KUALA LUMPUR: Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu Datuk Rozi Mamat masing-masing dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa BN Johor dan Terengganu.
Setiausaha Agung BN Datuk Seri Zambry Abd Kadir dalam kenyataan memaklumkan perkara itu dipersetujui dalam mesyuarat Dewan Tertinggi BN hari ini.
Pada 7 Dis lepas, Onn Hafiz dan Rozi masing-masing dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor dan Terengganu.
Pada masa sama, Zambry berkata Dewan Tertinggi gabungan politik itu juga bersetuju sebuah jawatankuasa khas dibentuk bagi menyelaras semua program sempena Ulang Tahun Jubli Emas BN yang bakal disambut pada Jun ini.
Beliau berkata BN turut merafak sembah tahniah kepada Sultan Ibrahim yang dimasyhur sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 31 Jan lepas.
"Semoga pemerintahan Kebawah Duli Tuanku akan membawa Malaysia ke arah (masa depan yang lebih) makmur dan sejahtera.
"BN turut menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Abdullan Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang telah menyempurnakan tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 05 2024
Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu Datuk Rozi Mamat masing-masing dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa BN Johor dan Terengganu. - Gambar fail/Sinar Harian
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 22 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
Buli siber: OSAG gesa kerajaan seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG mengesyorkan penubuhan suruhanjaya bebas untuk memantau dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Dalam Talian, mengimbangi keselamatan awam dengan perlindungan hak asasi manusia.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Onn Hafiz, Rozi Mamat dilantik Pengerusi Jawatankuasa BN Johor, Terengganu
Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu Datuk Rozi Mamat masing-masing dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa BN Johor dan Terengganu.