghasilan produk halal - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719303558_ZahidHamidi.jpg)
Manfaat tanah terbiar, tanam bahan dan ramuan untuk penghasilan produk halal - Ahmad Zahid
Majlis Halal Malaysia sedang mengkoordinasi usaha bersama pihak negeri dan agensi kerajaan agar tanah terbiar dapat digunakan untuk memperluas penanaman.
![Sebanyak 1,038 tempat TVET yang ditawar oleh MCI sudah diisi - Ahmad Zahid Sebanyak 1,038 tempat TVET yang ditawar oleh MCI sudah diisi - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721222103_ZahidHamidi.jpg)
Sebanyak 1,038 tempat TVET yang ditawar oleh MCI sudah diisi - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata inisiatif itu akan memberikan kemahiran dalam menggunakan peralatan teknologi tinggi kepada pelajar Malaysia.