Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad telah ditahan polis selepas hadir memberi keterangan di IPD Dang Wangi jam 10 pagi tadi.
Perkara itu dimaklumkan beliau melalui laman Twitternya sebentar tadi.
"Saya ditahan di bawah APA dan S143 Kanun Keseksaan untuk 1 malam di Dang Wangi dan akan di bawa ke Jinjang," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia itu.
Dalam pada itu menurut Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil, Nik Nazmi telah ditahan di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman dan Seksyen 143 Kanun Keseksaan dan akan dibawa ke Balai Polis Jinjang di mana beliau akan direman sehingga esok.
Terdahulu, Nik Nazmi telah dipanggil untuk memberi keterangan berhubung perhimpunan #KitaLawan pada Sabtu.
Nik Nazmi dalam catatan tweetnya pada malam Sabtu berkata beliau menerima panggilan daripada pegawai polis untuk memintanya ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada 8 Mac.
“Saya maklum akan hadir esok (Ahad) 10 pagi dengan peguam,” kata beliau dalam akaun Twitter peribadinya pada kira-kira jam 10.20 malam tadi.
Sementara itu, peguam beliau, Melissa Sasidaran menyangkal tuduhan bahawa Nik Nazmi telah ditahan atas sebab 'kesalahan berulang'.
"Ya, dimaklumkan mereka akan tahan Nik Nazmi kerana beliau adalah pesalah berulang sebagai penganjur.
"Tetapi adalah salah sebab Nik telah berulang kali didakwa di mahkamah, kalau tak silap saya sebanyak empat kali berkenaan Black 505 dan beliau bukannya pesalah sebab beliau tak pernah dijatuh hukum oleh mahkamah," katanya kepada pemberita ketika ditemui di luar IPD Dang Wangi.
Katanya, Nik Nazmi dimaklumkan akan mula direman esok jam 10 pagi namun beliau tidak pasti sama ada akan direman di balai polis Jinjang atau Dang Wangi.
"Jadi akan dimaklumkan esok pagi... dan esok saya akan berhubung dengan ASP Sabri dan maklumkan kepada semua," kata Melissa.
Beliau juga dimaklumkan oleh polis bahawa reman itu adalah 'atas arahan' namun tidak diberitahu atas arahan siapa, sambil menjelaskan bahawa Nik Nazmi ditahan di bawah Sekyen 9(5) Perhimpunan Aman 2012 dan Seksyen 143 Kanun Keseksaan.
Semalam, Ketua Pemuda PKR Kelana Jaya Saifullah Zulkifli telah ditahan polis di bawah akta yang sama sejurus selepas perhimpunan itu selesai.
Perkara itu dimaklumkan Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil menerusi pesanan Whatsapp kira-kira jam 8.10 malam Sabtu.
Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar pada Sabtu memberi amaran kepada penganjur perhimpunan #KitaLawan supaya bersedia dengan apa-apa tindakan yang akan diambil pihak polis.
Perhimpunan #KitaLawan diadakan bagi menyatakan bantahan terhadap pemenjaraan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pada 10 Februari lalu, Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara lima tahun ke atas Anwar setelah mendapatinya bersalah atas kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan tujuh tahun lalu.
Haider Yutim
Sun Mar 08 2015

Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad telah ditahan polis selepas hadir memberi keterangan di IPD Dang Wangi jam 10 pagi tadi.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain pada Rabu.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Lawatan Anwar ke Bahrain perkukuh hubungan dua hala, jemput ke Sidang Kemuncak ASEAN
Jumlah eksport Malaysia ke Bahrain meningkat 17.4 peratus kepada RM251.2 juta (US$54.8 juta) daripada RM214.0 juta (US$46.9 juta) pada 2023.

Lawatan PM ke Bahrain bakal buka lembaran baharu hubungan diplomatik 50 tahun
Anwar juga dijadual menghadap Raja Bahrain Raja Hamad Isa Al Khalifa yang merupakan satu penghormatan tinggi kepada Malaysia.

Premier Sarawak ucap terima kasih kepada Anwar kerana iktiraf Petros
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menzahirkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mengiktiraf Petros.

PM Anwar mahu sekolah jadi tempat selamat, selesa
Beliau menekankan pentingnya tanggungjawab bersama oleh pemimpin, guru, pendidik, dan ibu bapa demi kejayaan anak bangsa, serta mengimbau peranan besar seorang guru dan pendidik.

Thaksin sokong kepimpinan Malaysia terajui ASEAN tangani krisis Myanmar
Bekas Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra menyuarakan keyakinannya terhadap kepimpinan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN dalam menyelesaikan konflik Myanmar.

Petronas sumbang lebih RM600 juta dalam aspek pendidikan, modal insan di Sarawak - PM Anwar
Anwar juga mengiktiraf peranan Petros dalam menjana pertumbuhan ekonomi Sarawak, dengan kerjasama erat antara kerajaan negeri dan Persekutuan.

Malaysia kekal pendirian berkecuali, tidak babit dalam saingan kuasa besar - PM Anwar
Anwar berkata Malaysia juga menolak sebarang tekanan ekonomi dan tindakan unilateral yang boleh menjejaskan kestabilan serantau.

ASEAN perlu melangkaui angka perdagangan dan pelaburan tradisional - PM Anwar
Beliau menegaskan ASEAN tidak harus terhad dalam reaksinya terhadap anjakan global dan sebaliknya, perlu menjadi peneraju.